Khamis, 22 Mac 2012
Ahad, 25 April 2010
Dailog Pemandu teksi dan Syeikh
Created by Marzukikisah ini di ambil dari facebook Ahmad Lutfi
Seorang syeikh berangkat ke Amerika Syarikat untuk menjadi ahli panel satu siri ceramah mengenai agama, teknologi dan alam semesta. ceramah itu berlangsung selama seminggu. "Kalau macam tu, mana yang lebih kompleks, manusia atau komputer?"
Suatu hari, syeikh bersama seorang kawannya menaiki teksi untuk ke dewan program tersebut. Disebabkan hari itu bermula agak lewat, sahabat syeikh meminta pemandu teksi terlebih dahulu menghantarnya ke sebuah pusat komputer. Dia ingin membeli beberapa barangan untuk komputernya.
Sementara menunggu sahabatnya kembali, syeikh yang duduk di kerusi belakang menggunakan masa itu dengan membaca sebuah kitab. Si pemandu teksi pula duduk bersandar memerhati orang yang lalu-lalang di sekitarnya. Suasana sunyi seketika sehinggalah syeikh berkenaan menutup kitabnya.
Syeikh itu termenung. Masa sangat berharga, dia tidak boleh membiarkannya berlalu begitu sahaja. Jika tidak, samalah dia dengan orang-orang lain yang suka mengbabiskan masa tanpa melakukan perkara-perkara bermanfaat.
"Encik percaya pada agama?" tanya syeikh tersebut kepada si pemandu teksi yang berambut perang dan bermata biru.
Biarpun agak terperanjat dengan soalan yang tidak disangka-sangka, pemandu teksi berkulit putih itu tetap menjawab sejujurnya.
"Saya tak percaya. Saya tak perlukan agama. Setiap pagi keluar rumah, pergi kerja, dapat duit. Habis kerja saya singgah sebentar beli makanan dan minuman anak isteri. Saya bahagia dengan hidup saya ini, jadi untuk apa agama? Hidup saya tetap sempurna tanpa agama."
"Encik tahu tentang agama yang ada di dunia ini?" tanya syeikh itu lagi.
"Taulah sikit-sikit tapi saya tak pedulikan sangat. Semua tu tak penting bagi saya. Lagipun saya tengok orang yang ada agama dan tak ada agama lebih kurang sama saja. Kalau ada agama, kenapa mereka berperang? Zalimi orang itu, zalimi orang ini, pelacuran, mabuk, jadi pengganas..." jawab si pemandu teksi panjang lebar.
"Encik tahu pasal komputer?" tanya syeikh selepas mendiamkan diri beberapa ketika.
Pemandu itu tersengih, "Mestilah tau. Ciptaan terhebat, semua orang mesti tau. Kalau tidak, mereka ketinggalan zaman."
"Kalau betul encik tau, siapa yang cipta komputer, manusia atau komputer itu terjadi dengan sendirinya?"
"Tentulah manusia yang cipta. Takkanlah komputer tercipta dengan sendiri."
Kali ini pemandu teksi tidak dapat menahan ketawa mendengar soalan kebudak-budakan oleh syeikh berkenaan. "Tentulah penciptaan manusia jauh lebih kompleks," kata si pemandu teksi, masih lagi tergelak.
"Okey, jika komputer dicipta oleh manusia, begitulah juga dengan manusia, tentulah manusia yang sekompleks itu ada penciptanya juga, kan?"
Si pemadu teksi terdiam. Dia mengangguk dan kemudian berkata, "Ya."
"Dalam agama kami, Tuhan adalah pencipta yang agung. Kami wajib percaya kepada keagungan Tuhan. Dari sekecil-kecil makhluk hingggalah kepada yang sebesar-besarnya, semuanya diciptakan Tuhan. Apa yang ada di alam ini tidak boleh tercipta dengan sendiri.
"Cuba bayangkan encik tidak pernah diperkenalkan dengan komputer sebelum ini. Jika saya beri encik sebuah komputer, boleh tak encik gunakan komputer itu?" soal syeikh.
*"Tak boleh. Saya tak tau tentang komputer, macam mana saya nak menggunakannya."
"Bagaimana kalau saya beri buku panduan penggunaan komputer, tentu lepas itu encik boleh gunakan komputer tu, kan?
"Tentulah!"
"Dalam agama kami, kami ada sebuah kitab sebagai panduan. Kitab itulah yang mengatur kehidupan kami. Tanpa kitab, manusia bertindak mengikut kehendak masing-masing. Kitab itu mengawal hati dan akal kami supaya jangan berperang, membunuh, merosakkan alam sekitar dan sebagainya.
"Sekarang, selepas pencipta komputer mencetak buku panduan tersebut, apa yang perlu dilakukannya? Dia perlu melatih jurutera bagaimana untuk menyampaikan pengetahuan tentang mesin itu kepada pengguna, kan? Pengetahuan ini perlu disampaikan sehingga semua orang tahu bagaimana untuk menggunakan komputer.
"Begitulah juga dengan agama. Tuhan menurunkan nabi dan rasulnya sebagai utusan. Peranan mereka sama seperti jurutera tersebut iaitu menyampaikan amanat Yang Maha Pencipta kepada seluruh umat manusia. Segala yang terkandung di dalam kitab itu diterangkan sejelas-jelasnya agar manusia hidup secara teratur seperti yang diinginkan Tuhan."
Si pemandu teksi mendiamkan diri. Khusyuk dia mendengar kata-kata syeikh berkenaan kerana sebelum ini belum pemah ada orang yang menerangkannya tentang agama sejelas dan seringkas yang diperkatakan oleh syeikh tadi.
Si pemandu teksi bertanya kalau agama itu bagus, kenapa ada orang yang memberontak, meletupkan diri, terlibat jenayah, menjadi 'pengganas' dan sebagainya.
Syeikh tersebut menjelaskan, itu semua bukan kesalahan agama, tapi kesalahan si penganut itu sendiri. Tidak ada agama yang menganjurkan keganaSan, jenayah dan pembunuhan. Tapi ada orang yang sanggup melakukannya kerana kasihkan agama, atau menyalahtafsirkan agama, dan ada juga yang sengaja melanggar peraturan agama, walaupun mereka sedar perbuatan itu salah.
"Tapi cuba bayangkan kalau orang itu langsung tidak ada agama. Tentu dia akan jadi lebih teruk. Kalau semua orang tidak ada agama, kita akan jadi seperti haiwan, kita hidup tanpa haluan, lakukan apa saja yang dikehendaki. Kalau encik rasa undang-undang itu penting untuk mengawal hidup manusia, begitu juga dengan agama.
"Begitulah juga dengan komputer. Walaupun ada peraturan penggunaannya, tapi pengguna tidak patuh. Ramai yang menyalahgunakannya, itu yang menyebabkan komputer rosak, virus, gambar porno..."
Pemandu teksi menganggukkan kepala.
Pada minit-minit terakhir perbualan mereka, pemandu itu tiba-tiba berkata, "Saya ingin sekali memeluk agama encik. Apa yang perlu saga lakukan?"
Jawab syeikh itu, "Katakanlah; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
Labels: dakwah
Isnin, 22 Mac 2010
Ekspedisi Dakwah Di Perkampungan Orang Asli
Created by MarzukiPerkampungan Orang Asli Suku Seletar, Pasir Salam Ulu Tiram, Johor Bharu. sebahagian foto-foto sewaktu kami melaksanakan aktiviti sosial diperkampungan ini.
Labels: dakwah
Jumaat, 19 Mac 2010
Demokrasi: Falsafah, Perkembangan dan Kritikan
Created by MarzukiOleh: Prof.Madya Dr.Abdul Ghafar Don
Secara etimologinya istilah demokrasi berasal daripada perkataan Greek ‘demos’ dan ‘kratia’ yang bermaksud ‘people’ (rakyat) dan ‘rule by’ (pemerintahan). Dalam Merriam Webster’s Collegiate Dictionary demokrasi merujuk kepada ‘ a government by the people’ (p.307). Kedua-dua definisi tersebut memberi konotasi bahawa demokrasi adalah kerajaan yang diperintah rakyat.
Demokrasi sebagai satu sistem yang muncul di Barat, tidak terpisah perbincangannya dengan sistem politik, kerana ia adalah sebahagian daripada sistem politik itu sendiri. Ini dapat dilihat dari pandangan yang dikemukakan tokoh-tokoh sains politik Barat.
St.Augustine (354-430 AD) misalnya yang memperkenalkan ‘theory of two swords’ mencadangkan pemisahan bidang kuasa antara gereja dengan negara. St. Thomas Aquinas (1225-1312) pula mencadangkan negara diletak di bawah bidang kuasa gereja.
Idea pemisahan agama dan politik Machiavelli (1469-1527) pula menyediakan asas kepada konsep nasionalisme dan demokrasi. Dalam mencapai matlamat politik, Machiavelli mencadangkan kepada raja (the prince) untuk menggunakan kuasa, penipuan dan pembunuhan (force, fraud & mass-killing) dan sebarang tindakan jahat/kejam untuk memperolehi, mengekal dan melebarkan kekuasaan.
Teori yang dikemukakan Machiavelli ini turut disokong dan didokong oleh Thomas Hobbes (1558-1679) di mana beliau dianggap sebagai ‘the father of atheists’. Hobbes, seperti Machiavelli percaya kepada sistem monarki. Beliau mendokong idea ‘social contract’ yang berpendapat ketaatan yang mutlak kepada pemerintah adalah perlu (absolute obedience to the sovereign).
Teori absolute obedience sepert yang dikemukakan Machiavelli & Hobbes tersebut telah disanggah Jean-Jacques Rousseau (1712-1778). Beliau mengemukakan konsep ‘general will’. Rousseau dalam ‘Social Contract’ nya berpendapat setiap individu menikmati kebebasan (freedom & liberty) kerana “ in giving himself to all, each person gives himself to no one’ [dalam memberi dirinya kepada semua orang, setiap orang sebenarnya tidak memberi apa-apa kepada sesiapapun]. Gagasan pemikiran Rosseau ini sebenarnya menjadi landasan kepada gagasan pemikiran tentang demokrasi yang dibincang oleh lain-lain tokoh Barat kemudiannya.
Edmund Burke (1729-1797) adalah antara tokoh yang dianggap melalui idea-ideanya menyumbang kepada prinsip demokrasi meskipun beliau tidak percaya kepada ‘popular rule’ (pemerintahan popular) kerana beliau menolak prinsip liberal demokrasi. Leon P.Baradat berhujjah Burke cenderung kepada prinsip-prinsip demokrasi kapitalis (capitalistic democratic principles).
Perkembangan seterusnya menyaksikan lahirnya tokoh-tokoh yang cenderung kepada idea ‘demokrasi liberal’. Antaranya ialah Thomas Jefferson (1743-1826), John Stuart Mill (1806-1873), Jeremy Bentham, Thomas Hill Green (1859-1952). Jefferson dalam ‘The Declaration of Independence’ misalnya mengemukakan konsep ‘life, liberty and the pursuit of happiness’, iaitu idea tentang konsep kebebasan dan persamaan dari segi peluang. Stuart Mill juga mendokong idea persamaan peluang dalam pendidikan, iaitu tentang kesamaan ataupeluang wanita yang samarata dalam semua bidang dalam bukunnya ‘On Liberty’. Dewey pula melihat peluang persamaan di dalam politik dan perundangan.
Demokrasi yang lahir di Barat ini telah dikritik oleh tokoh-tokoh Barat sendiri. Rousseau, meskipun gagasan pemikirannya menjadi inspirasi kepada pemikiran demokrasi telah mendedahkan kelemahan sistem ini. Sikap rakus dan tamak manusia boleh membawa kepada kekejaman. Beliau berpandangan demokrasi yang sebenar hanya mungkin jika rakyat/orang ramai adalah baik seperti Tuhan. Beliau mengatakan “Where there a people of God, their government would be democratic. So a perfect government is not for men” (Jika di sana ada manusia Tuhan, kerajaan mereka akan menjadi demokratik. Jadi kerajaan yang sempurna bukan untuk manusia)
Leon P.Baradat mengkritik demokrasi dengan menyatakan: “ a government which sacrifices nobility for mediocrity’ (Sebuah kerajaan yang mengorbankan kemuliaan untuk kesederhanaan/kerendahan).
Sebagai sebuah system yang lahir di Barat dan dieksport ke Timur, tokoh-tokoh sarjana Islam telah berhati-hati dalam membuat penilaian terhadap demokrasi. Iqbal misalnya melihat demokrasi dari dua dimensi. Pertama dari sudut sifat atau cirri. Iqbal berpandangan “freedom, equality and election” adalah sesuai dengan Islam pada tahap tertentu sahaja. Sebagai contoh, beliau menegaskan, di dalam Islam meskipun kepentingan individu terikat dengan kepentingan masyarakat, individu diberi kebebasan yang cukup bilamana perlu dalam membangunkan personalitinya. Beliau berhujjah, teori demokrasi Barat juga memelihara kepentingan masyarakat dalam menyediakan persekitaran yang kondusif kepada individu bagi pembangunan mereka sebagaimana yang difahamkan di dalam Islam.
Namun demikian, dari dimensi kedua, Iqbaltelah mengkritik demokrasi dari sudut praktis dan asas sekularnya. Dalam hal ini, Iqbal yang melihat /hidup semasa penjajahan British di India menyedari polisi double-standard British tentang ‘liberty’ dan ‘equality’ terhadap dirinya dan Negara yang dijajah. Beliau menjelaskan jika demokrasi bermaksud untuk memberi kebebasan dan kemerdekaan sebenar kepada semua manusia, membenarkan manusia menikmati semua hak-hak asasi manusia berdasarkan tradisi-tradisi mereka, menghormati semua budaya dan tamadun di seluruh dunia dan membenarkan mereka bangun dan maju, ia adalah sukar untuk menyatakan faktor yang sebenar bahawa bukan sahaja Britain, tetapi Barat seluruhnya yang mencetuskan demokrasi, telah tidak melaksana dan mengikutinya secara jujur. Dengan nada yang lebih sinis, Iqbal menyatakan:
“Whether it is a question of human rights or the issue of exporting democracy, the West has never followed it as a mission for its own sake but only for its own self interest of promoting its imperialistic agenda” (sama ada ia persoalan hak-hak asasi manusia ataupun isu tentang pengeskportan demokrasi, Barat tidak pernah mengikutinya sebagai satu misi untuk kepentingannya sendiri, tetapi hanya untuk kepentingan mempromosi agenda imperialistiknya).
Iqbal juga menolak demokrasi yang asasnya adalah secular dan berorientasikan material. Dengan berorientasikan materialism, Iqbal menyatakan bahawa Demokrasi Barat cenderung kepada membebaskan diri daripada nilai-nilai moral dan etika.
Fazlur Rahman yang mengutip pandangan Iqbal menjelaskan “ The essence of his (Iqbal’s) criticism is that Western Democratic societies aim only at accomplishing material ends, and that the average Western man is devoid of any vision of a higher moral social order”.
Sementara itu, tokoh ulamak kontemporari, Dr. yusuf al-Qaradawi berpandangan,demokrasi adalah selaras dengan semangat Islam jika bertujuan menegakkan keadilan melalui jaminan hak golongan minority menyuarakan pandangan dan lain-lain. Namun demikian, jika demokrasi dirujuk kepada suara terbanyak itu menjadi sumber hukum dan rujukan, ia jelas bertentangan dengan semangat Islam. Islam tidak melihat dari perspektif demokrasi tersebut dalam soal penetapan hukum. Islam tidak melihat kepada suara terbanyak, tetapi melihat kepada esensinya; benar atau salah.
Altaf Guahar pula menyatakan bahawa demokrasi Barat adalah sebahagian daripada institusi secular yang mengalami keruntuhan. Beliau mengistilahkan situasi ini dengan istilah ‘institutional collapse’. Kebobrokan ini sebenarnya berpuna daripada system ini yang dibina di atas asas dualism dan materialistic institusi secular Barat atas apa sahaja nama.
Berkaitan dengan isu ini, Prof. Hamid Algar mengkritik sesetengah orang Islam yang menganggap sesetngah ideology termasuk rationalism, demokrasi, kerajaan berparlimen, kebebasan wanita adalah Islam, malah dalam bentuknya yang paling sempurna.
Berdasarkan pandangan-pandangan yang dikemukakan tersebut, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa demokrasi Barat telah dikritik oleh tokoh-tokoh di Barat sendiri dan juga tokoh-tokoh Islam. Kritikan tokoh-tokoh Barat lebih cenderung kepada kelemahan dan ketidakupayaan demokrasi menyelasai masalah-masalah berkaitan masyarakat dan Negara. Manakalah kritikan tokoh-tokoh Islam adalah berkisar kepada prinsip, falsafah, sumber dan orientasi demokrasi yang sekularistik dan materialistic.
Labels: dakwah
Jumaat, 5 Mac 2010
zikir selepas solat (warid dari nabi s.a.w)
Created by Marzuki أستغفرالله 3
اللهم انت السلام ومنك السلام تباركت يا ذالجلال والإكرام (رواه المسلم)
لاإله إلاالله وحده لاشريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيئ قدير 10 (رواه الترمذي)أللهم لا مانع لما أعطيت ولامعطي لما منعت ولا ينفع ذالجد منك الجد (رواه البخاري و المسلم)
أللهم أجرني من النار 7 (رواه أبو داود – حسن)
لاحول ولاقوة إلابالله لاإله إلاالله ولا نعبد إلا إياه له النعمة وله الفضل وله الثناء الحسن لاإله إلاالله مخلصين له الدين ولو كره الكافرون (المسلم)
أية كرسي
الإخلاص، الفلق، الناس (المعوذات)
سبحان الله ، الحمد لله ، الله أكبر 33 لاإله إلاالله وحده لاشريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيئ قدير
اللهم إني أسئلك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا
(khusus selepas solat maghrib dan subuh)
اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك (جاغن تيغكل)
اللهم إني أعوذبك من الجبن وأعوذبك أن أُرَدَّ إلى أرذل العمر وأعوذبك من فتنة الدنيا وأعوذبك من عذاب القبر
سبحان الدائم القائم سبحان القائم الدائم سبحان الحي القيوم سبحان الله العظيم و بحمده سبحان الملك القدوس سبحان رب الملائكة و الروح
harus di ingat...menurut Syeikh Khatib al-Syarbini dalam kitabnya Mughni al-muhtaj, fiqh syafie menegaskan; disunatkan membaca zikir secara perlahan. kerana takut mengganggu orang yang sedang bersembahyang sunat atau masbuq. larangan ini dikecualikan terhadap Imam yang memang berniat mengajar makmum, tetapi setelah imam tahu, mereka (makmum) telah pandai dan tahu zikir-zikir tersebut hendaklah imam memperlahankan semula zikir-zikir tersebut. wallahu a'lam.
dicatat oleh penulis hasil dari rakaman kuliah Dr Abdul Basit dan rujukan kitab Minyatul Mushalli.
Labels: dakwah
Rabu, 20 Januari 2010
PENGARUH HEDONISME TERHADAP GOLONGAN REMAJA
Created by MarzukiPENDAHULUAN
Kemunculan aliran pemikiran dalam Islam berkembang pesat dengan kemasukan falsafah Greek pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Kemasukan aliran ini bukan sahaja meresap masuk dalam pemikiran tokoh-tokoh Islam malah turut mewujudkan beberapa disiplin ilmu khususnya dengan kelahiran ilmu kalam.(Mohd Fauzi Bin Hamat, 1997:175) Kesan dari kelahiran ilmu ini, maka terbentuklah dua aliran aqidah yang bententangan antara satu sama lain. Aliran tersebut merangkumi aliran al-Muctazilah dan al-Asyacirah (Mohd Fauzi Bin Hamat; 176).
Walaupun pengaruh falsafah Greek atau lebih tepat lagi pemikiran barat dapat dimurnikan tokoh-tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali, namun aliran pemikiran ini kemudiannya menular masuk dalam pelbagai bentuk selepas jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniah. (Ramli Omar, 1999: 139) Aliran pemikiran barat ini bukan sahaja menjadikan akal sebagai tunjang utama malah cuba memisahkan agama dari kehidupan manusia. Hal ini dapat dilihat dengan rosaknya agama Yahudi dan Nasrani apabila diresapi fahaman falsafah yang pelbagai sehingga menolak peranan wahyu.( Zulkifli Haji Ismail, 2002 : 159).
DEFINISI TAJUK
Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994:448) Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja terbitan Bina Aksara pula mengatakan Hedonisme sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat (Mohd Ghazali Md Nor, 2007:41) Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup. Jelasnya pernyataan ini sangat bertentangan sekali dengan tujuan penciptaan asal manusia, sebagaimana firman Allah:
وَمَا خَلَقتُ ٱلجِنَّ وَٱلإِنسَ إِلَّا لِيَعبُدُونِ ﴿٥٦﴾
Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Q.S. Az-Zariyaat : 51)
Menyoroti sejarah, fahaman Hedonisme didokong Aristipus (433-355 B.C), salah seorang murid Socrates. Hal ini merujuk kepada pertanyaan Socrates kepada beliau tentang tujuan terakhir bagi kehidupan manusia atau apa yang terbaik untuk manusia. Aristipus kemudiannya mengatakan yang terbaik untuk manusia adalah kesenangan, hal ini terbukti kerana sudah sejak masa kecil manusia berasa tertarik akan kesenangan dan apabila telah menikmatinya, ia tidak mencari sesuatu yang lain dan menjauhkan diri dari ketidaksenangan (Muhammad Raqi Bin Mohd Shapien, 2006:50)
Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh Epicurus (341-270 B.C) dengan mengatakan tujuan hidup untuk kesenangan dan kedamaian. Dalam fahaman ini, Epicurus menekankan bahawa kebaikan tidak mungkin akan difahami andainya kita menolak unsur kelazatan dalam hidup kita termasuk kelazatan indera rasa, cinta serta kelazatan lain yang dapat dilihat dan didengar oleh penglihatan dan pendengaran. Bahkan asas kepada segala kebaikan adalah kelazatan yang dirasai perut sehinggakan ilmu, kebijaksanaan, budaya, dan tamadun umat manusia mesti merujuk kepadanya. Manakala kelazatan minda pula dikatakan sinonim dengan proses berfikir tentang kelazatan-kelazatan yang dicapai oleh unsur fizikal tersebut.
Remaja adalah seorang manusia yang berusia antara 14-21 tahun. Pada usia tersebut mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara, mereka selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang.(Ramlah Yong; 2006)
HEDONISME DAN KAITANNYA DENGAN PENGARUH SEKULARISME
Pada masa kini, Kemunculan aliran sekularisme yang secara jelas bersifat anti agama dan berasaskan budaya hawa nafsu (Rahimin Afandi Abd. Rahim, 2004: 213) sedikit banyak menghancurkan pemikiran umat Islam. Menurut Muhammad Naquib al-Attas Sekularisme bermaksud pembebasan manusia dari segi agama dan metafizik (Azhar Hj Mad Aros, 2000: 216) Ia juga dapat didefinisikaan sebagai satu ideologi atau ajaran yang membina seluruh pengarahan hidup manusia dalam setiap aspeknya selain dari ibadah keagamaan di atas asas kepentingan, keperluan, ukuran, dan nilaian duniawi semata-mata. Dalam erti kata lain ajaran ini menolak ukuran agama sebagai asas bermasyarakat dan bernegara disamping menjadikan pemenuhan tuntutan duniawi sebagai matlamat tertinggi dan sebenar manusia.( Zulkifli Haji Ismail:257)
Akibat dari menjadikan akal sebagai tunjang utama kehidupan, timbul pelbagai aliran pemikiran dalam masyarakat mengikut acuan yang tersendiri seperti Komunisme, Kapitalisme, Libelisme, Pluralisme dan Hedonisme. Hedonisme adalah budaya yang lahir daripada asas sekularisme yang menolak dominasi fahaman agama dalam kehidupan manusia (Badlihisham : utusan Malaysia) Sekiranya diteliti hedonisme merupakan salah satu cabang fahaman Sekularisme. Ajaran Sekularisme telah meletakkan lima prinsip utama sebagai neraca dalam alirannya (Mohd Ghazali Md Nor : 57) prinsip-prinsip sekularisme adalah seperti berikut:
1. Prinsip Vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi kebenaran akan dianggap baik.
2. Prinsip Kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru akan dianggap sabagai baik dan bermutu.
3. Prinsip Relative pula menekankan tidak ada sesuatu konsep dan pemahaman terhadap sesuatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya boleh berubah mengikut perubahan zaman dan perkembagan ilmu pengetahuan
4. Prinsip Hedonisme pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk
5. Prinsip terakhir pula menganggap majoriti masyarakat sebagai pemutus. Aliran ini menganggap pilihan majoriti adalah baik.
Secara kesimpulannya, Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan, mengutamakan aspek keseronokan diri seperti memiliki barangan yang berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya. Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas dari unsur ketuhanan. Selain itu, keseronokan yang diputuskan oleh individu boleh menyebabkan penentangan antara satu-sama lain. Sebagai contoh seorang individu menganggap membunuh adalah perkara yang menyeronokkan manakala seorang individu lain menganggap ia sesuatu perkara yang menakutkan. Jadi, secara jelas konsep pemikiran hedonisme tidak relevan digunakan dalam hal ini kerana boleh mewujudkan pertentangan pemikiran.
Islam Dan Hedonisme
Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan Aqidah berfungsi sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh aspek perancangan ummah (Mohd Fauzi bin Hamat, 2002: 13)
Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran:
كُلُّ نَفسٍ۬ ذَآئقةُ ٱلمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّونَ أُجُورَكم يَوْمَ ٱلقِيَـٰمَةِۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدخِلَ ٱلجَنَّةَ فَقَد فَازَۗ وَمَا ٱلحَيَوٰةُ ٱلدُّنيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ الغُرُورِ ﴿١٨٥﴾
Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Q.s. Ali Imran: 185).
يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ۬ وكُلُواْ وَٱاشرَبُواْ وَلَا تُسْرِفُوٓاْۚ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ ٱلمُسرِفِينَ ﴿٣١﴾
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (Q.S. Al-A’raf : 31)
Sesungguhnya Islam tidak pernah melarang dan menghalang ummatnya dari berseronok dan hidup senang, bahkan Islam menggalakkan umatnya untuk berhias ketika ingin beribadah, namun Islam menghalang ummatnya dari berlebih-lebihan dan malampaui batas. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu fasa pertama dakwahnya di Makkah menekankan keburukan hawa nafsu dan menyeru manusia mengamalkan akhlak terpuji. Sewaktu Islam mula berkembang di tanah Arab, gejala buruk seperti minum arak, pelacuran dan berfoya-foya di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh perkara itu dapat dibendung dan diatasi. Islam juga mengajar penganutnya melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan mengemukakan konsep semua perbuatan akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.
فَمَن يَعمَلۡ مِثقَالَ ذَرَّةٍ خَيرً۬ا يَرَهُ ۥ ﴿٧﴾ وَمَن يَعمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ ﴿٨﴾
Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)(8)
(Q.S. Al-Zalzalah : 7 – 8)
Malah dalam hadis yang diriwayatkan, Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Islam itu adalah pekerti yang terpuji. Hadis itu dengan jelas mengajar umat Islam bahawa sebarang pekerjaan atau sikap yang bertentangan dengan nilai dan norma agama akan mendapat balasan seksaan di akhirat dan terkeluar dari ajaran agama.
Firman Allah lagi:
وَمَا ٱلحَيَوٰةُ ٱلدُّنيَآ إِلَّا لَعِبٌ۬ وَلَهوٌ۬ۖ وَلَلدَّارُ ٱلأَخِرَةُ خَيرٌ۬ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَۗ أَفَلَا تَعقِلُونَ ﴿٣٢﴾
Maksudnya: Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Q.S.Al-An’an :32)
Lazimnya, perbincangan mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman. Konsep Keimanan adalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar dan mempunyai tiga elemen penting merangkumi pegangan kuat berasaskan keyakinan, wujudnya unsur ketundukan yang tulus dalam sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya dan yang terakhir adanya unsur cetusan atau rangsangan dalaman dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di dalam diri dan di alam kenyataan dengan berusaha untuk menyelaraskan seluruh aktiviti hidup hariannya berasaskan nilai-nilai keimanan tersebut. Ini kerana individu tersebut tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan berasaskan bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan asas-asas keimanan yang terpendam jauh dan kental dalam hati sanubarinya. ( Mohd Fauzi bin Hamat : 16)
ISU YANG SERING DIKAITKAN DENGAN HEDONISME
Di bandar-bandar besar sekarang juga banyak tempat berseronok-seronok dan tidak hanya berupa tempat pelacuran, malah ada juga café dan bar, salon dengan service plus dan sebagainya. Nampaknya hedonisme mendapat tempat yang cukup tinggi dikalangan masyarakat. Bahkan masyarakat sekarang dikatakan sebagai masyarakat yang mengagung-agungkan kenikmatan jasmani, dengan kata lain memuja perwatakan hedonisma itu sendiri.
Hampir semua permasalahan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini adalah mempunyai kaitan yang rapat dengan aliran fahaman ini, Mohd Murtadha dalam tulisannya “Budaya hedonisme sebagai satu ancaman baru kepada masyarakat” (Muhd Murtadha:2008) mengenai kajian beliau berkaitan masalah sosial dalam majalah mastika bermula Jun – Ogos 2008, menggariskan beberapa isu, antaranya:
1. Sukakan Kebendaan (Skim Cepat Kaya)
Sejak akhir-akhir ini terlihat seolah-olah ada kecenderungan masyarakat untuk hidup mewah, bergaya dan berhibur secara berlebih-lebihan. Di rumah misalnya, segala kelengkapannya seperti perabot dan perlatan elektrik mestilah yang serba moden dan canggih; kalau kenderaan pula, bukan sahaja dari jenama yang terkenal, tetapi juga ia harus dilengkapi dengan pelbagai aksesori “latest accessories” yang memperlihatkan kehebatan pemiliknya; begitu juga dengan pakaian, harus dari jenis yang berjenama dan bergaya; dan kalau bersantai ataupun berhibur, harus pula di tempat-tempat yang ada kelas. Dan pengaruh budaya hidup serupa inilah yang menyebabkan masyarakat terus dibebani hutang. Keinginan untuk hidup mewah dan bergaya inilah juga yang dipercayai menyumbang kepada peningkatan kes terlibat dengan Skim Cepat Kaya sejak kebelakangan ini.
Maka tidak menghairankan kita bilamana bangsa melayu antara golongan yang paling ramai terlibat dengan skim cepat kaya (Irffan Khairi.com: 2008), satu kes, seorang mangsa sanggup mengeluarkan RM100.000 kepada seorang artis setelah dijanjikan pulangan pelaburan sebanyak 50 peratus. Bagaimanapun apabila mangsa cuba menunaikan cek imbuhan daripada syarikat artis berkenaan, pihak bank memberitahu tarikh cek tidak matang, ia tidak boleh ditunaikan dan tiada wang dalam akaun syarikat itu. (Aniza Zainuddin, harian metro : 2010) keinginan untuk mendapat keuntungan yang besar dengan kerja yang sedikit membuat ramai dikalangan remaja terlibat dalam skim ini tanpa memikirkan kebenaran apalagi halal atau haram.
2. Pemerkosaan / Rogol
Jenayah yang tidak pernah lekang dari paparan Media Massa ini semakin hari semakin meruncing, Penyelaras Masjid, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan dalam forum bertajuk 'Masalah Sosial, Cabaran Masa Kini' anjuran Masjid Permatang Sungai Dua dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Butterworth menjelaskan terdapat peningkatan sehingga 300 peratus, Jelasnya, pada tahun 2007 kes rogol mencatatkan 1,241 manakala tahun 2008 meningkat kepada 4,959 kes. Sementara untuk Kes anak luar nikah pula daripada tahun 2000 sehingga bulan Julai 2008 berjumlah 257,411 orang yang mana nisbah 94 orang dilahirkan sehari semalam. (Mohd Sabri Said: 2008) tidak termasuk yang tidak direkodkan.
Laman web Perisik rakyat, 4 jan 2010 melaporkan kes rogol yang berlaku sepanjang tahun 2000 sehingga julai 2009 adalah seperti berikut:
Antara kes-kes rogol yang dilaporkan di dada-dada akhbar;
Harian Metro; (19 jan 2010): Haid selamat mangsa samun diperkosa
“Bagai dirasuk syaitan, tiga penjenayah bukan saja menyamun seorang jururawat, malah mereka turut melakukan seks oral berhampiran sebuah kedai perabot di Kampung Pandan, dekat sini, Jumaat lalu. Malah, kumpulan lelaki itu turut memaksa mangsa melakukan hubungan seks, namun ‘hajat’ itu tidak kesampaian apabila mangsa datang haid menyebabkan semua suspek membatalkan keinginan mereka.
Mangsa yang ketika itu dalam keadaan bogel disuruh memakai kembali pakaiannya sebelum diminta beredar jika tidak mahu dibunuh selepas mereka berang dengan keadaan mangsa yang datang haid. Menurut sumber, mangsa yang berusia 30-an itu pada mulanya memandu berseorangan selepas pulang dari pasar malam di Cheras kira-kira jam 2 pagi sebelum keretanya ditahan seorang lelaki yang bertanyakan arah jalan.”
(Berita Harian : 7 Nov 2009) Amah dakwa dirogol abang majikan
“KUALA LUMPUR : Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dirogol abang majikannya selepas dia menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu, baru-baru ini.
Sumber berkata, lelaki terbabit ‘meminjam’ pembantu rumah berusia 25 tahun itu daripada adiknya kononnya bagi membantu membuat persediaan kenduri di rumahnya pada 23 September lalu. “Suspek berusia 40-an didakwa beberapa kali mengajak wanita itu mengadakan hubungan seks ketika dalam perjalanan dari rumah adiknya di Wangsa Maju ke rumahnya di Bangi. “
(Berita Harian : 08/11/2009) Rogol anak, nikah emak
“PETALING JAYA: Seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu. Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam tahun ke atas Hamdan Ahadluddin, 49.”
3. Wanita dan Seks
Berteraskan hak dan asasi manusia segelintir muda mudi kini seolah-olah agak susah untuk ditegur apalagi dibimbing, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa (Malaysia), Dr Rubiah Hamzah, berkata senario yang berlaku dalam negara ketika ini apabila kebanyakan remaja “hilang rasa malu apabila melakukan aktiviti seks bebas”. Kes anak luar nikah diburukkan lagi dengan laporan yang terbaru mengenai amalan seks bebas remaja hari ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 hingga September. (sumber: berita semasa, 2009)
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM. (berita harian : 2009)
Pecahan mengikut Negeri
Selangor = 12,836 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Kelantan = 1730 orang
Perak = 9,788 orang Pahang = 3,677 orang Perlis = 691 orang
K. Lumpur = 9,439 orang Kedah = 3,496 orang Sarawak = 617 orang
Johor = 8,920 orang Pulau Pinang = 3,412 orang Terengganu = 574 orang
Sabah = 8,435 orang Melaka = 2,707 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Sumber: berita harian online
4. Hiburan
Antara tunggak utama fahaman hedonism ini adalah hiburan yang melalaikan. Punca permasalahan ini pastinya terletak pada Media sebagai penggerak utama hiburan kepada peminatnya. Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan. (Ummu Wafa : 2010).
Kebarangkalian yang boleh difikirkan adalah mengapa berita artis, rencana hiburan dan skandal seks diberikan ruang yang begitu meluas, dengan gambar-gambar yang besar dan menggunakan banyak ruang, tajuk-tajuknya yang besar, adakah kerana ianya lebih ’selamat’? berbanding berita berunsurkan politik, sosial atau jenayah misalnya. Remaja di sogokkan dengan ungkapan “jauhkan politik”, “politik kotor” “politik hanya untuk orang politik” dan semacamnya lagi, namun hiburan yang sememangnya melalaikan remaja di lambak-lambakkan. Pelbagai bentuk hiburan yang cuba diketengahkan melalui beraneka slot hiburan. Dari rancangan berbentuk reality, konsert-konsert jalanan hingga ke konsert yang di taja oleh badan-badan kerajaan. Konsert karnival Jom Heboh, ada juga konsert-konsert yang lain terus dijamukan kepada masyarakat kita di atas pelbagai nama dan tema, dianjurkan oleh pelbagai pihak dan syarikat. Konsert sempena sambutan tahun baru, konsert sambutan hari kebangsaaan dan bermacam lagi. Contoh lain ialah Konsert Inspirasi TV3 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Pesta Malam Indonesia 3, Rockaway ’09 dan terdapat 6 konsert lain yang dianjurkan sempena Festival Muzik KL 2009 yang bermula dari 1-10 Julai 2009. Selain dari itu budaya Hedonisme juga mendapat tempat yang cukup baik bila TV3 sanggup mengeluarkan sejumlah wang bernilai USD100.000.00 untuk tempat pertama sebuah pertandingan reality TV dan anggaran untuk hadiah sahaja bagi semua pemenang adalah sebanyak RM 7 juta ringgit (Azamin Amin, Harakah daily: 2007)
Apabila program-program hiburan sebegini dilambakkan, kesannya minda masyarakat akan banyak dibentuk dengan hiburan. Generasi muda yang diharapkan menjadi barisan pelapis untuk menerajui dan mencorak pembangunan ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan yang melampau-lampau. Mereka lebih ghairah dan bersemangat untuk berbicara tentang gosip sensasi para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang sedang popular dan pelbagai topik lain yang semuanya berkaitan dengan hiburan. Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ianya turut berjangkit kepada golongan mahasiswa mahasiswi di institut pengajian tinggi. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti para remaja zaman ini.
5. Gangterisme
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah, berkata dianggarkan lebih kurang 100,000 orang kebanyakannya belia India, terlibat dalam pelbagai kegiatan gengsterisme. Sambil menyifatkan ia sebagai gejala sosial yang serius, menurutnya, laporan akhbar hampir saban hari menyebut pembabitan pemuda keturunan India dalam aktiviti gengsterisme dan jenayah lain. (Sumber, Utusan Malaysia: 2009)
Gangsterisme bermaksud kelakuan yang memusnahkan/merosakkan yang dilakukan secara berkumpulan. (myhealth.gov.my : 2006) kebiasaannya kegiatan gengsterisme ini meliputi; Merompak, menyeluk poket, terlibat dalam lumba haram (rempit), mencuri kereta, mengedar dadah, minum arak, terlibat dalam seks rambang, mengugut peniaga-peniaga kecil untuk memberi wang perlindungan bagi menjamin keselamatan mereka, bergaduh, buli dan sebagainya. Penglibatan golongan ini semakin hari semakin serius sehinggakan mereka mula menular ke sekolah-sekolah sehingga timbul kes-kes ugutan dan buli sesama pelajar, dalam hal ini kementerian pelajaran mengambil langkah drastik yang konsisten bagi menangani sindrom gengsterisme ini dengan cara mengadakan subjek khusus untuk meningkat displin pelajar dan juga mewujudkan talian “hotline” terus ke pejabat Menteri Pelajaran bagi menerima segala aduan untuk memudahkan tindakan yang perlu diambil segera oleh pihak atasan. (Adnil Mohd : 2001)
Kes-kes yang melibatkan gengsterisme ini, antaranya:
1. Mungkin kita masih belum lupa peristiwa kematian adik Muhammad Farid Ibrahim, pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Agama Datok Klana Petra Maamor, Empangan yang berlaku sekitar tahun 2004, dimana Allahyarham dikatakan meninggal akibat dipukul oleh pelajar-pelajar senior.(Mohd Khairul Hidayat Berahim:2009) Menurut sumber, sebelum kejadian, Muhammad Farid dikatakan dikejutkan dari tidur oleh sekumpulan pelajar senior di bilik asramanya sebelum diheret ke tandas.
Di tandas, kumpulan pelajar senior mengikat kaki dan tangan mangsa sebelum menghentak kepalanya dengan baldi. Mereka turut menendang dan menumbuk mangsa sehingga dia (mangsa) tidak bermaya. Dia yang teruk dibelasah tanpa mampu melawan parah dan darah membasahi pakaiannya. Melihat keadaan mangsa yang tidak bermaya, kumpulan pelajar senior membawanya ke bilik semula (Ahmad Nazri Mohamad : 2004)
2. Begitu juga kes yang melibatkan pelajar Sekolah Menengah Sungai Besi, Muhd Hadzrin bin Mohamad yang meninggal akibat dibelasah rakan sekolah pada Febuari 2009. (Al-Amin bin Mohamed Sultan : 2009) mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, kira-kira jam 1 pagi. Mangsa di belasah oleh 24 orang pelajar lelaki pada jam 9.30 pagi 13 febuari akibat daripada perebutan wanita. (Muhd Faiz Zaini: 2009)
6. Penagihan Dadah
Penagihan dadah yang hingga kini di anggarkan lebih 400,000 remaja Islam terjebak dalam jenayah ini, mengikut statistic yang diperolehi dari laman web PEMADAM, memaparkan statistik Jan – Dis 2005 serta profil penagihan dadah di Malaysia mengikut kategori:
(1) Taburan penagih menurut negeri- Pulau Pinang berada pada kedudukan teratas
(2) Jumlah penagih mengikut status kes - kes ulangan lebih tinggi peratusnya
(3) Profil penagih mengikut jantina - lelaki lebih ramai, hampir 98% kes baru adalah lelaki, sementara 99% kes ulangan adalah dari kaum lelaki.
(4) Profil penagih mengikut bangsa: Melayu berada pada kedudukan tertinggi dengan 69% kes baru, 67% kes ulangan, dan 68% secara keseluruhan.
(5) Profil mengikut umur ketika dikesan: bagi kes baru, kebanyakan di kesan ketika berumur 20-24 tahun dan untuk kes ulangan, ramai dikesan berumur 25-29 tahun
(6) Profil penagih mengikut jenis dadah yang digunakan: bagi kes baru dan ulangan, kebanyakannya mengunakan heroin.
(7) Profil penagih mengikut pekerjaan: kebanyakan penagih bekerja sebagai jurujual atau dalam bidang pembinaan rompakan, ragut, rempit dan bermacam bentuk pergaulan bebas lainnya.
Selain dari kegiatan-kegiatan tidak bermoral yang telah di bincangkan di atas, terdapat banyak lagi isu-isu sosial semasa yang berasaskan dari idea atau aliran hedonism ini. Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap “neokolonialisme” yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat. Secara jelas, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama. Gejala ini timbul berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia. Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka.
Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.
PENUTUP
Usaha serangan pemikiran (ghozwul fikr) yang tersebar luas telahpun diberi amaran dalam firman Allah yang menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini dengan ayat:
وَدُّواْ لَوْ تَكفُرُونَ كَمَا كَفَرُواْ فَتَكُونُونَ سَوَآءً۬
yang bermaksud: “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’, 4:89).
Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam mengenai serangan pemikiran ini apabila baginda melarang umatnya daripada meniru budaya orang kafir bagi menjaga keperibadian dan karekteristik seseorang muslim.
Diantara jenis-jenis serangan pemikiran yang dapat dikenal pasti ialah pemikiran hedonism, tahyul, khurafat, bidaah, kristianisasi, terrorism, seks dan sebagainya. Namun apa yang malangnya, golongan remaja di Negara kita khususnya, sebenarnya secara tidak sedar telahpun banyak terdedah kepada pengaruh fahaman ini. Dan sekiranya tidak ada perhatian dan tindakan dari pihak-pihak yang berwajib maka pemikiran ini mampu menghancurkan Negara kita suatu hari nanti. Kesemua serangan pemikiran ini berpunca untuk menjauhkan umat Islam daripada keterikatan dengan para ulama’ dan Islam sebagai sebuah agama. Sebagaimana Firman Allah s.w.t:
وَلَن تَرضَىٰ عَنكَ ٱليُهودُ وَلَا النَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهمۡۗ قُلْ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلهُدَىٰۗ وَلئِنِ ٱتَّبَعتَ أَهوَآءَهُم بَعدَ الَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلعِلمِۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ﴿١٢٠﴾
Maksudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (120)
Labels: dakwah
Khamis, 31 Disember 2009
Mengapa PAS di tubuhkan
Created by MarzukiTerdapat sebahagian kalangan ahli PAS dan masyarakat yang keliru dengan penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS bukan ditubuhkan semata-mata kerana didorong oleh tuntutan politik tanahair. PAS juga bukan ditubuhkan semata-mata kerana tidak puas hati atau benci dengan kepincangan yang berlaku dan sikap yang diamalkan dalam UMNO dan Barisan Nasional. PAS juga bukan ditubuhkan semata-mata kerana memenuhi kehendak individu atau pemimpin tertentu.
Sebaliknya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini ditubuhkan atas tuntutan Islam. Selain daripada tuntutan dakwah serta tuntutan menjaga ‘aqidah, menegakkan syari’at dan membentuk akhlak, menyuruh kepada perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran, para ‘alim ‘ulamak,ilmuan dan cendiakawan Islam yang awal telah bersependapat dalam memutuskan perlunya wujud sebuah gerakan Islam atau jama'ah Islam di dalam pemerintahan Negara yang tidak melaksanakan hukum Islam dan dasar negara yang tidak menjamin keselamatan aqidah serta kebajikan umat Islam.
"
وَلتَكُن مِّنكُم أُمَّةٌ يَدعُونَ إِلَى ٱلخَيرِ وَيَأمُرُونَ بِٱلمَعرُوفِ وَيَنهَونَ عَنِ ٱلمُنكَرِ وَأُوْلَـِٰكَ هُمُ ٱلمُفلِحُونَ "
Maksudnya :
“dan hendaklah ada satu golongan daripada kamu yang menyuruh kepada kebaikan, menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mereka itulah golongan orang yang mencapai kemenangan” ( Surah Ali-‘Imran : ayat 104)
Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, golongan yang peka dan bertanggungjawab ini atau dikenali sebagai gerakan Islam atau Harakah Islamiyyah, tidak boleh hanya bergantung dengan lisan (ceramah-ceramah dan kuliyah-kuliyah) semata-mata. Sebaliknya jama'ah Islam perlu mendapat “mandat” atau “kuasa” bagi memastikan bahawa tuntutan Islam ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam konteks sains politik, “kuasa” yang dimaksudkan ialah kuasa politik. Perkara ini dengan kaedah usul fiqh yang menyebut :
jika tiada terlaksana sesuatu yang wajib itu sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, maka tidak dapat tidak perkara tersebut menjadi wajib
Bagi mendapatkan kuasa politik dan negara ini, tidak dapat tidak gerakan Islam atau jama'ah Islam itu wajib melibatkan dirinya dalam sistem pilihanraya. Untuk melibatkan diri dalam pilihanraya, maka wajib ke atas gerakan Islam atau jama'ah Islam itu mendaftarkan dirinya sebagai sebuah parti politik dan tidak boleh bergerak sebagai badan dakwah sahaja atau badan bukan kerajaan (NGO). Oleh itu, gerakan Islam ini telah menubuhkan Parti Islam Se-Malaysia bagi memenuhi tuntutan berpolitik secara sah sepertimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Persekutuan. Justeru itu, menyertai dan bekerja untuk mencapai cita-cita dalam menegakkan negara yang tunduk kepada arahan Allah juga adalah wajib. Ibnu Taimiyyah pernah menegaskan :Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada ma’ruf, melerang perkara mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku ‘adil dalam menjadikan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasan dan teras kepimpinan” ( As-Siyasah As-syar’iyyah m/s 172-175)
Sesungguhnya PAS tidak beriman dengan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita pada hari ini, tetapi PAS mengambil manfaat daripada peluang yang diberikan (melalui sistem demokrasi pilihanraya) untuk menyatakan risalah Islam bagi menegakkan perundangan Islam dan pemerintah negara dengan cara dan kaedah sebagaimana yang dituntut oleh Islam berpandukan Kitabullah (Al-Qur'an) As-Sunnah, Ijmak dan Qiyas yang teran lagi nyata.
Inilah cara aman yang membenarkan PAS untuk terus menyampaikan risalah Islam dan membela Islam serta ummah. Bertitik-tolak dari sinilah maka PAS menjadikan ISLAM sebagai dasar perjuangannya sebagaimana tercatit dalam PERLEMBAGAAN PAS (FASAL 3) iaitu PAS memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah Ta’ala.
Penubuhan PAS berakar umbi dari gerakan dakwah dan pembebasan tanah air dari cengkaman penjajah Inggeris yang dimulakan oleh para ‘alim ‘ulamak Islam yang kemudiannya menubuhkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948 sebelum negara mencapai kemerdekaan. Hizbul Muslimin kemudiannya telah diharamkan oleh British pada bulan Ogos 1948. Walaupun begitu, aktiviti Hizbul Muslimin diteruskan sehinggalah tertubuhnya PAS pada 24 November 1951.
PAS DAN POLITIK
PAS tidak menjadikan medan politik sebagai satu wasilah (perantaraan atau alat) semata-mata untuk menyampaikan risalah Islam dan risalah perjuangan yang didokongnya. Sebaliknya PAS menggerakkan ahlinya untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti lain antaranya termasuklah memakmurkan masjid dan surau, meningkatkan bilangan kuliyah-kuliyah bagi menambah dan menyebarkan ilmu di kalangan umat islam, meningkatkan program-program yang dapat menjelaskan kepada masyarakat tentang dasar dan prinsip perjuangan PAS, mengadakan program-program memasyarakatkan PAS yang dapat mendekatkan PAS dengan rakyat, meningkat serta memantapkan institusi pendidikan Islam, mewujud dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi ummah, memupuk semangat mahabbah dan persaudaraan Islam di kalangan umat Islam di dalam dan luar Negara, mewujudkan persefahaman dengan non muslim bagi menyampai dan memperjelas risalah Islam dan PAS, serta menujukkan contoh kehidupan serta bermasyarakat dengan cara dan kaedah Islam. Dalam erti kata lain, PAS bukan sahaja terlibat dengan politik tetapi juga dalam ekonomi, pendidikan, kebajikan, hubungan antarabangsa juga kemasyarakatan.
UMAT ISLAM DAN JAMA'AH ISLAM PAS
Sebahagian besar ‘ulamak berpendapat, apabila tidak ada negara Islam maka menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk menubuhkan geakan Islam atau harakah Islamiyyah kerana bai’ah, wala’ dan ta’at setia ummah hanya boleh diberikan kepada kepimpinan Islam dalam negara yang melaksanakan dasar dan peraturan Islam.
Perlu ditekankan disini bahawa PAS menjadikan Kepimpinan ‘Ulamak sebagai kepimpinan ummah. Kepimpinan ummah oleh ‘Ulamak ini seharusnya tidak terbatas oleh sempadan goegrafi, bahasa, kaum atau bangsa. Walaupun Negara diperintah dan ditadbir oleh pemimpin yang beragama Islam, kepimpinan ummah seluruhnya harus kekal pada ‘ulamak kerana ‘ulamak adalah pewaris para nabi.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI PAS
Setiap ahli PAS harus memahami apabila mereka telah mengisi borang permohonan menjadi ahli PAS (suatu bentuk bai’ah) untuk menjadi ahli PAS yang sah, justeru ahli PAS hendaklah mematuhi segala peraturan serta kaedah gerak kerja yang telah digariskan oleh tanzhim PAS sama ada yang tercatat dalam Perlembagaan parti mahupun yang dimaklumkan oleh pucuk pimpinan dari masa ke semasa.
Ahli-ahli PAS tidak sepatutnya mengimport budaya gerak kerja kumpulan-kumpulan, pertubuhan-pertubuhan atau jama’ah-jama’ah lain yang boleh menjejaskan kelancaran gerak-kerja PAS. Ahli-ahli PAS yang pernah menjadi ahli parti politik atau jama’ah-jama’ah atau pertubuhan-pertubuhan lain hendaklah “mencairkan” dirinya untuk menerima dan menghayati fikrah dan amalan PAS yang berasaskan Islam.
Ahli-ahli PAS wajib memberikan wala’ dan ta’at setianay kepada kepimpinan PAS di semua peringkat selagi mana kepimpinan itu berada di atas dasar dan kaedah Islam. Sebarang permasalahan dan rasa tidak puas hati mestilah dikemukakan melalui saluran-saluran yang dibenarkan dan bukan mewujudkan “jama’ah dalam jama’ah” atau api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan yang seumpamanya. Muzakarah dan musyawarah haruslah menjadi medan untuk bermuhasabah dengan penuh hikmah dan mahabbah.
Ahli-ahli PAS juga harus sedar bahawa keseragaman fikrah dan keseragaman dalam tindakan-tindakan, amalan-amalan, keputusan-keputusan serta gerak-kerja. Oleh itu, ahli-ahli PAS mestilah mewajibkan diri untuk mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PAS khususnya program-program tarbiyyah yang diatur oleh PAS di semua peringkat bagi mempastian kecelaruan fikrah dan amalan di kalangan ahli-ahli PAS dapat dielakkan.
SIKAP PAS TERHADAP PARTI-PARTI POLITIK DAN NGO-NGO
Pada dasarnya, kewujudan PAS tidak sama seperti mana parti-parti politik yang lain. PAS ditubuhkan atas tuntutan Islam. Dasar PAS ialah Islam dan PAS boleh bekerjasama dengan parti-parti dan NGO-NGO yang menerima dasar yang diperjuangkan oleh PAS.
Kerjasama dengan parti-parti politik dan NGO-NGO adalah digalakkan selagi mana ianya tidak menjejaskan kepentingan Islam, parti dan ummah seluruhnya. PAS sentiasa mengalu-alukan usaha yang dapat mencari titik pertemuan dan mengelakkan dari permusuhan dengan mana-mana pihak. Kerjasama ini tidak seharusnya meleburkan ahli PAS ari dsudut prinsip, dasar, identity, fikrah dan wala’ serta ta’at kepada kepimpinan PAS. Wallahua’lam.
dipetik dari: al-banjari online
Labels: dakwah
Sabtu, 3 Oktober 2009
Al-ZAWQ DAN KEPENTINGANNYA DALAM DAKWAH 1
Created by MarzukiPenulis: Marzuki Bin Sepiaail
Student Jabatan Dakwah dan Kepimpinan
Pensyarah: Dr Sulaiman Ibrahim dan Dr Nuruldeen Al-Shalah
DEFINISI DAN KONSEP DAKWAH
Menurut Al-Ghazali, Az-Zawq adalah sebagai alat untuk memperolehi hakikat-hakikat. Bahkan al-Ghazali mengistilahkan az-Zawq sebagai al-ruh al-qudsi an-nabawi . beliau juga menyamakan az-zawq dengan al-wijdan yang mengandungi arti rasa atau perasaan hati, dimana al-ghazali menempatkannya pada tingkat yang sangat mulia dan tinggi bagi manusia. Dalam konteks dakwah, melihat kepada maksud al-wijdan mungkin boleh diterjemahkan sebagai pendekatan yang harus di lakukan oleh pendakwah kepada madcunya dengan method dan cara yang paling berhikmah, sesuai dengan maksud Firman Allah S.W.T;
وَجدِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ أَحْسَن
Maksudnya: dan berbincanglah dengan cara yang paling sesuai
Perkataan ‘dakwah’ berasal daripada bahasa arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dakwah yang paling menonjol ialah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Mengikut peristilahan ahli dakwah, perkataan tersebut atau yang asalnya dakwah Islamiah mempunyai maknanya yang tersendiri.
Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Dr. Yusof al-Qardhawi pula memberi definisi dakwah sebagai
usaha membawa orang lain kepada agama islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapanNya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan dari Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran dan berjihad pada jalanNya.
Adam Abdullah al-Aluri pula menjelaskan bahawa dakwah ialah
memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir mereka terjerumus kedalamnya.
Daripada pengertian dakwah yang telah diperjelaskan oleh beberapa orang tokoh di atas, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu dakwah ialah usaha yang di lakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah S.W.T.
Dalam al-Qur’an terdapat banyak ayat yang menerangkan pengertian dakwah yang dimaksudkan itu, antaranya adalah seperti berikut:
I. Surah an-nahl: 125
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلحِكمَةِ وَٱلمَوۡعِظَةِ ٱلحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦۖ وَهُوَ أَعلَمُ بِٱلمُهتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
II. Surah al-Hajj:67
لِّكُلِّ أُمَّةٍ۬ جَعَلنَا مَنسَكًا هُمۡ نَاسُِكوهُۖ فَلَا يُنَـٰزِعُنَّكَ فِى ٱلأَمرِۚ وَٱدۡعُ إِلَىٰ رَبِّكَۖ إِنَّكَ لَعَلَىٰ هُدً۬ى مُّستَقِيمٍ
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
III. Surah Fussilat:33
وَمَنۡ أحسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلمُسلِمِينَ
Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!
IV. Surah ar-Ra’d:36
وَٱلَّذِينَ ءَاتَينَـٰهُمُ ٱلكِتَـٰبَ يَفرَحُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيكَۖ وَمِنَ ٱلأَحزَابِ مَن يُنكِرُ بَعضَهُ ۥۚ قُلۡ إِنَّمَآ أُمِرۡتُ أَنۡ أَعبُدَ ٱللَّهَ وَلَآ أُشرِكَ بِهِۦۤۚ إِلَيهِ أَدۡعُواْ وَإِلَيهِ مَـَٔابِ
Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan di antara beberapa kumpulan dari orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah: Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah dan supaya aku tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain: KepadaNyalah aku menyeru (manusia semuanya untuk menyembahNya), dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya untuk menerima balasan).
Daripada pengenalan tentang dakwah ini difahami bahawa dakwah bukan semata-mata mengajak manusia ke jalan Allah tetapi mestilah disertakan tetapi ia mestilah disertakan dengan uslub dan tatacara yang baik bagi mempengaruhi orang yang diajak itu. Dakwah bukanlah bererti agama itu sendiri , tetapi usaha ke arah itu. Tegasnya, dakwah itu ialah usaha-usaha yang dirancang dengan baik bertujuan untuk membawa supaya mengetahui tujuan hidup bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Model ideal dai’e yang dirujuk adalah berada pada diri individu bemama Muhammad bin Abdullah atau Nabi Muhamad SAW. Rasulullah memiliki akhlak dan peribadi yang tinggi dan mulia. Saidatina Aisyah pernah membuat rumusan bahawa Rasullah SAW adalah diibaratkan sebagai Al-Quran yang hidup atau berjalan. Di dalam konteks yang lain, disebutkan bahawa pengutusan Rasulullah SAW adalah sebagai pembawa khabar gembira kepada seluruh alam dan pada diri Baginda terdapat contoh dan ikutan yang terbaik (Uswatun Hasanah). Baginda adalah seorang manusia dan nabi serta rasul yang telah dilantik oleh Allah s.w.t. untuk menyebarkan syiar Islam atau menjalankan usaha dakwah bagi penyebaran agama Islam. Ketokohan baginda adalah tiada tolok banding pada kaca mata musuh Islam ataupun pada sahabat dan umatnya. Beliau diberi gelaran Al- Amin (orang yang benar-benar dapat dipercayai) (Muhammad Abdul Wahhab, 2006, 47). Ketokohan Nabi Muhammad dan berita pengutusannya membawa ajaran yang mengEsakan Allah disebutkan di dalam beberapa kitab-kitab yang lain (Abdul Ahad Dawud, 1978; Muhammad Abdul Wahhab, 2006).
Ketokohan Nabi Muhammad bukan sahaja sebagai seorang dacie, tetapi juga merupakan seorang ketua negara, ahli perniagaan, panglima angkatan tentera, pakar strategik, dan pakar perunding yang utama. Ketokohan dan personaliti mulia yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W, diikitiraf juga oleh pakar-pakar dan pengkaji terkemuka di dunia yang bukan beragama Islam. Apakah ciri-ciri yang pada Nabi Muhammad SAW sehingga beliau digelar pendakwah yang memiliki ciri dan sifat ‘the towering personality’? Baginda dapat disimpulkan mempunyai sifat yang begitu terpuji dan cemerlang dalam segala aspek yang perlu ada pada diri seseorang dai’e. Kaum muslimin wajib mengetahui kedudukan Rasul yang mulia kerana manusia berhukum kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya, dan berhias diri dengan akhlaknya. Rasulullah SAW memiliki sifat-sifat mulia berikut ; tabligh, amanah, fatanah dan sifat kepatuhan dan penyerahan diri pada Allah Taala yang total.
Timbul persoalan, mampukah para dai’e hari ini memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang ada pada model ideal di atas? Tidakkah tuntutan dan kaedah dakwah kini telah berubah kerana tuntutan masa dan zaman yang telah berubah? Jika diteliti secara mendalam, ia adalah sesuatu yang luar biasa untuk para dai’e masa kini untuk memiliki ciri-ciri dan personaliti seperti Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun adalah diyakini, bahawa ciri-ciri umum yang berkait dengan kompetensi din seorang dai’e adalah boleh dimiliki oleh setiap dai’e. Ciri-ciri personaliti unggul itu, dapat dipecahkan kepada empat aspek yang utama iaitu dari aspek jasmani atau fizikal, emosi atau kawalan perasaan, rohani atau keagamaan dan intelek atau penguasaan ilmu pengetahuan dan kepakaran.
Labels: dakwah
Al-ZAWQ DAN KEPENTINGANNYA DALAM DAKWAH 2
Created by MarzukiUSLUB DAKWAH DAN KEDUDUKANNYA DALAM MENARIK MINAT MAD'U
Perkataan Uslub berasal dari perkataan arab yang bermaksud jalan atau cara, mengikut peristilahan dakwah, uslub dakwah ialah penyampaian kandungan atau isi dakwah dengan ibarat atau bentuk yang tertentu. Di dalam bahasa Inggeris “cara” (Uslub) di terjemahkan sebagai method yang berarti sistem, aturan atau kaedah , walau bagaimanapun penggunaan kata method ini telahpun diguna pakai dalam bahasa melayu dengan maksud yang sama.
Sementara metod dakwah ialah perkara-perkara yang berhubung dengan cara penyampaian islam kepada sasaran. Dakwah hendaklah mengikuti kaedah tertentu, kerana kalau tidak ia mungkin tidak membawa apa-apa kesan atau lebih buruk lagi bila di salah tanggap sebagai penyelewengan terhadap dakwah yang suci.
Metod dakwah tidak hanya tertumpu kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja, mungkin berdasarkan pengalaman dan keilmuan masing-masing pendakwah maka metod yang disampaikan juga agak berbeza, mungkin dari segi persembahan, isi kepada sasaran, saluran dan juga strategi yang ingin disampaikan.
Dalam konteks dakwah dan apa jua yang berkaitan dengan agama sudah pasti rujukan utama kita adalah kepada Qur’an dan sunnah, kalau dikaji dakwah nabi S.A.W di dapati bahawa sejarah dakwahnya penuh dengan perancangan dan strategi, hal ini dapat disaksikan bagaimana pada peringkat permulaan dakwah, seruannya lebih tertumpu kepada keluarganya yang terdekat, apabila keluarganya sendiri memeluk islam ia akan menjadi benteng pertahanan yang kuat kepada dakwah dari ancaman luar. Setelah itu dakwahnya diteruskan pula kepada golongan yang ada tanda-tanda akan menerima islam dan berpotensi dalam dakwah, dengan islamnya orang yang berpotensi dalam masyarakat islam lebih cepat berkembang, disamping dapat mengurangkan tentangan musuh
Selain itu persembahan yang cantik dan baik juga merupakan suatu metod yang sangat sesuai dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah, sebabnya, sudah menjadi tabiat manusia sukakan benda-benda yang menarik. Penggunaan peralatan visual sebagai contoh di sekolah-sekolah memberikan kesan yang sangat berbeza dalam menarik minat pelajar mengikuti pengajaran yang di sampaikan. Begitu juga dengan mengemukakan Sesuatu pemikiran dengan label-label baru, pastinya ia lebih menarik perhatian sasaran terhadap dakwah yang disampaikan, kerana tabiat manusia sukakan benda-benda baru.
Dakwah juga harus diselit dengan isu-isu simpati kepada masalah yang di hadapi oleh sasaran. Bagaimana komunis pun selalu menonjolkan isu-isu yang berhubungan kelaparan dan kelas untuk menarik perhatian rakyat yang tertindas dan lemah. Fathi Yakan menjelaskan berdasarkan keadaan dan tabiat sasaran itu yang bermacam-macam, maka setiap pendakwah itu mesti mengetahui terlebih dahulu sasaran yang hendak di dakwahnya. Bagaimanakah pemikirannya, kefahamannya, apa penyakit atau masalahnya dan apa pula halangan-halangan yang mungkin timbul, nanti dengan itu senanglah dia mengobatinya
Dalam pertemuan antara Jaafar Ibn Abi Talib dengan raja Habsyah, al-Najashi, ketika Jaafar dan rombonganya berhijrah dari Makkah, apabila diminta oleh al-Najashi supaya Jaafar mengemukakan apa-apa keterangan dari Allah melalui nabi yang baru diutuskan itu, Jaafar membacakan surah Maryam. Setelah mendengar bacaan tersebut an-Najashi menangis kemudian berkata yang maksudnya: demi Allah yang mengutuskan nabi Isa, sesungguhnya ini (agama yang di bawa melalui nabi Muhammad s.a.w) datang dari tempat yang sama (dengan agama yang di bawa oleh Nabi Isa)
Kebijaksanaan Jaafar memilih surah Maryam adalah untuk menyesuaikan dengan an-Najashi yang beragama kristian dan ini adalah method dakwah isi.
Labels: dakwah
Al-ZAWQ DAN KEPENTINGANNYA DALAM DAKWAH 3
Created by MarzukiHUBUNGAN DAKWAH DENGAN ILMU KEMASYARAKATAN
Objektif utama dakwah ialah supaya sasaran menerima apa yang disampaikan kepadanya. Oleh itu, dakwah memerlukan metod. Jadi metod dakwah berhubung rapat dengan ilmu kemasyarakatan, terutama ilmu-ilmu cara mempengaruhi masyarakat. Terdapat dua bidang ilmu kemasyarakatan yang membicarakan secara khusus tentang cara mempengaruhi masyarakat, ilmu-ilmu tersebut ialah ilmu komunikasi dan psikologi. وَبِٱلحَقِّ أَنزَلنَـٰهُ وَبِٱلحَقِّ نَزَلَۗ وَمَآ أَرۡسَلنَـٰكَ إِلَّا مُبَشِّرً۬ا وَنَذِيرً۬ا لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيْ رَسُوْلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُوْا الله وَالْيَوْمِ الأَخِرِ يسروا ولا تعسروا، وبشروا ولاتنفروا
5.1 Komunikasi Dan Kaitannya Dengan Dakwah
Komunikasi berasal dari perkataan inggeris (communication) dan dalam penggunaan biasa berarti perhubungan atau sesuatu perkara yang disampaikan bagi ahli komunikasi, perkataan komunikasi di ertikan dengan penyampaian pengertian daripada seseorang kepada pihak lain, dengan menggunakan lambang-lambang mengikut proses-proses tertentu.
Abdul Aziz Mohd Zain dalam Bukunya “Pengantar dakwah Islamiyah” menyatakan berdasarkan ta’rif dakwah dan komunikasi secara lahirnya tidak ada perbezaan antara kedua-duanya. Apa yang boleh membezakan antara kedua-duanya ialah tentang maklumat yang ingin disampaikan, kerana dakwah menyampaikan maklumat tentang islam sedangkan komunikasi menyampaikan apa sahaja maklumat yang difikirkan perlu
.
Di lihat dari sudut lain, komunikasi terbahagi kepada dua: 1. Komunikasi perseorangan
2. Komunikasi dalam kelompok
Dari sudut pengaruh, kedua-dua komunikasi ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Komunikasi perseorangan atau hubungan peribadi, sehingga sekarang di anggap komunikasi yang paling banyak membawa kesan dan paling baik untuk mencapai matlamat komunikasi dakwah dan diayah, kerana hubungan bersemuka boleh menyelesaikan banyak masalah, seperti kepercayaan, ketidakfahaman dan perbincangan.
5.1.1 Keistimewaan Komunikasi dakwah
Komunikasi dakwah adalah satu bentuk komunikasi yang sangat istimewa kerana ia mengemukakan perkara hak dan kebenaran. Dalam hal ini Allah S.W.T menjelaskan:
Maksudnya : dan kami turunkan (al-Qur’an) itu dengan kebenaran, dengan itu ia turun membawa kebenaran (surah al-isra’:105)
Ayat ini menerangkan bahawa tujuan hubungan dalam Islam ialah menyampaikan perkara yang hak dan benar, selain itu keistimewaan komunikasi dakwah ialah uslubnya yang indah dan jelas, persembahan dan penyampaian yang kena pada waktunya. Benar, terikat dengan akhlaq yang tinggi, membawa tarikan dan mengelakkan kejemuan, menyeluruh pada hal-hal yang menjadi keperluan manusia dan matlamat yang ingin dicapai dari tujuan komunikasi itu adalah tinggi dan mulia.
5.2 Psikologi Dan Kaitannya Dengan Dakwah
Sementara dari sudut psikologi pula perkataan psikologi juga berasal dari bahasa inggeris yang berarti ilmu yang mengkaji jiwa atau fikiran manusia. Perkataan tersebut dipakai dalam bahasa melayu dengan maksud yang sama. Bagi ahli psikologi, psikologi hari ini ditakrifkan sebaga satu kajian yang saintifik tentang jiwa dan tingkah laku manusia.
Ilmu psikologi mempunyai objektif tertentu, iaitu: a. Pendedahan tingkah laku
b. Memahami tingkah laku manusia
c. Membuat ramalan terhadap seseuatu kejadian tingkah laku
d. Mempengaruhi tingkah laku manusia untuk perubahan dan penyesuaian demi kebaikan.
Dengan itu kepentingan ilmu psikologi ialah untuk mengetahui jiwa manusia supaya senang dipengaruhi dan diperbaiki. Ini kerana melalui ilmu psikologi, seseorang itu dapat mengetahui jiwa orang lain dan bagaimanakah cara mempengaruhi, samaada secara direct atau indirect. Melalui ilmu ini seseorang itu dapat mengetahui peringkat-peringkat jiwa manusia berdasarkan umur, kedudukan dan suasana. Dilihat dari kepentingan ilmu psikologi ini dapat kita kaitkan dengan gerak kerja dakwah yang mana bertujuan mengubah pemikiran dan sikap seseorang supaya selaras dengan kehendak tuhan, maka dapat disimpulkan bahawa hubungan antara ilmu dakwah dan ilmu psikologi ini mempunyai hubungan yang sangat rapat.
Dr.Yusof al-Qardawi menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan ilmu psikologi disini ialah ilmu psikologi yang berdasarkan pengalaman dan kajian percubaan. Ilmu psikologi bentuk ini akan member faedah kepada pendakwah, setidak-tidaknya dalam hal sebagaimana berikut: a. Ia menerangkan tanda-tanda dan hasil-hasil yang berfaedah kepada iman dan penghayatan agama seseorang
b. Ia menolong untuk memahami dalil-dalil agama dan tasir-tafsir yang sesuai dengan akal semasa
c. Ia boleh menambahkan maklumat untuk memahami rahsia hukum-hukum syarak yang boleh membawa kepada penambahan iman
d. Ia menolong pendakwah memahami jiwa sasaran, penumpuan mereka dan cara mempengaruhi jiwa mereka dengan lebih mudah.
Pemerhatian psikologi terhadap sasaran dakwah sebenarnya merupakan suatu perkara yang sangat penting agar dakwah yang disampaikan dapat meresap dan diterima oleh sasaran serta di amalkannya degan senang hati dan yakin. Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa ilmu psikologi adalah sangat tinggi di dalam dakwah islamiyah kerana ia berhubung rapat dengan metod dakwah dan kedua-duanya menjadi satu gandingan yang rapat. Terdapat ramai di kalangan pendakwah atau usaha-usaha dakwah yang terasa janggal untuk sesuatu sasaran. Manhaj yang digunakan dalam dakwah bagi golongan ini, samaada berhubung dengan isi, bentuk persembahan, saluran dan sebagainya boleh meliarkan sasaran atau paling tidak tiada daya tarikannya. Akibatnya, terdengar tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh sesetengah sasaran bahawa pendakwah itu tidak tahu psikologi.
Sangat benar firman Allah S.W.T dalam menjelaskan sikap terpuji Rasulullah S.A.W sebagaimana yang di gambarkan di dalam surah al-Ahzab ayat 21:
Bagaimana dalam kehidupan seharian rasulullah mengamalkan tingkah laku yang terpuji penuh dengan bentuk dan gaya psikologi, hal ini dapat di lihat dari lipatan sejarah, asas penting untuk berdakwah kepada orang yang bukan islam, iaitu mudah dan tidak menyusahkan. Dalam hal ini Nabi S.A.W berpesan kepada Muaz bin Jabal ketika ingin melaksanakan tugasnya di Negara Yaman dengan katanya :
Maksudnya: permudahkanlah dan jangan lah memayahkan. Berilah khabar gembira dan janganlah meliar-liarkan.
Gambaran yang diberikan dalam hadits ini, menunjukkan betapa tingginya dasar islam dalam dakwah, kerana dapat menyelami jiwa manusia dengan daya motivasi dan daya meyakinkan. Pelaksanaan dasar tersebut akan memberi suatu rangsangan kepada sasaran untuk menerima kebenaran dakwah, kerana dakwah itu disampaikan dalam bentuk yang sesuai dengan jiwa manusia
Labels: dakwah
Isnin, 7 September 2009
AKHLAK PENDAKWAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN CIRI RABBANIYAH
Created by MarzukiPenulis: Marzuki Bin Sepiaail
Student Jabatan Dakwah dan Kepimpinan
Pensyarah: Dr Sulaiman Ibrahim dan Dr Nuruldeen Al-Shalah
1.PENDAHULUAN “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam” (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”
Tanggungjawab manusia yang paling terbaik sekali di muka bumi ini ialah tugas menyeru manusia kearah menegakkan agama Allah s.w.t. Menjadi pendakwah merupakan matlamat asas seorang muslim untuk mengembalikan manusia di dunia ini kepada sistem alam yang sesuai dengan fitrah manusia. Tugas ini memerlukan kepada mentaliti pembinaan serta kaedah-kaedah yang khusus untuk memproses pembinaan ini. Tugas ini pastinya memerlukan kita membaiki diri kita dan menyeru orang lain agar menerima jalan mulia ini. Firman Allah SWT.
Perancangan untuk pembinaan peribadi para pendakwah haruslah diutamakan, dan mesti dianggap penting yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Semua ini memerlukan kepada program-program yang mesti diberi keutamaan tenaga dan suasana serta disusuli dengan melahirkan suatu mentaliti pembinaan dan peribadi-peribadi unggul yang mampu dan sanggup untuk menerima tugas ini. Sesungguhnya titik permulaan tugas ini adalah ujudnya manusia yang mampu sampai kepada mentaliti pembinaan, kerana sebarang pembinaan memerlukan arkitek kemanusiaan yang memiliki mentaliti yang mampu untuk membuat gambaran, selepas itu melahirkan dan melaksanakan serta memperkemaskan arah tuju tersebut
Kita sering mendengar permasalahan di kalangan pendakwah yang mengatakan dakwah yang ingin disampaikannya tidak mendapat perhatian dan kadang tidak member kesan kepada mad’unya, begitu juga tidak sedikit kita dengar rungutan dikalangan mad’u yang mengatakan tentang perilaku dan perwatakan pendakwah yang tidak sesuai dengan mesej dakwah yang di bawanya. Sekiranya diperhatikan secara lebih halus memang kedua-duanya terdapat kebenaran, dan penulis merasakan permasalahan yang ketara dari permasalahan ini adalah berpunca dari akhlaq pendakwah itu sendiri.
Sangat jauh perbezaan antara ulama’ silam yang menjadikan jalan dakwah ini sebagai wadah perjuangan (jihad) dengan tulus ikhlas dengan segelintir pendakwah (Ulama’) kini yang menjadikan medan dakwah ini sebagai landasan untuk membolot kekayaan, kemegahan pangkat dan gelaran.
Dakwah Islamiah merupakan suatu usaha untuk membentuk pemikiran dan sikap manusia supaya berada di dalam satu acuan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Untuk mencapai matlamat tersebut banyak halangan yang terpaksa dihadapi oleh pendakwah, samada yang datang dari madcunya ataupun halangan tersebut datangnya dalam diri pendakwah itu sendiri. Berdasarkan permasalahan yang banyak berlaku dan perlu dihadapi oleh daci, maka di sinilah titik mula perkara yang perlu di selesaikan dalam dakwah, terutamanya pada zaman sekarang ini. persiapan awal yang harus dimiliki oleh setiap pendakwah dalam melaksanakan misi sebagai pendakwah terlebih dahulu hendaklah memastikan hubungan dengan Allah swt terjaga. Bersandarkan secebis permasalahan ini penulis berharap agar dapat mengupas aspek-aspek akhlak yang perlu ada pada setiap pendakwah agar kerja-kerja dakwah yang dilakukan mengikuti landasan atau kehendak islam yang sebenarnya.
2. MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENDAKWAH
2.1. Pendakwah tidak dapat menghayati akhlak yang baik atau tiada qudwah hasanah dalam kehidupan mereka . Pendakwah sekarang selalunya membawa risalah dakwahnya melalui lisan dan tidak membawanya melalui kelakuan dan amalan harian . Keadaan seperti ini telah diperingatkan oleh Allah seperti dalam firman-Nya:
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Firman-Nya lagi:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya disisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya (3) (Surah al-Saff.2-3 )
Kedua-dua ayat tersebut menegur orang yang hanya menyuruh orang lain berbuat baik , tetapi tidak ke atas dirinya sendiri. Hal yang demikian mengakibatkan pendakwah tidak dihormati dan tidak diikuti ajarannya. Maka, keberkesanan dakwah tidak akan didapati atau paling tidak kesannya terlalu sedikit.
2.2. Kabur dalam memahami Islam secara keseluruhan yang menyebabkan berlakunya perselisiham pendapat, yang dalam sesetengah hal adalah agak ketara . Konsep cAla Basirah, iaitu objektif dan usaha kerja dakwah yang terang dan jelas yang menjadi syarat dalam sesuatu dakwah itu masih belum dihayati oleh kebanyakan pendakwah sekarang. Masing-masing pendakwah menekankan hanya objektif tertentu atau bahagian-bahagian tertentu sehingga boleh menafikan objektif-objektif lain yang diberi penekanan oleh orang lain. Akibatnya, dakwah menjadi celaru dan tidak stabil.
2.3 Pendakwah tidak cuba mengikut satu manhaj dakwah yang betul. Ramai pendakwah sekarang masih tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang uslub dakwah, strategi dakwah, adab dakwah, keadaan sasaran dan sebagainya, walaupun perkara-perkara itu penting dalam dakwah. Akibatnya, ramai pendakwah seolah-olah meraba-raba dalam melaksanakan tugas ini.
2.4. Sikap pendakwah sekarang yang berkecimpung di dalam dakwah bukan kerana didorong oleh kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tetapi kerana dorongan penghidupan. Dengan itu, pendakwah sekarang yang bekerja di pejabat atau makan gaji menunggu-menunggu gaji dan kenaikan pangkat dalam kerjayanya itu . Sehubungan dengan itu dakwah dijadikan urusan rasmi yang hanya diuruskan sewaktu di pejabat dan akibatnya banyak kekosongan dakwah tidak dipenuhi.
3.CIRI-CIRI DAKWAH RABBANI
Dakwah Rabbani adalah dakwah yang merujuk kepada Rabb (Allah Swt). Beberapa ciri dakwah rabbani adalah rabbani dari segi risalah (konteks dakwah yang dibawa), rijal (pelaku dakwah), dan jamaah (organisasi). Rabbaniyatur risalah adalah dakwah dengan pengisian yang dibawa semuanya berdasarkan Islam yang bertujuan untuk meninggikan kalimatullah. Risalah atau message yang disampaikan akan baik apabila penyampai tersebut juga mempunyai ciri yang rabbani. Sebab itulah diperlukan penyampai atau pendakwah yang rabbani. Beberapa ciri-ciri pendakwah yang rabbani pula adalah seperti belajar dan mengajarkan ilmu pengetahuan, tidak merasa lemah semangat, tidak lemah tenaga dan sentiasa patuh baik kepada pimpinan dalam organisasi dakwah lebih-lebih lagi kepada Allah s.w.t.
Untuk melengkapkan gerakan dakwah yang utuh sudah pasti memerlukan sebuah organisasi yang mendukung gerakan tersebut. Tanpa organisasi maka daci (pendakwah) tidak dapat memainkan peranan secara efektif dan juga inti dakwah itu tidak sampai kepada madcu. Beberapa ciri jamaah yang rabbani adalah:
a. Kepimpinan yang Rabbani
b. Pengikut yang Rabbani
c. dan persaudaraan yang rabbani. Dengan jamaah yang demikian akan memunculkan jamaah yang kuat.
3.1 DAKWAH YANG RABBANI
Dakwah dijalankan hingga mendapatkan hasil harus memenuhi persyaratan rabbani. Dakwah Islam yang rabbani adalah dakwah yang dibawa oleh Nabi Saw. Maksud dakwah rabbani adalah dakwah yang mempunyai tujuan, aktiviti, program, dan minhaj mengikuti arahan Al Qur’an dan Sunnah. Dakwah rabbani membawa Islam itu sendiri sebagai warna dakwah dan tujuan dakwah. Beberapa ciri dakwah yang rabbani adalah risalah yang disampaikan harus mengikuti Islam, kemudian jamaah yang mengendalikan dakwah harus mengikuti kaidah-kaidah Islam.
3.2 RISALAH YANG RABBANI
Risalah yang rabbani terdiri dari tiga bahagian yaitu rabbani dari segi mabda’, minhaj, dan ghayah.
3.2.1 Rabbaniyatul mabda’
Bahagian ini juga merupakan rabbaniyatul mashdar (sumber). Prinsip-prinsip Islam yang disampaikan di dalam dakwah adalah sumber rujukan dan panduan. Aqidah Islamiyah adalah prinsip di dalam Islam, begitu pun syahadatain dan keimanan. Prinsip ini dijadikan sumber rujukan bertingkah laku dan bergerak. Dakwah yang rabbani perlu sekali mempertimbangkan masalah prinsip yang asas disampaikan kepada manusia. Selain masalah risalah yang berisi prinsip dan kemudian dijadikan sumber, dan juga di dalam minhaj yang digunakan oleh dakwah harus bersifat rabbani.
4.2.2 Rabbaniyatul minhaj
Bahagian ini dijadikan sebagai khuthuwat sehingga dapat disebut sebagai rabbaniyatul khuthuwat. Minhaj mengatur langkah dan gerak dakwah, dengan minhaj pula langkah dakwah dapat terarah dan mencapai sesuatu yang jelas dan dikehendaki oleh pergerakan.
3.2.3 Ghayah (Tujuan) Rabbaniyatut Thariqah.
Tujuan Rabbani adalah mencari ridha Allah, dan kemudian menegakkan syariat. Tidak ada tujuan lain selain Allah, kecuali mereka yang tidak jelas tujuan yang akan dicapainya.Fokus kepada hawa nafsu adalah kejahiliyahan yang sesat.
3.3 PENDAKWAH YANG RABBANI
Beberapa ciri pendakwah yang rabbani adalah mengajarkan ilmu, mempelajari ilmu, dan tidak merasa lemah semangat, tidak lemah tenaga, dan tidak mau menyerah begitu saja. Risalah yang disampaikan tidak mungkin diterima dan diamalkan dengan baik sekiranya daci yang membawa dakwah tersebut tidak menggambarkan ciri-ciri rabbani. Para Daci yang tidak mempelajari ilmu pengetahuan dan tidak mengajarkannya tidaklah mungkin dapat dijadikan teladan dan juga tidaklah mungkin dapat mengembangkan dakwah. Keberhasilan dakwah dapat dipengaruhi oleh ciri peribadi pembawa dakwah ini. Apa sahaja yang disampaikan mestilah bernilai dan berkesan. Perkataan yang berkesan pastinya keluar dari personaliti yang senantiasa mempelajari ilmu pengetahuan dan mendalaminya.
3.4 ORGANISASI YANG RABBANI
Organisasi yang rabbani mempunyai beberapa komponen yaitu kepimpinan, pengikut dan ikatan persaudaraan. Organisasi yang rabbani harus memiliki corak kepimpinan yang ikhlas, pengikut yang patuh dan diikat dengan ikatan persaudaraan yang benar-benar Islami. Kepimpinan Rabbani bermaksud kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri Al Qur’an dan Sunnah seperti ciri-ciri benar, amanah, jujur, dan menyampaikan. Ciri rabbani yang perlu ada pada kepimpinan juga termasuk dari aspek fizikal dan mental, seperti tidak lemah semangat, badan yang sentiasa cergas, tidak bersedih dan tidak penakut. Ciri-ciri yang dikehendaki Islam kepada muslim dan kepimpinan didapati pada kepimpinan rabbaniyah. Kepimpinan yang rabbani pula dapat ditegak dan dilaksanakan dengan berkesan apabila diikuti oleh pengikut yang rabbani.
Pengikut yang Rabbani adalah pengikut yang taat menerima arahan, memiliki akhlak Islam dan berkepribadian menarik. Selain mempunyai hubungan sesama ahli yang baik, pengikut juga dapat berhubungan dengan kepimpinannya dalam mencapai sasaran. Pengikut setia merupakan aset dakwah utama di dalam menegakkan dakwah Islam.
Hubungan yang terjadi di dalam jamaah adalah hubungan dengan suasana ukhuwah Islamiyah. Persaudaraan yang rabbani berarti ikatan yang berorientasikan kepada keislaman dengan rasa kecintaan, kasih sayang dan persaudaraan yang mantap yang dengan itu akan muncul kelancaran program dan aktiviti dakwah. Ukhuwah Islamiyah di kalangan pendakwah dapat membantu segala macam permasalahan dan mempercepat proses dakwah. Organisasi yang mantap akan terwujud apabila di dalam jamaah tersebut mempunyai komponen kepimpinan yang rabbani, pengikut dan ikatan persaudaraan yang benar-benar ikhlas. Sekiranya salah satu diantara komponen tersebut hilang, maka jamaah akan lemah dan tidak mempunyai kekuatan sehingga mudah dikalahkan musuh. Organisasi yang rabbani akan menghasilkan kekuatan jamaah dan pendakwah yang berwibawa.
Labels: dakwah
ciri-ciri pendakwah yang rabbani
Created by MarzukiPertama: Niat yang Ikhlas kerana Allah s.w.t. semata-mata.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengiklaskan ibadah kepadaNya.
Sebagai seorang da’i, hendaklah memahami bahawa, kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.. Di antara Ubudiyyah kita kepadaNya ialah dengan ketaatan kita kepadaNya. Dakwah dan Amr bil Ma’ruf wa An-Nahyu ‘An Al-Munkar merupakan salah satu daripada tanggungjawab dan tugas setiap muslim. Oleh yang demikian, seseorang hamba Allah s.w.t. perlulah mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t., semata-mata kerana Allah s.w.t., bukan untuk mendapatkan habuan dari keduniaan, mendapat kemasyhuran, mendapat kedudukan di sisi manusia dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad) : “Upah apa pun yang aku minta daripadamu maka itu untukmu. Upahku hanyalah dari Allah dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah Saba’ : 47)
Kedua: Jauhi ‘Ujub dalam Berdakwah
Menurut Bisyr Al-Hafi ujub ialah “menganggap hanya amalanmu saja yang banyak dan memandang remeh amalan orang lain.” Ujub ialah satu sifat merasa seronok dengan diri sendiri, merasa diri sendiri baik, dan menisbahkan kebaikan tersebut kepada diri kita sendiri.
Ujub merupakan salah-satu sifat yang paling tercela kerana, seseorang yang menisbahkan kebaikan kepada diri sendiri, seolah-olah mengkufuri nikmat Allah s.w.t. kepadanya, kerana pada hakikatnya, Allah s.w.t.lah yang menjadikannya sebagai seorang insan yang baik dan mengizinkannya untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t..
Perlu diketahui oleh para pendakwah bahawa tugas dakwah yang di lakukan adalah merupakan ketentuan dari Allah s.w.t. kebaikan dan ketaatan yang dilakukan semuanya adalah anugerah Allah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Sekiranya tidak kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah!) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Surah An-Nur : 21)
Ketiga: Dakwah dalam Tawadhuk dan Hindari Takabbur
Tawaduk dari segi bahasa bermakna merendahkan diri, tidak angkuh atau sombong. Dari segi istilah pula: tunduk dan akur kepada segala kebenaran dan menerima kebenaran itu. Merendahkan diri, tidak angkuh, patuh, setia, taat (dlm mengerjakan sesuatu) Rasulullah s.a.w. sebagai contoh yang paling agung. Rasulullah s.a.w. sentiasa mempamerkan sikap rendah diri, walhal Baginda s.a.w.-lah yang merupakan sebaik-baik manusia. Syeikh Ahmad Ibn ‘Athaillah dalam kitab al-Hikam menyenaraikan empat tanda tawadhuk iaitu:
1. Tidak marah apabila dimaki.
2. Tidak benci apabila dicela atau dituduh sombong.
3. Tidak haloba pangkat dan darjat di kalangan orang ramai.
4. Tidak rasa dirinya termasuk orang yang disegani dalam hati setiap orang
Pandanglah orang-orang Islam dengan mata rahmat (kasih sayang) walaupun kepada si pelaku maksiat. Apabila kita lihat sesuatu maksiat datang dari seseorang, maka anggaplah pada hakikatnya orang itu lebih baik dari kita, dan dia pada hakikatnya sempurna akhlaknya, melainkan hanya satu maksiat tersebut sahaja yang mengurangkan kesempurnaannya.
Keempat: Aqidah yang Sejahtera
Antara ciri-ciri seorang pendakwah yang rabbani ialah, memiliki iman dan aqidah yang sempurna. Ini kerana, keimanan, keyakinan kepada Allah s.w.t., kefahaman yang sebenar tentang hakikat sesuatu dan kemantapan aqidah Islamiyah merupakan kekuatan yang paling utama dalam menempuhi ranjau di sepanjang jalan dakwah.
Seseorang pendakwah perlulah beriman kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar iman, jesteru metahqiqkan makna muroqobah dalam diri yang merupakan nadi ihsan seseorang muslim. Pendakwah hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah s.w.t. di sisinya, yang sentiasa mengawasi dan memerhatikannya, dan merasai kebersamaan Allah s.w.t. yang sentiasa memberi rahmat kepada para hambaNya yang berdakwah di atas jalanNya.
Kefahaman yang sempurna mengenai hakikat di sebalik sesuatu juga perlu ada pada setiap pendakwah yang rabbani, dengan memahami konsep tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan dan keizinan Allah s.w.t.. Oleh yang demikian, pendakwah akan memahami bahawa, dakwah dan usaha pembaikan yang dilakukannya sebenarnya tidak memberi kesan kepada perubahan, tetapi sebaliknya Allah s.w.t.-lah yang Maha Berkuasa dalam memberi kesan perubahan, samada dengan perantaraan usaha dakwah kita ataupun tanpa perantaraan tersebut.
Kelima: Bekalan Ilmu yang Mencukupi
Skop dakwah amat luas. Oleh yang demikian, seseorang perlu berdakwah di lapangan yang sesuai dengan tahap ilmu dan akal yang dimilikinya. Hal ini amat penting khususnya dalam membentuk pengagihan bidang tugas dalam sesuatu pergerakan tajdid dan islah.
Setiap orang perlu memainkan peranan dalam menyampaikan apa yang diketahuinya, dan banyak bertanya tentang apa yang tidak diketahuinya. Menghindari permasalahan khilafiyah dan furuciyah, perkara-perkara bidcah dan yang boleh menimbulkan perselisihan di kalangan madcunya sebelum menguasai bidang ilmu agama yang mantap. Sentiasa haloba untuk menuntut dan menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agama khususnya melalui system pendidkan agama yang terpercaya
Keenam: Mempunyai Matlamat yang Jelas
Seorang pendakwah mesti mempunyai matlamat yang jelas di hadapannya iaitu untuk menegakkan agama (Iqamatuddin), melakukan pembaikan (islah) dan mencegah semua bentuk kemungkaran, mengajak manusia mengamalkan Islam dalam segenap sudut kehidupan mereka dan memurnikan semula umat Islam dengan mengembalikan mereka kepada identiti Islam yang sebenar.
Ketujuh: Mengutamakan Perkara-perkara Prinsip (Usul) dari perkara-perkara (Furu’)
Seseorang pendakwah perlulah pandai membezakan antara yang Usul dan yang furu’ dalam agama, agar mereka tidak terjebak dalam kancah pembaziran waktu, dalam sibuk berdebat mengenai perkara-perkara furu’ (yang sememangnya merupakan satu lapangan yang banyak perselisihan pendapat, dan tidak perlu berdebat) dan mengabaikan perkara-perkara usul.
Imam As-Syahid Hasan Al-Banna dalam Gagasan idea Usul 20 cuba menampilkan satu pelan damai dalam meredakan peperangan pemikiran antara kedua-dua pihak yang sering bertelagah dalam menegakkan pendapat masing-masing . Begitu juga, budaya mengutamakan furu’ dari usul ini turut dikritik Dan dibidas oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam pelbagai penulisan beliau, samada secara jelas mahupun secara sindiran.
Kelapan: Bersifat Memaafkan dan Terbuka
Seorang da’i yang menyedari diri sendiri bukanlah yang terbaik, akan terdedah untuk menerima teguran, kritikan dan nasihat kerana dia menyedari bahawa, dia juga selaku manusia yang serba kekurangan, perlu dinasihati oleh orang yang lain juga, kerana kadang-kadang, aib yang kita tidak nampak pada diri kita oleh diri kita sendiri, didapatinya orang lain. Teguran dari saudara yang ikhlas juga merupakan hadiah darinya buat kita yang perlu dihargai.
Kesembilan: Husnu Zhon dan Berbuat Baik Sesama Muslim
Seseorang da’i perlulah bebaik-baik sangka sesama muslim, apatah lagi bersifat sedaya-upaya menganggap orang lain lebih baik dari kita. Ini kerana, sifat ini merupakan kunci kekuatan ukhuwah Islamiyah. Imam An-Nawawi r.a. mengatakan bahawa: “Jika seseorang muslim itu berkata dengan satu lafaz yang mendatangkan 70 makna yang membawa kepada syirik, dan membawa 1 takwil yang bersesuaian dengan syariat, maka pakailah ta’wil tersebut sebagai usaha husnu zhon sesama muslim.”
Ini kerana, hanya Allah s.w.t.-lah yang Maha Menghukum, sedangkan kita sebagai para hambaNya merupakan para penyeru manusia kepadaNya. Jadi, apa yang dimaksudkan oleh seseorang dari perkataan mereka, cukuplah Allah s.w.t. yang menghukumnya, dan kita cubalah sedaya-upaya mentakwilkannya dengan menyesuaikannya dengan syarak, selagi ada ruang untuk itu.
Kesepuloh: Bersikap Terbuka dan Tidak Fanatik dan Bepuak-puak
Sesungguhnya, jemaah-jamaah, kumpulan haraki, dan pertubuhan-pertubuhan dakwah dan islah yang pelbagai, tidak boleh dijadikan alasan untuk mewujudkan budaya berpuak-puak kerana seluruh umat Islam adalah bersaudara.
Walaupun berbeza manhaj, tetapi seluruh golongan tajdid ini membawa matlamat yang satu, iaitu, untuk memurnikan semula umat Islam. Jadi, tidak perlu wujud satu bentuk berpuak-puak atau jamaah centric dalam dunia kampus mahupun di luar kampus. Jamaah-jamaah dan pertubuhan-pertubuhan hanyalah alat untuk menyampaikan dakwah, bukanlah matlamat dakwah itu sendiri.
Kesebelas: Tabah dan Sabar Dalam Menghadapi Ujian
Ketabahan dan istiqomah inilah yang merupakan kunci terakhir untuk mendapat kejayaan di sisi Allah SWT. Betapa ramai orang ang ingin lahir sebagai pendakwah namun akhirnya kelayuan sebelum sempat untuk berkembang . Allah SWT berfirman yang bermaksud :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Surah Ali-Imran, 142)
Keduabelas: Tidak Berputus Asa dan Sentiasa Beristiqomah.
Berputus asa terhadap sesuatu kegagalan atau kesulitan bukanlah ciri-ciri seorang yang baik. Ini kerana, jalan dakwah sentiasa memerlukan kesabaran yang tinggi dan berusaha untuk mengatasi segala kesukaran yang dihadapi. Rasulullah s.a.w. berada di Mekah selama 13 tahun untuk berdakwah terus-menerus walaupun baginda sering dihina dan disakiti. Sesungguhnya, jika kita kumpulkan seluruh kesusahan yang kita alami ketika ini dan dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. ternyata kita berada amat jauh di belakang. Ketabahan dan istiqomah inilah yang merupakan kunci terakhir untuk mendapat kejayaan di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Surah Ali-Imran, 142)
Sebenarnya, di sebalik pelbagai ujian dan musibah yang melanda, di sepanjang jalan dakwah dan kehidupan, ada mengandungi pelbagai rahsia kelembutan Allah s.w.t., yang difahami oleh ahli Allah s.w.t..
Ketiga belas: Bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama Allah.
Bersungguh-sungguh yang dimaksudkan adalah sebagaimana seorang mujahid yang melawan musuh di medan peperangan. Ini dilakukan dengan menyeru sekalian manusia ke arah melaksanakan perkara-perkara yang baik (amar ma’ruf) dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.
Hal ini, Allah s.w.t. amat menyukai seseorang yang bersungguh-sungguh dan beristiqomah dalam melakukan sesuatu amal kebaikan dan ketaatan, apatah lagi dalam usaha dakwah yang merupakan salah satu ibadah yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam.
Keempat belas: Mengutamakan kepentingan Islam.
Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”
Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud;
“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”
Kelima belas: Memiliki Akhlak yang Terpuji
Seseorang muslim dan pendakwah yang sejati, dia mestilah berakhlak dengan akhlak-akhlak mahmudah dan meninggalkan sebarang akhlak-akhlak mazmumah, kerana ia merupakan teras kebahagiaan seseorang dalam menggapai redha Ilahi s.w.t. Akhlak yang mulia merupakan satu gambaran kesempurnaan Rasulullah s.a.w. yang sentiasa hidup dalam jiwa seseorang insan yang beriman, di mana seseorang yang berakhlak mulia dari sudut rohani mahupun jasmani, bererti dia sentiasa bersama dengan Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. hidup di dalam kehidupannya seluruhnya.
Kebersamaan dengan Rasulullah s.a.w. dalam konteks adab dan akhlak, merupakan satu nilai kemuliaan hidup yang utama di dalam menempuh hari-hari yang mendatang selaku hamba Allah s.w.t. di dalam muka bumi ini, justeru ianya juga merupakan satu pakej lengkap bagi seseorang da’i dalam menyampaikan dakwahnya kepada orang lain. Ini kerana, dakwah bil hal (dakwah dengan menunjukkan contoh yang baik) itu lebih memberi kesan positif kepada sasaran dakwah, berbanding dakwah bil maqal.
KESIMPULAN
Sejujurnya para pendakwah perlu kembali menilai diri sendiri dan cuba menyesuaikan gerak kerja dakwah yang di lakukan selama ini dengan apa yang dilakukan oleh baginda saw. Bermula dari kerja dakwah secara fardiyah maupun secara jamac6.i, mengutamakan prinsip-prinsip rabbani yang telah dijelaskan agar keberlangsungan gerak kerja dakwah benar-benar menepati gaya gerak kerja Rasulullah saw.
Pendakwah yang rabbani tidak seharusnya merasakan keperluan dakwah itu kerana beliau adalah lebih baik atau lebih sempurna dari orang lain, tetapi berdakwah adalah kerana kepentingan dan tanggungjawab yang ditentukan kepada setiap muslim. Sebagaimana saranan Allah s.w.t. agar saling nasihat-menasihati antara sesama muslim, bukan atas dasar kelebihan dan kesempurnaan dari orang lain.
Labels: dakwah