Selasa, 27 Disember 2011

Sunset Di Kuala Slim


Posisi yang sama, tapi menggunakan W/B yang berlainan

Rabu, 12 Oktober 2011

Pesta Hedonisme Semasa Konvokesyen

gambar sekadar hiasan

Kita seakan-akan terikut dengan trend setiap kali ada pesta konvokesyen, maka kita seolah-olah terlalu seronok untuk bergembira. Sehingga macam-macam program yang berbentuk keseronokan cuba kita ciptakan. Ada dalam bentuk tarian, nyanyian, pertandingan dan sebagainya lagi. Tabiat ini kemudiannya menjadi satu budaya atau trend yang terus diamalkan dan sekiranya sekali tidak dilakukan orang akan bersungut pelik, “aik! Kenapa takde pertandingan muzik dikalangan pelajar? “ “eh,eh….takde persembahan tarian la tahun ni? “lembab la pesta konvo tahun ni, dsb…


Persoalan yang perlu di bincangkan??? Perlukah setiap kali menyambut kejayaan perlu ada sambutan yang bersifat hedonisme? Kenapa tidak ada usaha atau inovasi dari pihat terlibat untuk merintis satu usaha yang lebih menunjukkan keintelektualan dan majlis yang bersifat keilmuan sesuai dengan sambutan konvokesyen. Paling tidak pun, kenapa tidak dipersembahkan bakat-bakat peserta ko-kurikulum seperti peserta taekwando, silat, ataupun majlis yang tidak bercanggah dengan syari’at Islam dan pernah menempah nama dalam sebarang pertandingan yang disertai. Rasanya mereka akan cukup bangga untuk mempersembahkan bakat yang mereka ada apalagi pada hari perpisahan dengan abang kakak mereka. Atau paling tidak pun, bukankah lebih bangga pihak ibu bapa sekiranya pada hari tersebut, dipersembahkan hasil kerja anak mereka selama mereka belajar? Nampak la juga kaitannya konvo dan pesta konvo. Tapi kalau persembahan nyanyian,…. apalagi pertandingan nyanyian dan muzik, tak nampak langsung kaitan yang boleh dibanggakan.


gambar sekadar hiasan


gambar sekadar hiasan


Perlu di ingatkan, kebiasaan yang kita lakukan kini sebenarnya akan menjadi satu adat yang tidak mampu kita pisahkan. Yang mana akhirnya objektif sambutan konvokesyen seperti meraikan kejayaan para graduan yang telah menjalani dan seterusnya menamatkan pengajian bertukar menjadi satu pesta yang hanya menyumbang kearah perkara-perkara yang batil dan amat jauh dari matlamat sebenar sambutan konvokesyen.

Sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun”

Dalam kategori mana nak diletakkan pertandingan nyanyian, tarian dan sebagainya itu? Dalam kategori sunnah yang baik atau sunnah yang jahat? Bukan apa, takut nanti kalau termasuk dalam sunnah yang jahat, kemudian dijadikan budaya oleh orang lain selepas kita, dan selepas mereka seterusnya, bukankah kita akan terus menerus mendapat dosa percuma. Padahal pada waktu itu mungkin kita telah pun bertaubat.

Cukup-cukup laa dengan program hiburan yang dah ada kat luar sana, tak sunyi pelajar dengan hiburan sebenarnya. Tak perlu la kita ikut sama merancang program hiburan kepada mereka. Selalu saya katakan, “nasi tu hukumnya halal, tapi kalau dah termuntah-muntah masih suap juga boleh jadi haram”. Begitulah perumpamaan hiburan, bukanlah saya maksudkan hiburan itu haram, kena cara dan aturannya ia tetap halal, tapi kalau dah berlebihan dan tidak sesuai dengan program boleh jadi haram juga.



maaf....sekadar nasihat!

Jumaat, 26 Ogos 2011

lawatan ke rumah warga emas



mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Kampung



gambar-gambar lainnya boleh dilihat dari link berikutlawatan kerumah warga emas

Rabu, 13 April 2011

Binaan Di Atas Kubur


Persoalan: bolehkah membina di atas kubur satu binaan dari kerikil, batu atau simen?


berdasarkan sebuah hadits yang diriayatkan oleh Jabir Bin Abdullah Al-Ansori, beliu berkata:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه رواه مسلم في صحيحه

Maksudya:
Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya” (atau menambah2 ketinggiannya), (atau menulis keatasnya) [hadith dikeluarkan oleh Muslim 3/62.




PANDANGAN FUQAHA’ SYAFIEYYAH :
Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab jenazah):
1) IMAM SYAFIE :

ورأيت من الولاة (بمكة من يهدم ما يبنى فيها ولم أر فقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس


Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”Katanya lagi:


فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهم أو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمه لئلا يحجر على الناس


Ertinya:Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.
2) Ibnu Hajar Haitami
Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):


ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم


Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

Rujukan : AZH

Imam al-Nawawi rh. berkata :

“Makruh mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur. Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah) maka hendaklah dimusnahkan”. (Minhaj al-Thalibin, ms 360)

Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian…. Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].

Beliau berpendapat bahawa binaan tersebut jika berlaku diperkuburan awam, maka hukum membinanya adalah haram, dan jika ia berada ditanah persendirian, maka hukumnya cuma makruh sahaja.rujukan: KSJA




untuk lebih jelas boleh rujuk: Fiqh Sunnah



Perlu di ingat, tanah perkuburan adalah kawasan yang mengingatkan kita sebagai manusia bahawa ia akan menjadi tempat persinggahan kita sebelum hari kebangkitan iaitu di Padang Mahsyar. Sewajarnya ia akan mendatangkan keinsafan untuk lebih taat akan perintah Allah dan tunduk akan kekuasaannya.

Membersih dan menghias kawasan kubur diharuskan supaya kelihatan bersih dan kemas. Bagaimanapun, jangan sampai berlebih-lebihan atau bermegah dan mengganggu hak orang lain kerana tanah perkuburan adalah hak orang ramai. Rujukan: KOSMO

Selasa, 1 Mac 2011

Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya

sumber: darulkautsar

PROLOG

Rasulullah s.a.w. bersabda “Tentera dari umatku yang mula-mula berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga.”(Sahih Bukhari jilid 1 m.s. Sahih Muslim jilid 2 m.s. 141-142).
Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28 Hijrah iaitu semasa pemerintahan Sayyidina Utsman di bawah pimpinan Mu’awiyah . (Tarikh Khalifah bin Khayyat jilid 1 m.s. 135, Nasabu al-Quraisyin m.s. 124, Al- Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 229 )

Sahabat besar Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata : “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Sayyidina Utsman daripada tuan pintu ini ( beliau maksudkan Mu’awiyah) (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 133)

Seorang lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a. berkata: “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan daripada Mu’awiyah” ( Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 135)

Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya : “ Apa kata tuan tentang Mua’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama?”. Mendengar soalan itu Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata: “Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz” (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 139)

Mu’awiyah r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor oleh Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Utsman r.a. selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan jawatan tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20 tahun. Di zaman pemerintahannya beliau telah menyatu-padukan ummah di bawah satu panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama. Pemerintahannya telah diterima baik oleh sahabat-sahabat besar dan kecil dan tabi’in tidak terkecuali ahlul bait terutamanya Sayyidina Hasan dan Husain r.a.

Banyak hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu’awiyah r.a. bertebaran di dalam kitab-kitab hadis Muktabar. Demikianlah fakta-fakta yang tenggelam di dalam kamus sejarah kita.

Apa yang terkenal, yang kita ingat dan kita sebarkan ialah Mu’awiyah ialah seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan seumpamanya. Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul pada seorang Islam biasa tetapi dikatakan terdapat pada seorang sahabat r.a. ini.

Lalu apakah sikap kita?

Pertamanya , perlu kita ingat bahawa Sayyidina Muawiyah r.a. adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Aqidah kita terhadap sahabat ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allh ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka” ( Sahih Bukhari ) . Tanpa perlu ada hujah penyokong yang lain , hujah ini sudah cukup untuk menolak serangan tidak berasas terhadap peribadi sahabat mulia ini.

Dan sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu yang diturunkan. Boleh kah kita bayangkan seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam Islam ialah seorang yang buruk akhlaknya sebagaimana yang digambarkan di atas.

Objektif
Objektif sebenar mereka yang menyebarkan propaganda tentang buruknya akhlak beliau r.a. mudah diteka iaitu seorang pencatat wahyu yang tidak beramanah serta berakhlak buruk boleh mencatat apa saja yang sebenarnya tidak didengarinya dan hasilnya Al-Quran yang ada pada tangan kita pada hari ini adalah tidak terjamin ketulinannya.

Kenyataan bahawa Sayyidina Umar telah melantik beliau sebagai Gabenor Syam sehingga akhir pemerintahannya dan kemudiannya diteruskan oleh Sayyidina Utsman. Kita tahu betapa cermat, teliti dan ketatnya syarat yang ditetapkan oleh Sayidina Umar dalam memilih gabenor ini.

Bila Sayidina Umar dan Usman mengakui ketokohan , keadilan dan keupayaan Muawiayah r.a., siapakah kita untuk mengatakan beliau seorang pemutarbelit dan sebagainya.

Bila Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Mu’awiyah r.a. , kita mengatakan beliau tidak boleh dipercayai!!

Pereka-pereka cerita dan penyebar daayah ini ingin meruntuhkan dua sumber asas agama Islam ini iatu al - Quran dan as-Sunnah.

Mereka adalah golongan Syiah yang kononnya mengaku pengikut setia Sayidina Ali r.a., padahal Sayidina Ali sendiri memerangi golongan ini. Malangnyna , kita golongan ahli Sunnah dengan senang hati dan rela menyebar luaskan daayah ini. Cuba ikuti kuliah sejarah Islam di masjid-masjid di negara ini, atau belek sahaja majalah- majalah agama kontemporari. Kita memberi wajah baru tentang cerita ini dengan istilah yang lebih sensasi dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan. Golongan musuh berpeluk tangan dan kita sedikit demi sedikit meruntuhkan ugama kita tanpa kita sedar!!

Peribadi agung Mu’awaiyah perlu dibersihkan untuk membersihkan Islam itu sendiri. Sukatan pelajaran perlu disemak semula kerana fakta yang kita sogokkan kepada anak-anak kita bila pertama kalinya mereka didedahkan dengan sejarah Islam adalah sukar untuk dibersihkan di kemudian hari.

Hendaknya kita memberitahu masyarakat bahawa Mu’awaiyah adalah seorang tokoh besar yang amat berjasa di dalam Islam. Seorang sahabat muhajirin yang diakui ahli syurga oleh Rasulullah.s.a.w.. Anak kepada tokoh Islam Abu Sufian dan Hindun binti Utbah yang diakui oleh Rasulullah sebagai orang yang paling disayanginya. Adik ipar kepada Rasulullah s.a.w. , adik kepada Ummul Mu’minin Ummu Habibah r.a. )

Mu’awiyah r.a telah mendamaikan dua golongan besar dalam Islam dan meluaskan jajahan takluk Islam seantero dunia. Beliau telah diakui oleh sahabat-sahabat r.a. termasuk keluarga Sayidina Ali r.a. yang amat akrab dengannya.

Kita perlu faham bahwa persengketaan yang berlaku di antara sahabat adalah angkara musuh Islam yang menyamar sebagai orang Islam yang menyelinap dan menjalankan jarumnya dari dalam. Sebagai iktibarnya, kita juga harus berhati-hati kerana musuh sentiasa berusaha dari luar dan dari dalam untuk memusnahkan Islam.,dan langkah pertama kita ialah terima sahabat agung ini sebagai seorang sahabat agung yang amat berjasa kepada Islam, hentikan cerita-cerita yang memburuk-burukkan beliau r.a. yang sebenarnya adalah tidak berasas dan berniat jahat. Dan sebarkan salah satu prinsip asas dalam Islam iaitu sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang adil dan ‘keadilan’ mereka adalah berdasarkan kepada al-Quran itu sendiri.

Sabtu, 26 Februari 2011

Light Graffiti





IS IT TRUE?


Wife is like a TV,
Girlfriend is like a MOBILE .
At home u watch TV,
But when u go out u take ur MOBILE.
No money, u sell the TV,
Got money u change ur MOBILE.
Sometimes u enjoy TV,
But most of the time u play with ur MOBILE.
TV is free for life,
But for the MOBILE , if you don't pay, the services will be terminated.
TV is big, bulky and most of the time old,
But the MOBILE is cute, slim, curvy and very portable.
Operational costs for TV is often acceptable,
But for the MOBILE it is often high and demanding.
TV has a remote,
MOBILE doesn't.
Most importantly, MOBILE is a two-way communication (u talk and listen),
But with the TV you MUST only listen (whether you want to or not).
Last but not least ..
TVs don't have viruses,
But MOBILEs often do!

Jumaat, 25 Februari 2011

Contoh Wanita Penghuni Syurga


Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku, “Mahukah aku tunjukkan seorang wanita syurga kepadamu?” Kataku, “Ya.” Dia berkata, “Wanita hitam ini datang menemui Rasulullah saw dan berkata, ‘Ya Rasulullah, aku menghidap sejenis sawan yang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya Rasulullah.’ Rasulullah berkata kepadanya, “Jika kamu mahu, bersabarlah dan kamu akan masuk syurga; dan jika kamu mahu, Aku akan meminta Allah menyembuhkan penyakitmu itu.”

Wanita itu berkata, “Aku akan terus bersabar.” Dan dia menambah, “Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar auratku terpelihara. ”Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..
kalau wanita yang terkena sawan pun sanggup untuk menutup aurat walaupun dia tahu ketika sawan dia tidak dibebani dosa, maka...apalagi kita yang mempunyai tubuh badan dan akal yang sihat.
fikir-fikirkan dan selamat beramal!

Ahad, 20 Februari 2011

Anak Tak Sah Taraf


Keputusan:
Anak Tak Sah Taraf ialah:-

(i) Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;

(ii) Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan Syubhah; dan

(iii) Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.
Keterangan/Hujah:
• Pensabitan nasab kanak-kanak hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh hukum syara` sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam:

اَلْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ .

Maksudnya:
“Anak itu bagi siapa yang menggauli ibunya (dalam nikah yang sah).”
(Riwayat Jama`ah melainkan Tirmizi)

• Menurut Imam Nawawi, maksud hadith di atas ialah jika seseorang lelaki itu mempunyai isteri atau hamba, maka dia seolah-olah menjadi hamparan tempat tidurnya ( فراش ). Apabila perempuan tersebut melahirkan anak bagi suatu tempoh yang memungkinkan anak itu wujud, maka anak itu disabitkan menjadi anaknya dan hak bagi lelaki berkenaan. Dengan itu, berjalanlah antara mereka hukum pewarisan dan hukum-hakam yang lain.

• Terdapat tiga syarat penting yang perlu dipenuhi dalam menasabkan anak yang lahir hasil daripada pernikahan yang sah iaitu:

1. Ada kemungkinan anak tersebut adalah daripada suami berkenaan, maknanya suami adalah orang yang mempunyai faktor-faktor yang boleh menyebabkan kehamilan isterinya seperti tidak lemah syahwat yang menyebabkan dia tidak mampu menyetubuhi isteri atau dia mandul atau sebab-sebab lain yang boleh menafikan anak itu daripada suami berkenaan.

2. Suami tidak menafikan nasab anak itu daripadanya melalui proses li`an.

3. Isteri melahirkan anak berkenaan dalam tempoh mengandung yang minimum.

• Para ulama’ telah bersepakat menetapkan bahawa tempoh minimum seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak ialah enam bulan. Penentuan tempoh enam bulan tersebut adalah berdasarkan maksud dua ayat Al-Qur'an yang menerangkan tentang masa hamil (tempoh mengandung) dan penyusuan.

1. Firman Allah subhanahu wata`ala:

وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثَلَـثُونَ شَهْرًا

Maksudnya:
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
(Surah Al-Ahqaf 46:15)

2. Firman Allah subhanahu wata`ala yang lain:


فِى عَامَيْنِ

Maksudnya:
Dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.
(Surah Luqman 31:14)

Daripada maksud kedua-dua ayat di atas, jika ditolak tempoh masa penyusuan anak iaitu 2 tahun atau 24 bulan daripada tempoh 30 bulan (masa keseluruhan hamil dan menyusukan anak), bererti masa yang bakinya, iaitu tempoh hamil ialah 6 bulan.

• Ash-Shaykh Muhammad `Ali As-Sabuni dalam kitabnya “Rawa’i` Al-Bayan” menyebutkan bahawa telah diriwayatkan, bahawa seorang perempuan berkahwin, kemudian melahirkan anak setelah enam bulan daripada perkahwinannya. Dia dihadapkan kepada khalifah `Uthman radhiyallahu `anh. Beliau mahu merejam perempuan berkenaan, tetapi Ibnu `Abbas berkata kepada `Uthman: “Perempuan ini, jika dia menentang kamu dengan kitab Allah, kamu akan kalah.”

Allah berfirman:

وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثَلَـثُونَ شَهْرًا

Maksudnya:
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
(Surah Al-Ahqaf 46:15)

Firman Allah selanjutnya:

{

وَالْوَلِدَتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
(Surah Al-Baqarah 2: 233)

Maka, tempoh hamil ialah 6 bulan dan penyusuan pula 24 bulan. Berdasarkan dalil itu, Sayyidina `Uthman radhiyallahu `anh pun membebaskan wanita berkenaan daripada hukuman.

• Ahmad Mustafa Al-Maraghiy di dalam kitab “Tafsir Al-Maraghiy” turut menyebutkan bahawa tempoh kehamilan dan menghentikan anak daripada menyusu memakan masa selama 30 bulan. Ayat 233 Surah Al-Baqarah itu menunjukkan bahawa tempoh hamil yang paling singkat ialah selama 6 bulan dan tempoh menyusu yang paling lama ialah genap 2 tahun. Masa yang tinggal untuk mengandung hanya 6 bulan. Dengan demikian dapat diketahui masa mengandung yang paling pendek dan masa menyusu yang paling lama.

Orang pertama yang membuat kesimpulan ini berdasarkan ayat tersebut ialah `Ali karamallahu wajhah yang kemudiannya dipersetujui oleh `Uthman radhiyallahu `anh bersama para sahabat Nabi sallallahu `alayhi wasallam. Muhammad Ishaq iaitu pengarang kitab “As-Sirah” meriwayatkan daripada Ma`mar ibn `Abdullah Al-Juhaniy yang berkata:

“Ada seorang lelaki dari kalangan kami yang mengahwini seorang wanita daripada Bani Juhaynah. Wanita itu melahirkan anak setelah perkahwinannya genap selama enam bulan. Maka suaminya menemui `Uthman radhiyallahu `anh untuk menceritakan perkara tersebut. Selepas itu, `Uthman pun menyuruh wanita itu menemuinya, dan ketika wanita itu mahu memakai pakaiannya, saudara perempuannya pun menangis. Lalu wanita itu berkata kepadanya, “Mengapa kamu menangis? Demi Allah, tidak ada seorang pun antara makhluk Allah subhanahu wata`ala yang telah mencampuri aku sama sekali selain dia. Kemudian Allah subhanahu wata`ala pun memberi keputusan kepadaku menurut kehendakNya.” Ketika wanita itu ditempatkan di hadapan `Uthman, maka `Uthman pun menyuruh wanita itu direjam. Apabila perkara itu didengar oleh `Ali, beliau pun menemui `Uthman lalu berkata: “Apakah yang kamu lakukan?” `Uthman pun menjawab: “Wanita itu bersalin setelah usia perkahwinannya genap enam bulan dan mustahil perkara ini berlaku.” `Ali pun berkata kepadanya: “Tidakkah engkau membaca Al-Qur’an?” “Tentu”, jawab `Uthman. `Ali pun berkata lagi: “Tidakkah engkau mendengar Allah subhanahu wata`ala berfirman: “Mengandungnya sehingga memutuskan susu itu selama 30 bulan.” FirmanNya pula: “... selama enam bulan penuh.” Kamu dapati bakinya hanya enam bulan. Kemudian `Uthman pun berkata: “Demi Allah, aku tidak berfikiran sejauh itu. Bawalah ke mari wanita itu.” Ternyata wanita itu benar-benar telah dipersiapkan untuk menerima hukuman.” Ma`mar pun berkata: “Demi Allah, tidak ada gagak yang serupa gagak, dan tidak ada telur yang serupa telur sehingga melebihi persamaan anak itu dengan bapanya.” Ketika ayahnya tahu, beliau pun berkata: “Anakku, demi Allah, aku tidak ragu mengenainya.”

Diriwayatkan juga bahawa Ibn `Abbas berpendapat apabila ada wanita yang bersalin setelah mengandung sembilan bulan, maka cukuplah baginya untuk menyusui anaknya selama 21 bulan. Seterusnya apabila wanita itu bersalin setelah mengandungkan anaknya selama tujuh bulan, hendaklah dia cukupkan baginya untuk menyusui anaknya selama 23 bulan. Begitu juga apabila dia bersalin setelah mengandung selama enam bulan, hendaklah dia menyusui anaknya selama dua tahun secara genap.

• Oleh yang demikian, para ulama’ telah menetapkan hukum bahawa mana-mana anak yang dilahirkan dalam tempoh enam bulan atau lebih yang dikira daripada masa suami isteri boleh bersatu melalui nikah yang sah, maka nasab anak tersebut disabitkan kepada suami wanita berkenaan pada zahir sahaja dan berjalanlah segala hukum-hakam nasab ke atasnya. Sebaliknya, jika anak tersebut lahir kurang daripada enam bulan, maka nasabnya tidak bersambung dengan suami kepada ibu atau wanita yang melahirkan anak berkenaan. Anak tersebut hendaklah dinasabkan kepada ibu yang melahirkannya sahaja dan jika hendak dibin atau dibintikan, boleh dinasabkan kepada ibunya atau kepada nama `Abdullah atau salah satu daripada Asma’ullah Al-Husna.

• Tersebut di dalam kitab “Hasyiyah Al-Bayjuri `Ala Fath Al-Qarib” dan kitab “At-Tuhfah” karangan Al-Imam Ibn Hajr bahawa enam bulan itu dikira tiap-tiap bulan daripadanya 30 hari. Ini bererti enam bulan itu ialah 180 hari dan dua lahzah pula ialah tempoh persetubuhan (lahzah ad-dukhul) dan tempoh mengeluarkan anak (lahzah al-wiladah). Pendapat ulama’ Syafi`i bahawa tempoh hamil yang paling minimum adalah dalam tempoh 180 hari itulah juga yang menjadi pendapat jumhur ulama’, melainkan Imam Malik yang menyatakannya 175 hari. Bahkan terdapat sebahagian negara seperti Syria telah menetapkan dalam undang-undangnya bahawa tempoh minimum hamil atau mengandung itu ialah 180 hari. Pengiraan 180 hari itu bermula dari waktu suami isteri itu boleh bersatu yang memungkinkan anak itu lahir daripada benih suami berkenaan setelah `aqad nikah yang sah.

• Oleh yang demikian, mana-mana anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dan dua lahzah atau kurang 180 hari daripada tarikh mereka boleh bersatu setelah `aqad nikah yang sah, maka anak itu tidak boleh dibin atau dibintikan kepada suami perempuan yang melahirkannya. Dalam erti kata yang lain, anak tersebut tidak bersambung nasabnya dengan lelaki yang menjadi suami kepada perempuan yang melahirkannya.
Status Penwartaan:
Diwartakan
Nombor Rujukan:
PMM/0020 Jld.6
Akta/Enakmen:
M.P.U. 42pautan

Sabtu, 29 Januari 2011

Orang Melayu Pelihara Anjing


Anjing ada yang namanya anjing terlatih dan ada anjing biasa (atau liar). Hukum memelihara anjing untuk dididik dan dilatih adalah diperbolehkan. Untuk digunakan atau dimanfaatkan dalam keperluan seperti; berburu, menjaga ternak, menjaga pekarangan, halaman dan tanaman, mencari penjahat atau menangkap penjahat. Inilah yang disebut dengan “kalbun muallamun”.

Tanda anjing yang terlatih adalah bila dilepaskan untuk menangkap buruan atau binatang buruan seperti rusa, maka setelah buruan ditangkap tidaklah dimakannya tetapi diserahkan kepada tuannya atau ditinggalkan untuk tuannya. Sementara anjing yang model kedua tadi atau tidak untuk kepentingan yang bermanfaat seperti untuk kesenangan saja/sebagai hiasan rumah, hukumnya yang kita ketahui adalah tidak diperbolehkan.

Sesuai dengan pendapat Imam Syafi’ie yang dinukilkan Imam Nawawy dalam Kitab Majmu’ (Syarah Kitab Muhadzah) Jilid 9, hal.23 yang juga merupakan kandungan dari hadist: Sesungguhnya Rasulullah saw memerintahkan membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu, untuk menjaga ternak/kambing (HR.Muslim); juga sabda beliau: Barang siapa memelihara anjing kecuali anjing penjaga ternak, anjing berburu/anjing penjaga ladang, maka amalnya setiap hari akan dikurangi dengan satu “Qirath” (HSR. Bukhari) Abu Hatim juga pernah berkata: Saya menanyakan kepada Rasulullah saw bahwa saya termasuk kaum berburu dengan anjing, maka Rasulullah saw bersabda: Jika engkau melepaskan anjing-anjing mu yang terdidik dan engkau menyebut nama Allah, maka makanlah apa yang ditangkap oleh anjing itu, kecuali bila anjing itu memakannya maka jangan engkau makan. Saya khawatir kalau-kalau anjing itu menangkap untuk dirinya sendiri, dan jika bercampur anjing itu dengan anjing lain (anjing yang tidak terdidik) maka janganlah engkau makan.

Meskipun demikian, yang telah terdidik dan dapat digunakan, serta boleh dipelihara sebagai yang tersebut di atas, anjing itu harus dipelihara pada tempat tersendiri dan tidak boleh pada tempat atau rumah di mana si pemelihara tinggal. Rasulullah pernah menyatakan: Malaikat tidak mau masuk ke rumah di mana ada anjing/gambar anjing. (Lihat: Faidul Qadir Juz 6 Hal.50).

Adapun kenajisan anjing itu adalah tetap “mughallazhah”, yaitu harus dicuci dengan cara samak, yaitu menuangkan air bejana yang terkena jilatan anjing dan harus membasuh bejananya. Yaitu sesuai dengan sabda Rasulullah saw: Jika seekor anjing menjilat bejana salah satu dari pada kamu, maka hendaknya kamu mengosongkan bejana itu kemudian membasuhnya 7 kali dengan air dan salah satu kalinya dengan air bercampur tanah. (HSR. Muslim)

Demikian, wallahu A’lamu Bish-Shawab.

* Prof. Dr. Tgk. H. Muslim Ibrahim, MA adalah Ketua Umum MPU Aceh

kewajipan makmum dalam solat berjamaah



Shalat berjamaah adalah shalat yang dilakukan oleh dua orang atau lebih secara bersama-sama dan salah seorang di antaranya berada di hadapan atau imam untuk diikuti oleh yang lain atau makmum. Shalat yang demikian itulah yang disebut dengan shalat berjamaah.

Dari definisi singkat itu langsung dapat kita maklumi bahwa bahwa kewajiban makmum ialah mengikuti imam dalam segala gerak, bacaan dan sebagainya.

Paling kurang ada tujuh hal yang merupakan kewajiban makmum dalam shalat berjamaah, yaitu:

1. Berniat mengikuti imam. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw Sesungguhnya semua amal itu hanyalah dengan niat (HSR. Bukhari)

2. Mengikuti imam dalam segala pekerjaannya. Makmum bertakbiratul ihram sesudah imam bertakbir. Begitu juga permulaan segala perbuatan makmum hendaklah terkemudian dari yang dilakukan olem imamnya. Hal ini berdasarkan sejumlah penjelasan dari Rasulullah saw sendiri, antara lain: Sesungguhnya imam itu dijadikan pemimpin supaya diikuti perbuatannya. Apabila ia sudah bertakbir, hendaklah kamu bertakbir dan apabila ia ruku’ hendaklah kamu ruku’ pula (HSR Bukahri dan Muslim); Sabdanya lagi: Sesungguhnya imam itu gunanya untuk diikuti perbuatannya. Maka apabila ia takbir hendaklah kamu takbir dan janganlahkamu takbir sebelum ia takbir. Apabila ia ruku’ hendaklah kamu rukuk dan janganlah kamu rukuk sebelum ia rukuk. Apabila ia sujud hendaklah kamu sujud dan janganlah kamu sujud sebelum ia sujud (HSR Abu Daud dan Ahmad). Rasulullah saw berpesan benar agar makmum tidak mendahului imam, melalui sabdanya: Apakah seseorang diantara kamu tidak takut apabila ia mengangkat kepalanya mendahului imam, Allah swt akan mengubah kepalanya menjadi kepala keledai (HSR Bukhari, Muslim dll) dan Rasul memperjelas lagi masalah ini dengan sabdanya: “Wahai manusia! Sesungguhnya saya ini adalah imam bagimu, maka janganlah kamu mendahului aku waktu rukuk, waktu sujud, waktu berdiri, waktu duduk dan waktu salam,” (HSR.Muslim dan Ahmad)


3. Mengetahui gerak-gerik perbuatan imam, seperti dari berdiri ke rukuk; dari rukuk ke i’tidal, dari i’tidal ke sujud dan seterusnya baik dengan melihat imam sendiri ataupun dengan melihat shaf di belakang imam atau dengan mendengar suaranya ataupun suara muballighnya, bila dalam shalat berjamaah itu diadakan muballigh.

4. Tempat berdiri imam tidak boleh lebih depan dari imam ke arah kiblat. Bagi orang yang shalat berdiri diukur tumitnya dan bagi yang duduk maka yang jadi pengukurnya adalah pinggulnya. Kalau makmum hanya seorang maka ia berdiri di sebelah kanan imam agak sedikit kebelakang dan apabila datang orang lain hendaklah ia bediri di sebelah kiri imam. Setelah ia takbir, hendaknya imam maju ke depan atau kedua makmum itu mundur ke belakang dan merapatkan shaf. Dasarnya antara lain adalah hadits dari Jabir as, beliau berkata: “Saya shalat berimam kepada Nabi saw. Saya berdiri di sebelah kanan agak belakang beliau, lalu datanglah Jabir bin Sakhrin dan berdiri di sebelah kiri beliau, maka beliau mengambil tangan kami berdua sehingga beliau dirikan kami di belakang beliau,” (HSR. Muslim).

Kalau makmum terdiri dari beberapa shaf, maka diaturlah: Di belakang imam adalah shaf laki-laki dewasa, kemudian shaf anak laki laki, lalu anak perempuan, kemudianbaru shaf perempuan dewasa. Nabi saw pernah mengatur shaf laki-laki dewasa di depan shaf kanak kanak dan shaf perempuan di belakang shaf kanak (HSR.Muslim); Tentang keutamaan shaf-shaf itu, Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik shaf laki laki dewasa ialah shaf yang pertama dan seburuk buruknya adalah shaf yang di belakang sekali. Sebaik-baik shaf perempuan ialah shaf yang di belakang sekali dan se buruk-buruknya ialah yang pertama,” (HSR. Muslim). Makmum juga harus meluruskan shaf, sesuai dengan sabda Nabi saw: “Rapatkan dan luruskanlah shaf kamu (HSR.Muslim). Juga makmum harus merapatkan barisan, sesuai dengan sabda Nabi saw: Penuhilah jarak yang kosong di antara kamu, karena sesungguh nya setan dapat masuk diantara kamu sebagai anak kambing,” (HSR. Ahmad)

5. Aturan shalat makmum harus sama dengan shalat imam. Maksudnya; tidak shah shalat fardhu lima waktu mengikuti shalat gerhana atau shalat jenazah, karena kaifiyatnya berbeda. Tidak ada halangan kalau kaifiyat ataunya sama seperti shalat witir dengan tarawih dan semisalnya.

6. Makmum laki-laki tidak shah mengikuti imam perempuan. Makmum laki laki hanya dibenarkan mengikuti imam laki laki. Makmum perempuan dapat mengikuti imam perempuan dan juga imam laki laki.

7. Makmum tidak dibenarkan mengikuti imam yang diketahui tidak shah shalatnya, misalnya beriman kepada orang diketahui bukan Islam atau muslim tapi diketahui sedang berhadats besar.

Demikianlah beberapa kewajiban yang harus diperhatikan makmum dalam shalat berjamah. Shalat berjamaah yang disebutkan Rasulullah saw sebagai shalat yang 27 kali lebih baik dari shalat sendirian. Apabila kewjiban itu tidak terpenuhi maka shalatnya adalah shalat sendirian atau tidak berjamaah.

Bagi pembaca yang ingin mendalami masalah ini lebih jauh, dapat merujuk kepada semua kitab fiqh dalam kupasan tentang shalat berjamaah; misalnya: Hasyiah Qalyubi wa ‘Umairah, Jilid.1, halaman 228-247; Asy-Syarwani ‘alat Tuhfah, Jilid 2, halaman 328-370; dan Al-Fiqhusy Syafi’iel Muyassar, jilid. 1, halaman 330-340.

Demikian, Wallahu A’lamu Bish-Shawaab.

* Prof. Dr. Tgk. H. Muslim Ibrahim, MA adalah Ketua Umum MPU Aceh

Selasa, 16 November 2010

So Touching


Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad

Lafaz Takbil Raya

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
لاإله إلاالله والله أكبر
الله أكبر ولله الحمد

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر كبيرا والحمدلله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
لاإله إلاالله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
لاإله إلاالله وحده، صدق وعده، ونصر عبده،
وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده
لاإله إلاالله والله أكبر
الله أكبر ولله الحمد




Jumaat, 17 September 2010

Mukjizat Al-Quran : Serangan WTC 11 September 2001 ada petunjuk?

sumber asal: Smart Dakwah

Satu penemuan terbaru yang menakjubkan mengenai kehebatan Al Quran.

Fakta ini ditemui oleh Dr. Zaghloul Al-Najjar (Professor of Geology), seorang ulamak Mesir yang bijak di bidang sains, pernah mengajar di Amerika. Kini bertugas di Saudi.

Ramai saintis Barat telah menganut Islam hasil dakwah beliau yang menggabungkan fakta sains yang bertepatan dengan Al Quran. Kajian—kajian beliau seiring dengan Syeikh Abdul Majid Zandani, Yaman.

Penemuan terbaru beliau ialah berkaitan tragedi 11 September di WTC New York. Di dalam al Quran terdapat ayat yang seolah—olah telah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini (sedangkan al Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu).Fakta tragedi tersebut ialah seperti berikut:

Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat
Tarikh kejadian: 11 haribulan
Bulan: 9
Tahun: 2001

Fakta yang terdapat di dalam al Quran: Ketika Allah menempelak golongan yang membina masjid Dhirar, beberapa ayat telah diturunkan. Antaranya ialah ayat yang menceritakan bahawa musuh-musuh Islam sentiasa membina bangunan tinggi dan bangunan itu akhirnya menjadi punca kegelisahan mereka sendiri sehingga digambarkan bahawa hati mereka seolah­-olah dikerat-kerat dan dipotong.

Ayat berkenaan ialah ayat 110 surah At Taubah (Al Bara’ah). Maka faktanya lebih kurang sama dengan kejadian 11 September:

Isnin, 16 Ogos 2010

Persediaan menghadapi lalilatul qadar


1. Bersedia dengan memperbanyakkan bertahlil kepada Allah dengan lafaz


لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير (100 مرة) -
لما رواه أبو هريرة -رضي الله تعالى عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:"من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير في يوم مئة مرة كان له عدل عشر رقاب، وكتبت له مئة حسنة، ومحيت عنه مئة سيئة، وكانت له حرزاً من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي، ولم يأت أحد بأفضل مما جاء به إلا أحد عمل أكثر من ذلك" أخرجه البخاري في صحيحه


2. Memberi makan orang berbuka puasa kerana:


ما رواه زيد بن خالد الجهني عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- أنه قال:"من فطر صائماً كتب له مثل أجره لا ينقص من أجره شيء - أخرجه ابن حبان في صحيحه

3. Bersiap untuk bersedekah pada malam ini, kerana seringgit yang disedekahkan sama dengan 30.000 ringgit kalau 100 ringgit sama dengan 300 ribu ringgit

4. Ketika azan maghrib, selesai muezzin azan maka kita jawab azannya dengan mendahului ucapan:

وأنا أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمداً عبده ورسوله، رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً، فمن قال ذلك غُفر له ذنبه كما روي عنه صلى الله عليه وسلم مرفوعاً(11) ثم قل: اللهم رب هذه الدعوة التامة... إلخ، أخرجه ابن خزيمة في صحيحه


Sesiapa yang mengucapkan demikian, maka mereka akan mendapat syafaatku di hari kiamat. أخرجه البخاري في صحيحه

5. Sentiasa berzikir dan berdoa dengan kalimah

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

6. Sekiranya kita masih ada kedua ibubapa, dan berdekatan dengan mereka bersamalah dengan mereka untuk berbuka puasa


7. Dalam perjalanan ke masjid sentiasalah berzikir dengan kalimah sayyidil istighfar


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، أبوء لك بنعمتك علي، وأبوء بذنبي فاغفر لي إنه لا يغفر الذنوب إلا أنت.
قال صلى الله عليه وسلم:"من قاله فمات من يومه أو ليلته دخل الجنة" أخرجه البخاري في صحيحه



oleh Marzuki Bin Sepiaail

Ahad, 15 Ogos 2010

fadilat solat terawih


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata:
Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi
kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut
dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam
hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai
dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

Selasa, 27 Julai 2010

Adab dan Aturan Menuntut Ilmu

1. Mendahulukan pembersihan jiwa
2. Mengurangi keterikatan dengan dunia
3. Tidak bersikap sombong kepada orang yang berilmu
4. Mengelakkan perselisihan, dahulukan jalan terpuji kemudian baru mendengarkan pendapat
5. Tidak meninggalkan cabang ilmu, kecuali tiada kesempatan. Kalau demikian haruslah menekuni ilmu yang paling penting antaranya
6. Tidak menekuni semua ilmu sekaligus, mulakan dengan yang paling penting seperti makrifatullah.
7. Kuasai satu2 ilmu sebelum masuk pada cabang ilmu lainnya
8. Hendaklah mengetahui factor penyebab yang dengannya ia mampu mengetahui ilmu yang paling mulia. Contoh ilmu agama penyebab kehidupan abadi, sedangkan ilmu keduniaan penyebab kehidupan fana.
9. Tujuan belajar adalah untuk mencantikkan dalamannya, mendekatkan diri kepada Allah bukan kerana pangkat dan kebendaan.
10. Mengetahui kaitan ilmu dengan tujuan, supaya mengutamakan yang lebih tinggi dan dekat dari yang rendah dan jauh dan yang penting dari yang lainnya.


Ahad, 18 Julai 2010

Mana Milik Kita

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…