Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan

Selasa, 1 Mac 2011

Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya

sumber: darulkautsar

PROLOG

Rasulullah s.a.w. bersabda “Tentera dari umatku yang mula-mula berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga.”(Sahih Bukhari jilid 1 m.s. Sahih Muslim jilid 2 m.s. 141-142).
Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28 Hijrah iaitu semasa pemerintahan Sayyidina Utsman di bawah pimpinan Mu’awiyah . (Tarikh Khalifah bin Khayyat jilid 1 m.s. 135, Nasabu al-Quraisyin m.s. 124, Al- Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 229 )

Sahabat besar Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata : “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Sayyidina Utsman daripada tuan pintu ini ( beliau maksudkan Mu’awiyah) (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 133)

Seorang lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a. berkata: “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan daripada Mu’awiyah” ( Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 135)

Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya : “ Apa kata tuan tentang Mua’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama?”. Mendengar soalan itu Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata: “Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz” (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 139)

Mu’awiyah r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor oleh Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Utsman r.a. selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan jawatan tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20 tahun. Di zaman pemerintahannya beliau telah menyatu-padukan ummah di bawah satu panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama. Pemerintahannya telah diterima baik oleh sahabat-sahabat besar dan kecil dan tabi’in tidak terkecuali ahlul bait terutamanya Sayyidina Hasan dan Husain r.a.

Banyak hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu’awiyah r.a. bertebaran di dalam kitab-kitab hadis Muktabar. Demikianlah fakta-fakta yang tenggelam di dalam kamus sejarah kita.

Apa yang terkenal, yang kita ingat dan kita sebarkan ialah Mu’awiyah ialah seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan seumpamanya. Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul pada seorang Islam biasa tetapi dikatakan terdapat pada seorang sahabat r.a. ini.

Lalu apakah sikap kita?

Pertamanya , perlu kita ingat bahawa Sayyidina Muawiyah r.a. adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Aqidah kita terhadap sahabat ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allh ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka” ( Sahih Bukhari ) . Tanpa perlu ada hujah penyokong yang lain , hujah ini sudah cukup untuk menolak serangan tidak berasas terhadap peribadi sahabat mulia ini.

Dan sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu yang diturunkan. Boleh kah kita bayangkan seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam Islam ialah seorang yang buruk akhlaknya sebagaimana yang digambarkan di atas.

Objektif
Objektif sebenar mereka yang menyebarkan propaganda tentang buruknya akhlak beliau r.a. mudah diteka iaitu seorang pencatat wahyu yang tidak beramanah serta berakhlak buruk boleh mencatat apa saja yang sebenarnya tidak didengarinya dan hasilnya Al-Quran yang ada pada tangan kita pada hari ini adalah tidak terjamin ketulinannya.

Kenyataan bahawa Sayyidina Umar telah melantik beliau sebagai Gabenor Syam sehingga akhir pemerintahannya dan kemudiannya diteruskan oleh Sayyidina Utsman. Kita tahu betapa cermat, teliti dan ketatnya syarat yang ditetapkan oleh Sayidina Umar dalam memilih gabenor ini.

Bila Sayidina Umar dan Usman mengakui ketokohan , keadilan dan keupayaan Muawiayah r.a., siapakah kita untuk mengatakan beliau seorang pemutarbelit dan sebagainya.

Bila Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Mu’awiyah r.a. , kita mengatakan beliau tidak boleh dipercayai!!

Pereka-pereka cerita dan penyebar daayah ini ingin meruntuhkan dua sumber asas agama Islam ini iatu al - Quran dan as-Sunnah.

Mereka adalah golongan Syiah yang kononnya mengaku pengikut setia Sayidina Ali r.a., padahal Sayidina Ali sendiri memerangi golongan ini. Malangnyna , kita golongan ahli Sunnah dengan senang hati dan rela menyebar luaskan daayah ini. Cuba ikuti kuliah sejarah Islam di masjid-masjid di negara ini, atau belek sahaja majalah- majalah agama kontemporari. Kita memberi wajah baru tentang cerita ini dengan istilah yang lebih sensasi dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan. Golongan musuh berpeluk tangan dan kita sedikit demi sedikit meruntuhkan ugama kita tanpa kita sedar!!

Peribadi agung Mu’awaiyah perlu dibersihkan untuk membersihkan Islam itu sendiri. Sukatan pelajaran perlu disemak semula kerana fakta yang kita sogokkan kepada anak-anak kita bila pertama kalinya mereka didedahkan dengan sejarah Islam adalah sukar untuk dibersihkan di kemudian hari.

Hendaknya kita memberitahu masyarakat bahawa Mu’awaiyah adalah seorang tokoh besar yang amat berjasa di dalam Islam. Seorang sahabat muhajirin yang diakui ahli syurga oleh Rasulullah.s.a.w.. Anak kepada tokoh Islam Abu Sufian dan Hindun binti Utbah yang diakui oleh Rasulullah sebagai orang yang paling disayanginya. Adik ipar kepada Rasulullah s.a.w. , adik kepada Ummul Mu’minin Ummu Habibah r.a. )

Mu’awiyah r.a telah mendamaikan dua golongan besar dalam Islam dan meluaskan jajahan takluk Islam seantero dunia. Beliau telah diakui oleh sahabat-sahabat r.a. termasuk keluarga Sayidina Ali r.a. yang amat akrab dengannya.

Kita perlu faham bahwa persengketaan yang berlaku di antara sahabat adalah angkara musuh Islam yang menyamar sebagai orang Islam yang menyelinap dan menjalankan jarumnya dari dalam. Sebagai iktibarnya, kita juga harus berhati-hati kerana musuh sentiasa berusaha dari luar dan dari dalam untuk memusnahkan Islam.,dan langkah pertama kita ialah terima sahabat agung ini sebagai seorang sahabat agung yang amat berjasa kepada Islam, hentikan cerita-cerita yang memburuk-burukkan beliau r.a. yang sebenarnya adalah tidak berasas dan berniat jahat. Dan sebarkan salah satu prinsip asas dalam Islam iaitu sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang adil dan ‘keadilan’ mereka adalah berdasarkan kepada al-Quran itu sendiri.

Ahad, 18 Julai 2010

Mana Milik Kita

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…

Selasa, 17 November 2009

Why do we read Al Quran

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?'The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.' The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again.. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.' The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. 'Son, that's what happens when you read the Quran. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.' Let’s read Al Quran together. Insya’ Allah.

Khamis, 12 November 2009

Menangani gejala rasuah dalam pentadbiran

“Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan- Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan". QS. At-Taubah (9) ayat 105.

Sebagai sebuah sistem hidup yang complete, yang berasal dari Pencipta yang Maha sempurna, Allah ‘Azza wa Jalla, Islam mempunyai pelbagai sistem yang sangat mudah difahami untuk menangkis pelbagai permasalahan manusia, khususnya dalam menangani kes-kes rasuah, nepotisme dan penyelewengan dalam pentadbiran. Di antaranya adalah sebagai berikut:


1. Pelaksanaan gaji yang setimpal.

Sebagai manusia biasa, baik dikalangan pentadbir maupun pekerja dan siapa sahaja di kalangan penjawat awam, memerlukan wang untuk keperluan diri dan keluarganya, dengan demikian, agar mampu bekerja dengan tenang dan tidak tergoda untuk melakukan penyelewengan, mereka sepatutnya diberi gaji serta kemudahan yang munasabah. Rasul saw. bersabda yang artinya :

“Siapa yang bekerja untukku dalam keadaan tidak beristri, hendaklah menikah; atau tidak memiliki pelayan, hendaklah mengambil pelayan; atau tidak mempunyai rumah, hendaklah mengambil rumah; atau tidak mempunyai tunggangan (kendaraan), hendaknya mengambil kendaraan. Siapa saja yang mengambil selain itu, dia curang atau pencuri !”. (HR Abu Dawud).

2. Larangan rasuah dan menerima hadiah.

Tentang rasuah, Rasulullah saw. bersabda yang artinya :
“Allah melaknat perasuah dan penerima rasuah”. (HR Abu Dawud).
Sementara tentang larangan menerima hadiah, Rasul saw. juga bersabda yang artinya :

“Tidak sepatutnya seorang petugas yang kami utus datang dan berkata, “Ini untuk Anda, sementara ini adalah hadiah yang diberikan untuk saya.” Mengapa ia tidak duduk-duduk saja di rumah bapa dan ibunya, lalu memperhatikan, apakah ia akan mendapatkan hadiah atau tidak ?”. (HR al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Dawud).

3. Audit keatas setiap penjawat awam (pegawai/pentadbir).

Agar tidak berlaku penyelewengan, Khalifah Umar ra. selalu mengaudit kekayaan para pegawainya di awal dan di akhir perkhimatannya. Jika terdapat kenaikan tidak wajar, Khalifah Umar ra. akan memaksa mereka untuk menyerahkan kelebihan itu kepada negara (Lihat: Thabaqât Ibn Sa’ad, Târîkh al-Khulafâ’ as-Suyuthi).

4. Teladan dari pemimpin.

Dengan keteladan pemimpin, tindakan atas penyelewengan akan dapat dikesan lebih awal. Pemeriksaan, penyelidikan dan tindakan tegas terhadap pesalah juga dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan. Khalifah Umar ra., misalnya, pernah merampas sendiri seekor unta gemuk milik anaknya, Abdullah bin Umar ra. Hanya disebabkan unta tersebut meragut bersama unta lain yang digembalakan di padang rumput milik negara. Pada Khalifah Umar ra. Perkara tersebut dinilai sebagai penyalahgunaan kemudahan negara.

5. Hukuman setimpal.

Kebiasaannya orang akan takut untuk menanggung risiko yang boleh membahayakan dirinya, atas dasar itulah hukuman dalam Islam berfungsi sebagai zawâjir (pencegah). Melalui hukuman setimpal atas perasuah, sebagai contoh, seorang penjawat awam akan berpikir seribu kali untuk melakukan jenayah rasuah. Dalam hukum Islam, rasuah merupakan kejahatan yang mana pelakunya harus dikenakan hukuman ta’zîr. Bentuk pelaksanaannya boleh berbentuk hukuman tasyhîr (dipermalukan dikhalayak ramai), penjara dan sebagainya. Di samping itu hasil jenayah rasuah yang dilakukan hendaklah dirampas oleh kerajaan. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, misalnya, pernah menetapkan denda hukuman sebat dan penjara terhadap penjenayah rasuah (Ibn Abi Syaibah, Mushannaf Ibn Abi Syaibah, V/528; Mushannaf Abd ar-Razaq, X/209). Sementara Khalifah Umar bin al-Khaththab ra. Pernah merampas seluruh harta pegawainya yang disyaki sebagai hasil rasuah.

6. Pengawasan masyarakat.

Masyarakat memainkan peranan yang cukup berkesan samada dalam meningkatkan atau menghilangkan rasuah. Jika di dalam masyarakat lahir budaya anti rasuah, insya Allah masyarakat akan memainkan peranan yang efektif dalam mengawasi setiap tindakan para penjawat awam sehingga rasuah mampu dibendung.

7. Kawalan diri dengan iman yang teguh.

Selain tindakan dan kawalan oleh pimpinan dan masyarakat, faktur lain yang sangat penting adalah kekuatan iman dan kawalan diri penjawat awam itu sendiri. Dengan iman yang teguh, ia akan merasa selalu diawasi Allah SWT dan pastinya takut untuk melakukan penyelewengan yang akan membawanya pada azab neraka.
Wahai kaum Muslim:

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. QS. Al-Baqarah (2) ayat 42,

Perjuangan untuk menegakkan sistem Pemerintahan yang bersih tidak boleh berhenti, selain kewajiban dari Allah SWT atas umat Islam, juga menjadi sumber kemaslahatan dan rahmat bagi kaum Muslim, bahkan bagi umat manusia seluruhnya. Allah SWT berfirman : “Tidak Kami mengutuskan engkau (Muhammad), melainkan untuk sebagai rahmat bagi semesta alam”. QS Al-Anbiya’ (21) : 107.




Selasa, 22 September 2009

fenomena berani berfatwa

Sejak kebelakangan ini kelihatan satu gejala yang melanda sebahagian orang Islam, iaitu berani berfatwa. Setiap kali timbul isu yang melibatkan hukum-hakam agama, maka menjelmalah ramai ‘mujtahid’ yang pantas mengutarakan pendapat mereka. Adakalanya, ‘fatwa-fatwa’ mereka kelihatan mendahului keputusan ahli-ahli fatwa yang lebih berautoriti.

Pernah satu ketika timbul isu yang agak menggemparkan negara, yang ada hubung kait dengan hukum agama. Seperti biasa, ramailah penceramah berfatwa dalam pidatonya, dan penulis pula berhukum melalui pena dan keyboardnya. Walhal dari sudut hukumnya, ia termasuk dalam hukum yang disepakati atau yang sudah ijmak di kalangan fuqaha. Lantaran kejahilan tentang ijmak, atau kejahilan tentang wajibnya menuruti ijmak, golongan seperti ini berani menghebahkan pandangan peribadi yang menyalahi ijmak silam para ulama.
Lihatlah bagaimana permasalahan feqah yang disepakati oleh fuqaha, apabila dibincangkan oleh orang-orang bukan ulama, alih-alih ia menjadi masalah khilaf yang bercabang-cabang pendapatnya. Agaknya, kalau masalah feqah yang sepatutnya khilaf kepada tiga pendapat, jika dibiarkan golongan ini berhukum dan berfatwa, mungkin perselisihan akan jadi 20 pendapat!!!
Berani dan pantasnya mereka berfatwa benar-benar menghairankan. Seakan-akan tidak pernah menghayati satu firman Allah yang termaktub dalam Surah Al-A’raf:

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنزلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-A’raf: 33)

Jika kita menyedari kenapa dalam ayat di atas, dosa bertutur tentang Allah dengan jahil dirangkaikan bersama dosa syirik kepada Allah, pasti kita akan ketahui betapa besarnya jenayah memberi fatwa tentang agama tanpa ilmu.
Malang apabila ada kalangan orang Islam menganggap berfatwa adalah satu hobi yang menarik. Sesiapa sahaja boleh menceburi, asalkan mempunyai selonggok buku agama ataupun beberapa keping CD maktabah kitab. Walhal para salaf bertolak-tolak dan mengelak daripada memberi fatwa.
Ibn Abi Laila berkata, “Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama”.
Golongan salaf merasakan urusan fatwa adalah satu amanah yang sangat besar. Bukan sekadar memberi jawapan segera kepada penyoal bahawa hukum ini halal, dan hukum ini haram. Tetapi ia berkait dengan dosa dan pahala, syurga dan neraka.
Imam Malik pernah disoal 50 masalah, tetapi beliau tidak menjawab walau satu soalan pun. Imam Malik berkata, “Sesiapa yang mahu menjawab, maka sebelum menjawabnya hendaklah merentangkan dirinya di atas syurga dan neraka, dan bagaimana kesudahannya di akhirat, barulah dia menjawab”.
Kita juga hairan kenapa para ulama yang muktabar cukup berhati-hati dan kerap mengambil jalan tawaqquf apabila berdepan dengan hukum Allah, tetapi orang-orang yang tidak pernah diiktiraf sebagai ulama apatah lagi sebagai mujtahid begitu berani dan boros dalam berfatwa.
Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki. Lalu tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, “Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-”.
Sahnun berkata, “Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya”.
Lelaki itu berkata, “Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit”.
Sahnun berkata, “Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui”.
Sahnun berkata lagi, “Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja”.
Demikian cermat dan waraknya para mujtahid dalam memberi fatwa. Mereka menangguh-nangguh jawapan bukan kerana mereka jahil. Tetapi kerana takut kepada Allah. Ibn Solah berkata, “Dalam kalangan mereka ada yang melambat-lambatkan menjawab soalan yang dia tidak ragu padanya (yakni: tahu jawapannya), dan mereka bertawaqquf dalam masalah yang mudah yang dia boleh menjawabnya”.
Sebaliknya, orang-orang yang tidak berilmu pula yang malu untuk tawaqquf, dan malu untuk menyebut ‘aku tidak tahu’. Tetapi tidak pula merasa malu dan segan kepada Allah untuk bercakap tentang hukum-hakamNya tanpa ilmu.
Pantas berfatwa walau tanpa usul periksa adalah tanda bahawa Tuhan tidak memberi taufiq kepada seseorang. Al-Khatib Al-Baghdadi berkata, “Sedikit sahaja orang yang gemar memberi fatwa, berlumba-lumba memberi fatwa, dan senantiasa memberi fatwa, kecuali kuranglah taufiq Allah kepadanya”.
Ia juga tanda bahawa kurangnya ilmu seseorang, walau lagaknya seperti ilmuan. Al-Sakhtiyani berkata, “Orang yang paling pantas memberi fatwa, dialah yang paling sedikit ilmunya tentang khilaf ulama”.
Maka berhati-hatilah dalam berbicara pasal hukum-hakam. Tidak ada keaiban bagi orang yang enggan menjawab soalan atau menjawab dengan kalimah ‘Allahu A’lam’. Tetapi aib yang besar bagi sesiapa yang menjawab segala persoalan dengan kejahilan atau kelewaan. Ibn Mas’ud berkata, “Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya, adalah orang gila”.
Semoga Allah memberi taufiq kepada kita, dengan menuruti jalan para salaf. Iaitu jalan orang-orang yang warak dalam bertutur terhadap hukum-hakam Allah. Dan hendaklah kita merasa malu dan takut kepada Allah, melebihi malu sesama manusia.


sumber asal:Abu Umair

Khamis, 11 Jun 2009

berpakaianlah...

Antara perbezaan yang sangat ketara dalam mengukur kehidupan yang berteraskan system kapitalis atau islam ditinjau dari sudut persoalan social dan rumahtangga adalah mereka (kapitalis) menganggap ianya sebagai masalah ekonomi. Sedangkan di sisi system islam pula meninjau perkara ini dalam konteks yang lebih rinci iaitu tidak terlepasnya dari hukum-hakam syara’. Kita seringkali mendengar bagaimana dalam system kapitalis, perlakuan sumbang lelaki dan perempuan yang tiada ikatan perkahwinan melakukan seks bebas, masih tidak dikira sebagai zina apalagi sekiranya perlakuan tersebut dilakukan secara suka sama suka. Malah lebih jauh dari itu perlakuan seks yang menyimpang seperti homoseks dan lesbian juga menjadi suatu perkara biasa kerana masyarakat dapat menerima keadaan tersebut dan kegiatan tersebut dapat memberikan ganjaran atau keuntungan kepada mana-mana pihak. Sebaliknya dikira pelecehan seksual dan mereka yang melakukannya akan diseret kemahkamah jika seorang lelaki (suami) mengasari atau melakukan seks tanpa persetujuan dari pihak isteri.
Sebab itulah terjadi perselisihan antara pengikut fahaman kapitalis ini dengan penganut ajaran islam, mereka menganggap pakaian merupakan satu ungkapan keperibadian, sebagai unsur ekonomis yang dapat menarik perhatian lawan sejenis untuk menggoda, samada kepada bentuk badan seorang wanita itu atau apa jua produk yang di lampirkan bersama dengan wanita itu, sebab itu, tidak hairanlah sekiranya di papan-papan iklan hampir 90% berorientasikan kepada wanita samada kejelitaannya atau bentuk badannya yang menggiurkan.
Kadang-kadang iklan yang mempergunakan wanita ini sampai kepada tahap tak masuk akal, bila kita lihat nak jual alat pertanian pun diguna wanita seksi, bateri kereta dengan menampilkan wanita bogel, iklan dobi juga tidak terlepas dengan penampilan wanita seksi. Semuanya ini pastinya adalah demi mengharapkan nilai-nilai ekonomi tanpa memperdulikan karekteristik asal penciptaan wanita itu sendiri. Adapun islam menganggap pemakaian di badan seorang wanita itu jauh sekali dari nilai ekonomis apalagi yang mampu mengarahkan kepada rendahnya maruah seorang insane yang bernama wanita dan sebagai makhluq Allah yang keberadaannya yang sebenar adalah sangat tinggi, Karena itu Islam menggariskan:

1. Pakaian yang dipakai samada oleh muslimin maupun muslimah tidak lebih dari pernyataan ketaatan dan kepatuhan kepada yang mengarahkannya berbuat demikian, iaitu Allah. Dalam islam jelas, segala perkara yang dilakukan, baik berpakaian, makanan, pergaulan dan sebagainya tidak terlepas dari system nilai. Yang mana untuk mendapatkan nilai-nilai tersebut tidak lepas dari ibadah. Sebab itulah dalam berpakaian pun kita dikehendaki mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Pun begitu islam tidaklah terlalu rigid untuk menetapkan nilai pakaian, corak, jenis kain dan sebagainya. Bahkan terpulang kepada kebudayaan dan adab sopan masing-masing umat, asalkan tidak terkeluar dari peraturan yang telah ditetapkan oleh syara’
2. Islam menetapkan, tahap kemuliaan seseorang itu bergantung terus kepada sejauh mana nilai ketaqwaan seseorang itu tanpa sedikitpun melihat kepada aspek berpakaian, kekayaan maupun kemiskinannya.
harus di ingat, penetapan syara’ berkenaan cara berpakaian itu adalah semata-mata mahukan kemuliaan hambanya berkekalan dan sesuai dengan nilai keinsanan. Sebagaimana firman Allah dalam surah at-thin “sesungguhnya kami jadikan kamu sebagai sebaik-baik kejadian” . namun sebaliknya... tidak mengikut cara berpakain yang telah ditetapkan oleh syara’ menyebabkan kemulaiaan yang telah diberikan itu ditukar menjadi kehinaan.
Alangkah indahnya sekiranya aturan Allah ini di ikuti tanpa ada rasa kesangsian yang akan menyebabkan kemurkaan Allah swt. Lebih dari itu bukankah tersangat indah andai dalam berpakaian pun kita sentiasa mendapat keridhaan Allah swt. Selebihnya terpulanglah kepada diri pembaca masing-masing untuk samada mengabdikan diri kepada Allah melalui berpakaian ataupun mencari kebencian Allah. (nauzubillahi min zalik) sekiranya kita mengaku beriman dan ingin mengabdikan diri kepada Allah swt, sedangkan dari segi berpakaian masih lagi mengikut telunjuk kapitalis iaitu sebagai unsur penarik kearah perlakuan maksiat samada diri sendiri maupun orang lain ataupun untuk mempamirkan nilai ekonomis dari pemakaian anda, percayalah...kita belum lagi termasuk sebagai hamba Allah yang mentaati perintahNya, lebih menyedihkan kita sebenarnya telahpun diperhambakan oleh nilai-nilai kemodenan yang sengaja diprolemirkan oleh yahudi dan nasrani atau lebih tepat sebagai mangsa peradaban bahkan sebagai rakan sekutu syaithan yang ikut sama menyesatkan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh umat. Saya pasti kita semua tidak ingin tergolong dalam golongan ini kan? Maka...inilah saatnya seorang muslim dan muslimah sejati tidak akan berpakaian yang boleh menampakkan bentuk badannya walaupun dilapisan kulitnya telah dibaluti dengan pakaian. Jangan jadikan perempuan lain sebagai mangsa syahwat dari lawan sejenis yang sebenarnya bermula dari anda.


di tulis oleh marzuki...11 jun 2009 9.15 malam

Ahad, 8 Februari 2009

cerita dari kawan

Renungan Bersama : Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya &; Sehelai Surat Saman

Suatu Hari.......Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.
Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.
Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.
Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra. "Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"
"Aku baik je." Tanpa senyum.
"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."
"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.
"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "
"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."
Harun mesti ganti strategi.
"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.
Diturunkan tingkap sedikit saja.
"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.
Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?
Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.
"Harun...Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan. Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain.
Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa

Rabu, 21 Januari 2009

cerita dari kawan

Kisah si Penjual Kuih
Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.
SEMOGA MENJADI RENUNGAN BERSAMA
Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang, nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!