Khamis, 11 Jun 2009

berpakaianlah...

Antara perbezaan yang sangat ketara dalam mengukur kehidupan yang berteraskan system kapitalis atau islam ditinjau dari sudut persoalan social dan rumahtangga adalah mereka (kapitalis) menganggap ianya sebagai masalah ekonomi. Sedangkan di sisi system islam pula meninjau perkara ini dalam konteks yang lebih rinci iaitu tidak terlepasnya dari hukum-hakam syara’. Kita seringkali mendengar bagaimana dalam system kapitalis, perlakuan sumbang lelaki dan perempuan yang tiada ikatan perkahwinan melakukan seks bebas, masih tidak dikira sebagai zina apalagi sekiranya perlakuan tersebut dilakukan secara suka sama suka. Malah lebih jauh dari itu perlakuan seks yang menyimpang seperti homoseks dan lesbian juga menjadi suatu perkara biasa kerana masyarakat dapat menerima keadaan tersebut dan kegiatan tersebut dapat memberikan ganjaran atau keuntungan kepada mana-mana pihak. Sebaliknya dikira pelecehan seksual dan mereka yang melakukannya akan diseret kemahkamah jika seorang lelaki (suami) mengasari atau melakukan seks tanpa persetujuan dari pihak isteri.
Sebab itulah terjadi perselisihan antara pengikut fahaman kapitalis ini dengan penganut ajaran islam, mereka menganggap pakaian merupakan satu ungkapan keperibadian, sebagai unsur ekonomis yang dapat menarik perhatian lawan sejenis untuk menggoda, samada kepada bentuk badan seorang wanita itu atau apa jua produk yang di lampirkan bersama dengan wanita itu, sebab itu, tidak hairanlah sekiranya di papan-papan iklan hampir 90% berorientasikan kepada wanita samada kejelitaannya atau bentuk badannya yang menggiurkan.
Kadang-kadang iklan yang mempergunakan wanita ini sampai kepada tahap tak masuk akal, bila kita lihat nak jual alat pertanian pun diguna wanita seksi, bateri kereta dengan menampilkan wanita bogel, iklan dobi juga tidak terlepas dengan penampilan wanita seksi. Semuanya ini pastinya adalah demi mengharapkan nilai-nilai ekonomi tanpa memperdulikan karekteristik asal penciptaan wanita itu sendiri. Adapun islam menganggap pemakaian di badan seorang wanita itu jauh sekali dari nilai ekonomis apalagi yang mampu mengarahkan kepada rendahnya maruah seorang insane yang bernama wanita dan sebagai makhluq Allah yang keberadaannya yang sebenar adalah sangat tinggi, Karena itu Islam menggariskan:

1. Pakaian yang dipakai samada oleh muslimin maupun muslimah tidak lebih dari pernyataan ketaatan dan kepatuhan kepada yang mengarahkannya berbuat demikian, iaitu Allah. Dalam islam jelas, segala perkara yang dilakukan, baik berpakaian, makanan, pergaulan dan sebagainya tidak terlepas dari system nilai. Yang mana untuk mendapatkan nilai-nilai tersebut tidak lepas dari ibadah. Sebab itulah dalam berpakaian pun kita dikehendaki mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Pun begitu islam tidaklah terlalu rigid untuk menetapkan nilai pakaian, corak, jenis kain dan sebagainya. Bahkan terpulang kepada kebudayaan dan adab sopan masing-masing umat, asalkan tidak terkeluar dari peraturan yang telah ditetapkan oleh syara’
2. Islam menetapkan, tahap kemuliaan seseorang itu bergantung terus kepada sejauh mana nilai ketaqwaan seseorang itu tanpa sedikitpun melihat kepada aspek berpakaian, kekayaan maupun kemiskinannya.
harus di ingat, penetapan syara’ berkenaan cara berpakaian itu adalah semata-mata mahukan kemuliaan hambanya berkekalan dan sesuai dengan nilai keinsanan. Sebagaimana firman Allah dalam surah at-thin “sesungguhnya kami jadikan kamu sebagai sebaik-baik kejadian” . namun sebaliknya... tidak mengikut cara berpakain yang telah ditetapkan oleh syara’ menyebabkan kemulaiaan yang telah diberikan itu ditukar menjadi kehinaan.
Alangkah indahnya sekiranya aturan Allah ini di ikuti tanpa ada rasa kesangsian yang akan menyebabkan kemurkaan Allah swt. Lebih dari itu bukankah tersangat indah andai dalam berpakaian pun kita sentiasa mendapat keridhaan Allah swt. Selebihnya terpulanglah kepada diri pembaca masing-masing untuk samada mengabdikan diri kepada Allah melalui berpakaian ataupun mencari kebencian Allah. (nauzubillahi min zalik) sekiranya kita mengaku beriman dan ingin mengabdikan diri kepada Allah swt, sedangkan dari segi berpakaian masih lagi mengikut telunjuk kapitalis iaitu sebagai unsur penarik kearah perlakuan maksiat samada diri sendiri maupun orang lain ataupun untuk mempamirkan nilai ekonomis dari pemakaian anda, percayalah...kita belum lagi termasuk sebagai hamba Allah yang mentaati perintahNya, lebih menyedihkan kita sebenarnya telahpun diperhambakan oleh nilai-nilai kemodenan yang sengaja diprolemirkan oleh yahudi dan nasrani atau lebih tepat sebagai mangsa peradaban bahkan sebagai rakan sekutu syaithan yang ikut sama menyesatkan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh umat. Saya pasti kita semua tidak ingin tergolong dalam golongan ini kan? Maka...inilah saatnya seorang muslim dan muslimah sejati tidak akan berpakaian yang boleh menampakkan bentuk badannya walaupun dilapisan kulitnya telah dibaluti dengan pakaian. Jangan jadikan perempuan lain sebagai mangsa syahwat dari lawan sejenis yang sebenarnya bermula dari anda.


di tulis oleh marzuki...11 jun 2009 9.15 malam

0 comments: