Khamis, 11 Februari 2010

Perkembangan Ekonomi Di Zaman Kerajaan Abbasiyah Dan Implikasinya Terhadap Pembangunan Iraq

1.0 PENDAHULUAN

Zaman Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan kemuncak kegemilangan pemerintahan Abbasiyah, atau boleh juga dikatakan sebagai zaman paling gemilang dalam sejarah Islam. Pada masa pemerintahannya, bermulalah era pembangunan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Selain itu, beliau juga berjaya menjadikan kota Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan pusat ilmu pengetahuan.

Pentadbiran negara pada zaman pemerintahan Harun ar-Rasyid merupakan pemerintahan paling sempurna. Hal ini disebabkan kecekapannya dan pegawai-pegawainya menguruskan pentadbiran negara. Beliau dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya. Misalnya beliau menamatkan pemberontakan gabenor-gabenor di Afrika dengan bertindak menghantar Ibrahim Ibn Aghlab ke sana.

Selain itu, beliau juga menyusun semula pasukan tenteranya supaya menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur, mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya. Sikap prihatinnya menyebabkan sepanjang zaman pemerintahannya negara berada dalam keadaan aman damai. Sistem pemerintahannya berdasarkan sistem kekhalifahan yang mengandungi ciri-ciri keislaman. Beliau meneruskan dasar anti-Ali (anti-Syiah) dan anti kaum zandaqah (zindik), seperti mana yang diamalkan oleh khalifah-khalifah Abbasiyah sebelumnya.

Pelbagai kemajuan dan pembangunan negara berjalan dengan pesat. Oleh sebab keagungan namanya, beliau menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan di Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Maysul, Damsyik, dan Aleppo muncul sebagai kota terkenal. Beliau juga mendirikan masjid, sekolah, hospital, kolej, jalan raya, perigi, jambatan dan terusan air di kota-kota. Dengan adanya parit-parit dan terusan itu, pertanian kian maju dan pendapatan negara bertambah. Keadaan ini dapat dilihat apabila kota Baghdad mencapai kemuncak keagungan di seluruh dunia. Bangunan-bangunan yang dibina sebelum pemerintahannya diperbaharui dan dihias agar sesuai dengan zaman pada masa itu. ( Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd: ARKIB : 06/06/2003)

2.0 SEKTOR-SEKTOR UTAMA EKONOMI KERAJAAN ABBASIYAH
Zaman Abbasiyah adalah di anggap sebagai zaman yang paling kaya dalam sejarah kekhalifahan Islam, ahli-ahli sejarah klasik dan moden bersetuju secara khusus meletakkan zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid (170 – 194H/786 – 809M) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggi sehingga layak menerima jolokan zaman keemasan (golden period). Prof.Philip K.Hitti menyifatkan kejayaan Abbasiyah dalam soal ini adalah luar biasa kerana ia mampu menaikkan taraf Baghdad dari satu keadaan yang mengagungkan setanding dengan keagungan Bayzantin.

Kejayaan Baghdad menjadi juara perdagangan dunia tentunya ada hubungan dengan kedudukan Dawlah Abbasiyah sebagai kuasa besar dunia pada waktu itu. Kestabilan politik, kecekapan pengurusan pentadbiran serta ketinggian akhlak masyarakat juga menyumbang kepada pembangunan pesat kota Baghdad. Dan satu yang paling penting dalam konteks ini ialah kekuatan kuasa beli yang terdapat pada penduduk kota Baghdad pada waktu itu jelas menunjukkan kemewahan serta kemantapan ekonomi Negara. Pada umumnya terdapat tiga sektor ekonomi yang menjadi tonggak kekayaan kerajaan Abbasiyah iaitu sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan.

Kerajaan Abbasiyah memberikan perhatian yang serius bagi memajukan sektor ekonomi Negara dengan mencurahkan perbelanjaan yang banyak khususnya dalam sektor perindustrian dan pertanian. Di setiap sektor memainkan peranan penting yang tersendiri untuk memberikan sumbangan ekonomi di tahap maksima
2.1 Pertanian

Kegiatan perdagangan tidak mungkin mencapai kepesatan yang luar biasa jika tidak ditampung oleh kegiatan pertanian dan perindustrian yang kukuh. Hal ini yang sangat menjadi perhatian pemerintah dinasti Abbasiyah. Pada masa Abbasiyah lah bidang pertanian mengalami perkembgan pesat, kerana di samping ibu kota terletak di daerah sangat subur (di apit oleh sungai Eufrates dan Tigris), pemerintah memberi kebebasan kepada penduduk setempat untuk mengusahakan tanah pertanian mereka, tanpa tekanan-tekanan yang besifat diskriminasi (membezakan).

Pertanian juga telah mencapai kemajuan kerana kesedaran pihak pemerintah tentang betapa perlunya pertanian sebagai sumber hasil Negara yang utama dan juga kerana kerajaan memberi penghormatan dan layanan yang baik kepada pemilik-pemilik tanah yang subur. Kerajaan telah memajukan pertanian di kawasan lembah Sungai Eufrates dan Tigris yang terkenal subur itu, di mana kemudahan-kemudahan tali air dan terusan diadakan. Banyak hasil pertanian yang ditanam di asia barat diperkenalkan kepada eropah, terutamanya penanaman tebu.

Bidang pertanian maju pesat pada masa awal dinasti Abbasiyah kerana pemerintahannya sendiri terletak di daerah yang sangat subur, di tepi sungai yang biasa dikenal al-sawad kerana mereka menyedari pertanian merupakan sumber utama pemasukan Negara, dan pengusahaan tanah hampir sepenuhnya di kerjakan oleh penduduk tempatan, yang statusnya mengalami peningkatan pada masa pemerintahan baru ini. Kawasan pertanian yang terbentang, di pendalaman yang hancur di berbagai wilayah diperbaiki dan dibangun kembali secara bertahap. Daerah rendah Tigris – Eufrat, yang merupakan daerah terkaya setelah Mesir, dan dipandang sebagai Surga Aden, mendapat perhatian khusus dari pemerintah pusat. Mereka membuka kembali saluran pengairan yang lama dari sungai eufrat, dan membuat saluaran pengairan baru sehingga membentuk “jaringan yang sempurna”. terusan besar pertama, yang disebut Nahr I’sa setelah digali kembali oleh keluarga al-Mansur, menghubungkan aliran Sungai Euffrat di Anbar sebelah barat laut dengan Sungai Tigris di Baghdad.

Tanaman asli Irak terdiri atas gandum, padi, kurma, wijen, kapas dan rami. Daerah yang sangat subur berada di daratan tepian sungai ke selatan, Sawad, yang menumbuhkan berbagai jenis buah dan sayuran, yang tumbuh didaerah panas maupun dingin. Kacang , limau nipis, terung, tebu, dan beragam bunga seperti, bunga mawar dan violet tumbuh subur.

Daerah Khurasan merupakan daerah pertanian yang paling makmur sehingga menjadi pendapatan cukai kerajaan terbesar. Kota Bukhara, merupakan daerah perkebunan yang subur, disini antara Samarkan dan Bhukara, terbentang lembah Sogdiana, salah satu dari “empat sorga dunia”, yaitu Shi’b Bawwan (celah bavvan di Faris), kebun Ubalah Canal, yang membentang dari Bashrah ketenggara. Ditaman-taman ini tumbuh subur beberapa jenis buah, sayuran dan bunga, seperi kurma, apel apricot, persik, prem, lemon, limau, anggur, zaitun, almond, delima, terung, lobak, mentimun, mawar, selasih, tembikai di datangkan dari Kwarizm ke istana al-Ma’mun dan al-Wastiq dalam peti yang diisi air batu, harga sebiji tembikai di Baghdad mencapai 700 dirham. Sebenarnya, pohon dan sayuran yang kini tumbuh sudah dikenal pada masa itu, kecuali mangga, kentang, tomato, dan tanaman sejenis baru diperkenalkan dari dunia baru . Dan Negara koloni eropah di seberang benua.

Minat terhadap pertanian jelas dilihat dari kebanyakan buku mengulas tentang tumbuh-tumbuhan, termasuk terjemahan dari bahasa Yunani, yang terdapat dalam fihrist, juga ada buku tentang pembuatan farfume dari bunga, dan buku yang di klaim sebagai karya ibnu Wahsyiyah yang berjudul al-Filahah al-Nabatiyah.

Sekolah-sekolah pertanian dibuka untuk menganalisis sifat-sifat tanah dan tanaman yang sesuai untuk ditanam di atas jenis tanah dan iklim yang beraneka. Sebuah karya penting tentang ilmu pengolahan tanah dan tanaman ditulis di Iraq oleh seorang pengkaji, Ibn Washiyyah dalam bukunya yang di namakan kitab Al-Filalah al-Nabatiyyah (291H/904M) yang isinya merupakan hasil kajian dan perpaduan antara ilmu tradisional dengan ajaran-ajaran yang termaktub dalam filsafat-filsafat kuno.

Wilayah Sepanyol yang sangat subur tidak disia-siakan kaum muslimin. Gandum merupakan makanan utama, hampir seluruh kaum muslimin saat itu. Di kebun-kebun sayur, tumbuhan penuh dan beraneka ragam makanan serta rempah-rempah melimpah ruah. Di wilayah-wilayah selain sayuran, kaum muslimin menanam seluruh jenis buah-buahan yang terdapat di Mediternian, sementara di daerah pinggiran gurun, di Tanami pohon kurma yang menjadi makanan pokok penduduk miskin saat itu.

Di wilayah Parsi, khususnya Ahwaz dan Faris terdapat ladang tebu yang luas lengkap dengan faktori memproses gula yang di anggap terbesar pada waktu itu. Gula yang diproses di sini telah di eksport hingga ke Eropah. Teknologi ini kemudiannya berkembang keseluruh empayar Islam dan akhirnya di bawa oleh orang-orang Islam Sepanyol ke benua Eropah. Mengikut al-Tha’alibi buah tembikai juga terdapat di kawasan ini terutama di wilayah Khawarismi yang merupakan pengeluar utamanya. Namun di Baghdad buah tembikai merupakan buah-buahan kelas atasan kerana harganya terlalu mahal iaitu lebih kurang 700 dirham sebiji

Pertanian merupakan sumber terpenting kerajaan Abbasiyah dan petani merupakan majoriti penduduk yang mendiami seluruh wilayah kekuasaan di antara mereka yang hanya menjadi petani, pelaksanaan pengolahan tanah pertanian tidak jauh berbeza dengan amalan masa khulafa’ ar-Rasyidin

2.2 Perindustrian

Faktor utama yang menjadi ukuran tahap ketinggian tamaddun sesebuah Negara itu adalah bergantung kepada kadar penglibatan Negara berkenaan dalam bidang industri. Dalam hubungan ini kita dapati kerajaan Abbasiyah telah memberi pelbagai insentif serta galakan yang kuat kepada golongan usahawan tempatan agar menceburkan diri dalam bidang perindustrian bagi menjaga keseimbangan perniagaan.

Di bidang perindustrian terdapat pemisah antara sektor kerajaan dan swasta, tetapi bagaimana bebasnya pihak swasta bergerak dalam industri kraf tangan misalnya ia tetap di bawah peraturan dan pengawalan Negara, seperti kilang senjata, kapal laut, armada perdagangan fabric kertas dan barang-barang lainnya. Kekuasaan kerajaan yang sedemikian luas dan tingkat peradaban yang tinggi itu dicapai dengan melibatkan jaringan perdangan internasional yang luas. Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Bashrah, Siraf Kairo, dan Iskandariyah menjadi pelabuhan internaisonal.

Disebelah Timur, pedagang Islam telah menjelajah sampai ke Cina, yang berdasarkan riwayat berbahasa arab, telah dilakukan sejak masa khalifah al-Manshur, para pengusaha dari Bashrah yang membawa dagangannya dengan kapal laut keberbagai negeri yang jauh, masing-masing membawa muatan bernilai lebih dari satu juta dirham. Seorang pemilik kapal di Bashrah di Baghdad mampu menderma untuk orang miskin 100 dinar perhari, tahap aktiviti perdagangan di dukung oleh pengembangan industri kraftangan diberbagai pelosok Negara. Di kawasan Asia Barat banyak di dapati perusahaan membuat permaidani selimut, sutra, kapas, dan kain bulu, tenun dan kain satin, sofa, kelengkapan dapur dan rumah tangga lainnya.

Di Tustar dan Sousa di Kuzistan (Susiana) terdapat sejumlah yang terkenal dengan kain sulamannya (damask) yang dihiasi dengan emas, juga terkenal dengan gordennya yang terbuat dari tenunan sutra (khazz). Pengeluaran mereka yang lainnya adalah kain yang terbuat dari bulu unta dan biri-biri, juga baju dalam dari tenunan sutera yang terkenal luas. Syiraz menghasilkan baju dalam dari bulu biri-biri, kain transparent dan brocade. Dikenal dengan nama “taffeta”. Sementara wilayah-wilayah di bahagian Barat Asia pula masyhur dengan pengeluaran permaidani, sutera, kapas, benang bulu kambing, kain satin, sofa dan kain alas sofa, juga termasuk semua jenis kelengkapan rumah, kain-kain yang diperbuat daripada bulu (woolen) keluaran kilang di Syiraz di laporkan amat digemari oleh wanita eropah kerana kualitinya yang baik. Kilang-kilang di Khurasan dan Armenia mengeluarkan tilam dan alas tilam, sementara Bukhara menumpukan kepada industri membuat sejadah dalam berbagai kualiti.

Industri lain yang sangat penting seperti pembuatan kertas tulis, yang di perkenalkan pada abad ke 8 dari Cina ke Samarkhan kertas samarkand, yang diduduki Islam pada tahun 704, di lihat tiada tandingannya pada waktu itu. Sebelum akhir abad ke 8 Baghdad memiliki kilang kertas yang pertama (the first paper – mill industri) dalam sejarah tamadun Islam. Perkembangan industri ini kemudiannya berkembang keseluruh kota Islam dimana Mesir Berjaya mengasaskan kilang kertasnya yang pertama pada 288H/900M, Morocco pada 494H/1100M dan Spain dalam tahun 545H/1150M.
Sementara di wilayah Khurasan terkenal juga dalam sektor perlombongan, mengikut al-Maqdisi, kegiatan perlombongan emas dan perak kebanyakkannya terdapat di sini. Khurasan juga dikatakan pengeluar batu mar-mar dan batu mercury terbesar masa itu. Sementara batu delima, lapis lazuli (lazawarda)dan batu azura terdapat di wilayah Transoxiana. Di wilayah Kirman pula tertumpu kepada industri bijih timah dan perak. Wilayah-wilayah lain seperti Bahrain masyhur dengan pengeluaran batu mutiara, Nasyabur dengan batu Pirus, sementara di pergunungan Labenon dengan perlombongan besi, Georgia dan Farghana perusahaan minyak tar.

Seni mengolah perhiasan juga mengalami perkembangan pada masa Dinasti Abbasiyah, mutiara, safir, rubi, emerald, dan permata sangat disukai para bangasawan; sedangakan batu zamrud yang berwarna biru kehijauan, batu carnelius, coklat, atau hitam disukai oleh kalangan bawah. Salah satu batu berharga paling terkenal di dalam sejarah Arab adalah delima (ruby) besar, yang pernah dimiliki oleh raja Parsi, klalifah Harun ar-Rahid dikatakan telah membelinya dengan harga 40 ribu dinar, untuk diletakkan pada mahkotanya. Delima itu di anggap yang terbesar pernah ditemui pada masa itu dan mempunyai pancaran cahaya yang luar biasa sehingga boleh dikesan jika diletakkan di ruang yang gelap. Saudara perempuan Harun seperti yang kita ketahui mengenakannya untuk menghias kepalanya, sedangkan permaisurinya menggunakannya untuk menghias kasutnya. Al-Tabari melaporkan perdana Menteri Abbasiyah, Yahya bin Khalid al-Barmaki, pernah menawarkan 7.000.000 dirham kepada seorang hartawan bagi mendapatkan sebuah kotak barang kemas yang bertatahkan batu permata tetapi gagal mendapatkannya. Sementara khalifah mu’taz di laporkan sebagai orang pertama yang telah menggunakan pelana kuda yang diperbuat daripada emas.

Kemahiran tangan yang di laksanakan oleh pihak swasta sangat banyak dan bervariasi. Secara umum para pembuat bertindak pula sebagai penjual barang-barang yang dikelaurkannya. Bahkan, mereka yang bergerak di bidang tekstil, terhimpun dalam sebuah unit koperasi yang disebut bazzaz (pembuat dan penjual kain) yang pekerjanya penenun, pemintal dan dobi, kekuatan mereka yang begitu besar dan sangat dominan, terutama di kota-kota besar, melahirkan kelompok baru dalam masyarakat, aristocrat kaum pedagang.

Beberapa bidang industri dan kerajinan rakyat yang terkenal pada masa ini antara lain:
1. Industri gelas dan tembikar
2. Industri tekstil dan tenun terdapat di Myat, Kabul, Transoxiana, Maroko, Andalus, Merx dan Mesir sejak awal terkenal dengan pembuatan permaidani yang khas, sedangkan kain kepala dari sutera yang hingga kini dikenal dengan sebutan kufiah, Damaskus terkenal dengan pembuatan kain Dumas yang disulami dengan benang emas dan kain-kain tirai yang dibuat dari pintalan sutera.
3. Kertas telah lama dikenal orang di Cina. Ketika Samarkhand di taklukkan kaum muslimin (704 M), di kota ini terdapat kilang tulis yang diprodaksinya sangat halus dan bagus, pada akhir abad ke 8 M, Baghdad telah memiliki fabric kertas tersendiri. Dari kaum muslimin di Sepanyol bangsa eropah mengenal kertas abad ke 12 dan 13 M.
4. Industri perlombongan, penggalian perak, tembaga, timah dan besi terdapat di daerah Afrika dan Andalus.
5. Penggilingan gula tebu menyebar di sebelah barat daya Parsi, Basrah dan Tusthat, begitu juga pengolahan minyak zaitun terdapat di Andalus Maroko dan Mesir
6. Selain itu industri pembuatan lilin, sabun dan galangan (gelegar) kapal perang juga di buat.

2.3 Perdagangan

Pendekatan Khalifah Harun Ar-Rasyid sebelum mangkatnya pada tahun 193 Hijrah telah dapat melaksanakan suatu nilai kemakmuran dan keamanan yang tulen kepada masyarakat Islam. Kota Baghdad yang belum berusia setengah abad di zamannya telah tumbuh dengan pesatnya menjadi pusat dunia yang amat makmur dan mempunyai erti antarabangsa.

Kekuasaan kerajaan yang sedemikian luas dan tingkat peradaban yang tinggi itu dicapai dengan melibatkan jaringan perdagangan internasional yang luas. Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Basrah, Siraf, Cairo dan Iskandariyah menjadi pelabuhan internasional.
Pedagang-pedagang Islam telah berniaga sampai ke negeri China. Mereka berdagang secara kafilah dan barangannya di bawa oleh kuda. Di sebelah barat orang-orang Arab telah berdagang sampai ke Sepanyol. Mereka telah menjual kurma, gula, kapas, kain bulu, alat besi dan gelas serta mengimport rempah ratus, kapur barus dan sutera dari negeri-negeri Asia. Dari Afrika di import daging, gading, kayu arang dan hamba abdi

Luas wilayah kerajaan yang tingginya tingkat peradaban yang dicapai baik dalam bidang industri maupun pertanian memaksa diadakan suatu perdagangan Internasional yang lebih luas. Berikut laluan-laluan penting yang di lalui para saudagar pada kegiatan niaga pada masa dinasti Abbasiyah:

1. Dari barat ke timur via Mesir, menggunakan laluan ini. Kebanyakan para pedagang Yahudi yang menjadi rakan niaga saudagar muslim dan Irak. Di Istahan mereka mempunyai perkambungan dagang yang disebut Havi Yahudi (lorong Yahudi)
2. Dari Eropah ke Timur Via Antiokia terus ke Baghdad melalui sungai Eufrat, kemudian ke teluk Parsi, Yaman, India dan China.
3. Dari utara Rusia ke timur melalui laut Caspian kemudian ke Marx, Balk, Bukhara, Samarkhand, Transoxiana dan China
4. Laluan darat dari Eropah ke timur dari Andalusia, melalui Jabal Tariq ke Maroko, Tunisia, Mesir, Damaskus, Irak (Baghdad, Basrah dan Kuffah) lalu ke Iran, Kirman, India dan berakhir di China. Para saudagar muslim yang berniaga melalui jalan ini sekarang di sebut silk road (laluan sutera)
5. Laluan laut dan Teluk Parsi, Gujerat, Selat Melaka, Jawa, Laut China ke Canton (China)

Sebuah karya penting tentang laluan-laluan, pusat perdagangan dan pemerintahan di tulis pada masa ini (abad ke 3 H/9 M) oleh seorang ahli geografi Abu Al-Qasim bin Khurdadhbeb dari Parsi dalam bukunya yang dinamakan Al-Musalik wa al Mamalik, berikut pusat-pusat penting perdagangan pada masa dinasti Abbasiyah

1. Antiokia yang terletak di persisir timur laut tengah pelabuhan yang diperlebar pada masa Khalifah al-Mu’tasim ini merupakan pusat perdagangan Syam yang menjadi transit (perhentian) para saudagar timur dan barat.
2. Pelabuhan Iskandariah dari Varma, juga menjadi penghubung antara pedagang yang dagang dari Eropah dan Laut merah.
3. Ailot,Qolzam dan Jeddah adalah pusat-pusat perdagangan Laut Merah, Jeddah bahkan setiap tahun menjadi terminal jamaah haji yang dating dari pelusuk dunia
4. Aden merupakan pintu gerbang kapal-kapal yang akan memasuki Laut Merah.
5. Basrah pintu gerbang kota Baghdad dan muara sungai Tigris di datangi oleh pedagang dari Timur dan Barat.
6. Bahgdad merupakan kota dagang terbesar di Asia,sebagaimana Iskandariah sebagai puat perdagangan di Afrika, kesemarakan kota ini tidak saja disebabkan kedudukannya sebagai ibu kota daulah Abbasiyah dan pusat pertemuan jalur-jalur niaga dari seluruh penjuru.
7. Damaskus menjadi kota dagang penting kerana dilewati kapilah-kapilah jamaah haji yang berangkat dan pulang dari Mekkah.
8. Tushat, kota dagang Mesir di zaman dinasti Fatimiyyah, merupakan kota terbersih dan aman tenteram
9. Tes (Maroko) dan lain-lain

Satu kebiasaan bangsa Arab sebelum Islam dan diteruskan kaum muslim, yakni dilangsungkannya pekan-pekan dagang dan bazaar pada waktu-waktu tertentu kota-kota penting perdagangan.

Disebelah timur, pedagang Islam telah menjelajah sampai ke Cina, sejak masa Khalifah al-Manshur para pengusaha dari Basrahh yang membawa dagangannya dengan kapal laut keberbagai negeri yang jauh, masing-masing membawa muatan bernilai lebih dari satu juta dirham. Di sepanjang pelabuhan yang berbatu-batu panjangnya, berlabuh berates-ratus kapal termasuk kapal perang dan kapal perang antarabangsa. Sementara dikedai-kedai pula terdapat jualan sutera dan kasturi yang berasal dari Tiongkok, rempah ratus dan cat dari India, batu permata dan haasil-hasil perusahaan dari Turtki dan Asia Tengah, madu, lilin dan barang-barang kulit dari Skandinavia dan Rusia, gading dan barang-barang galian seperti emas permata dan lain-lain dari Afrika Timur, beras dan gandum dari mesir, barang-barang kaca dan buah-buahan dari Syiria, bahan-bahan Sutera dan bau-bauan dari Parsi

Dari Baghdad pula, saudagar-saudagar Arab mengirim barang-barang dagangan mereka ke Timur Jauh, Eropah dan Afrika. Mata wang Arab yang belum beberapa lama kemudian telah ditemui orang jauh di Utara sampai ke Rusia, Findland, Sweden dan Jerman. Semua ini membuktikan kegiatan saudagar arab Islam pada zaman itu yang menguasai pasaran dunia. Riwayat pengalaman nelayan Sinbad, salah satu cerita yang paling terkenal adalah berasas kebenaran yang dilakukan oleh saudagar-saudagar Islam

Sesuatu yang sangat baik dari usaha perdagangan yang di lakukan pada zaman kerajaan Abbasiyah ini ialah berlakunya penyebaran agama Islam tidak melalui kekerasan atau penyerangan oleh tentera kenegara-negara tertentu, melainkan melalui kegiatan perdagangan secara damai. Masyarakat luar melihat kejujuran dan keperibadian sehari-hari pedagang Arab sehingga menyebabkan mereka tertarik untuk memeluk agama Islam.

3.0 SUMBER KEWANGAN EKONOMI ABBASIYAH

Sumber-sumber kewangan merupakan hasil-hasil pendapatan Negara mengikut sumber ekonomi Islam. Setiap daripada sumber ini dipungut mengikut keadaan dan syarat tertentu menurut syariat Islam. Agama Islam telah menggariskan dengan selengkapnya untuk kita melaksanakan perkara ini dengan adil dan betul. Sumber kewangan kerajaan Abbasiyah seperti berikut:
3.1 Zakat
kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu yang mencukupi nisab. Zakat terbahagi kepada dua iaitu: zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta.
Menurut terminologi bahasa (lughat), harta adalah segala sesuatu yang diinginkan sekali oleh manusia untuk memiliki, memanfaatkan dan menyimpannya.Sedangkan menurut terminologi syari'ah (istilah syara'), harta adalah segala sesuatu yang dapat dimiliki (dikuasai) dan dapat digunakan (dimanfaatkan) menurut ghalibnya (lazim). Zakat harta seperti;
a. Binatang ternak (Hewan ternak meliputi hewan besar (unta, sapi, kerbau), hewan kecil (kambing, domba) dan unggas (ayam, itik, burung)
b. Emas dan perak, Termasuk dalam kategori emas dan perak, adalah mata uang yang berlaku pada waktu itu di masing-masing negara.
c. Harta Perniagaan Harta perniagaan adalah semua yang diperuntukkan untuk diperjual-belikan dalam berbagai jenisnya, baik berupa barang seperti alat-alat, pakaian, makanan, perhiasan, dll.
d. Hasil Pertanian, Hasil pertanian adalah hasil tumbuh-tumbuhan atau tanaman yang bernilai ekonomis seperti biji-bijian, umbi-umbian, sayur-mayur, buah-buahan, tanaman hias, rumput-rumputan, dedaunan, dll.
e. Ma'din dan Kekayaan Laut (hasil perlombongan) adalah benda-benda yang terdapat di dalam perut bumi dan memiliki nilai ekonomis seperti emas, perak, timah, tembaga, marmer, giok, minyak bumi, batu-bara, dll. Kekayaan laut adalah segala sesuatu yang dieksploitasi dari laut seperti mutiara, ambar, marjan, dll.
f. Rikaz – Rikaz adalah harta terpendam dari zaman dahulu atau biasa disebut dengan harta karun. Termasuk didalamnya harta yang ditemukan dan tidak ada yang mengaku sebagai pemiliknya.
3.2 Kharaj
Kharaj adalah perkataan Arab yang bererti keluaran iaitu apa yang keluar daripada bumi seperti hasil, pemberian rezeki dan kebaikannya. Dalam al-Quran disebut kharaj adalah pemberian seperti disebut dalam ayat: ''Kerana kharaj (pemberian) Tuhanmu lebih baik dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.'' (al-Mu'minun: 72)
Dari segi istilah agama pula kharaj mempunyai banyak maksud dan digunakan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabiin dalam pelbagai konteks sebelum mempunyai istilah yang diterima pakai pada hari ini. Salah satu istilah kharaj digunakan bagi menamakan harta yang diambil negara yang dibuka oleh orang Islam tanpa perang. Sejarah Islam ada menyebutkan kharaj pertama diambil oleh Rasulullah s.a.w. ialah kharaj dari negeri Bahrain.
Kharaj juga bermaksudkan bayaran atau gaji yang diberi oleh pemerintah kepada pekerja dan kaki tangannya. Bayaran atau gaji itu mungkin merupakan wang atau makanan dan lain-lain. Kharaj jenis ini dipanggil kharaj tauzif (kharaj pekerjaan). Bayaran atau upah yang diberi oleh tuan kepada hamba lelaki dan hamba perempuan untuk mengelak masing-masing daripada mencuri dan melacur diri adalah juga dipanggil kharaj.
Malah kharaj juga dalam penggunaan ulama-ulama dahulu kala bermaksud jizyah, fi' dan itawah yang kesemuanya bermaksud sejumlah wang yang diwajib ke atas orang bukan Islam membayarnya kepada pemerintah Islam. Bagaimanapun, kharaj yang diguna pakai oleh para ulama pada zaman mutakhir bermaksud cukai tanah dan cukai hasil tanah.
Pada masa pemerintahan Abbasiyah diwan al-Kharaj telah ditubuhkan. Jabatan ini bertujuan untuk mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan masalah cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Jabatan ini diketuai oleh seorang pegawai. Pegawai ini akan meneliti dan memastikan peraturan dan sistem kharaj berjalan lancar.beliau juga berkuasa untuk melantik wakil pemungut cukai dan menentukan jumlah cukai kharaj dihantar ke Baitul Mal selepas ditolak perbelanjaan wilayah
3.3 Ghanimah’ – harta rampasan perang 4/5 (80%) daripadanya diberikan kepada pejuang Islam

3.4 Jizyah

Jizyah merupakan sejenis cukai bayaran yang dikenakan keatas orang bukan Islam yang mendiami bumi orang Islam demi untuk menjamin keamanan dan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Jizyah bertujuan untuk menggantikan penat lelah dan usaha yang telah dicurahkan oleh orang Islam bagi melindungi orang bukan Islam, jizyah terbahagi kepada dua:

1. Jizyah secara baik atas dasar kerelaan dan persetujuan
2. Jizyah secara paksa iaitu pihak pemerintahan sendiri yang menentukan kadarnya.

3.5 Fik - harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian daripada pihak musuh setelah pihak musuh meyerah kalah

3.5 Usyur – 1/10 kadar bayaran tetap yang dikenakan keatas kapal perdagangan bukan Islam yang telah singgah di pelabuhan Islam untuk tujuan perniagaan

Berdasarkan sedikit penjelasan di atas menunjukkan sumber-sumber kewangan yang memainkan peranan yang penting untuk menjana dan menampung pendapatan Negara. Setiap hasil yang dikutip dan dipungut akan dihantar ke baitul mal. Pelaksanaan ini masih lagi berjalan dengan lancar dan tiada sebarang halangan serta gangguan semasa proses ini berlangsung selama tempoh pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Walau bagaimanapun, selepas tempoh kegemilangan kerajaan Abbasiyah, semua itu menjadi porak peranda. Khalifah sewenang-wenangnya menggunakan semua harta ini untuk kegunaan peribadi dan untuk berhibur dan berfoya-foya.

4.0 KESIMPULAN

Kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat jelas kelihatan semasa pemerintahan Abbasiyah, taraf kehidupan rakyat yang tinggi, banyak kemudahan-kemudahan untuk rakyat dapat disediakan seperti tali air, jambatan, jalan, masjid, sekolah, dan lain-lain lagi. Peluang pekerjaan juga turut disediakan kepada rakyat ekoran kedudukan ekonomi yang baik. Penduduk di sekitar ibu kota Baghdad pada masa itu tidak lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan seperti sebelum ini. Boleh dikatakan keseluruhan rakyat di bawah pemerintahan Abbasiyah berada dalam keadaan aman dan tenteram

Di sini jelaslah menunjukkan bahawa dengan kemajuan dan ketamadunan yang tinggi yang telah dicapai oleh kerajaan Bani Abbasiyah telah memberikan kesan yang tertentu kepada masyarakatnya. Kesan-kesan ini akan mematangkan lagi usaha dan daya maju di kalangan penduduk bani Abbasiyah. Bahkan pada masa inilah juga lahir berbagai ilmu Islam dan berbagai ilmu penting lain yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab. Selain itu sumbangan umat Islam bagi peradaban dunia juga dihasilkan oleh para cendikiawan-cendikiawan besar yang hidup di masa Daulah Abbasiyah.




4 comments:

Bintu Sazali berkata...

syukran atas info ini!..:)

mohon izin copy ya..ada assignment nak diselesaikan..

Abu Syarif berkata...

thanks for sharing....best..

ana syuhada berkata...

salam..asif..mohon terangkan gerakan penterjemah pada zaman abasi bley x..

lutvi berkata...

jazakallh khoiron.. sy izin
copy tulisannya..