“Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan- Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan". QS. At-Taubah (9) ayat 105.
Sebagai sebuah sistem hidup yang complete, yang berasal dari Pencipta yang Maha sempurna, Allah ‘Azza wa Jalla, Islam mempunyai pelbagai sistem yang sangat mudah difahami untuk menangkis pelbagai permasalahan manusia, khususnya dalam menangani kes-kes rasuah, nepotisme dan penyelewengan dalam pentadbiran. Di antaranya adalah sebagai berikut:
1. Pelaksanaan gaji yang setimpal.
Sebagai manusia biasa, baik dikalangan pentadbir maupun pekerja dan siapa sahaja di kalangan penjawat awam, memerlukan wang untuk keperluan diri dan keluarganya, dengan demikian, agar mampu bekerja dengan tenang dan tidak tergoda untuk melakukan penyelewengan, mereka sepatutnya diberi gaji serta kemudahan yang munasabah. Rasul saw. bersabda yang artinya :
2. Larangan rasuah dan menerima hadiah.“Siapa yang bekerja untukku dalam keadaan tidak beristri, hendaklah menikah; atau tidak memiliki pelayan, hendaklah mengambil pelayan; atau tidak mempunyai rumah, hendaklah mengambil rumah; atau tidak mempunyai tunggangan (kendaraan), hendaknya mengambil kendaraan. Siapa saja yang mengambil selain itu, dia curang atau pencuri !”. (HR Abu Dawud).
Tentang rasuah, Rasulullah saw. bersabda yang artinya :
“Allah melaknat perasuah dan penerima rasuah”. (HR Abu Dawud).
Sementara tentang larangan menerima hadiah, Rasul saw. juga bersabda yang artinya :
3. Audit keatas setiap penjawat awam (pegawai/pentadbir).“Tidak sepatutnya seorang petugas yang kami utus datang dan berkata, “Ini untuk Anda, sementara ini adalah hadiah yang diberikan untuk saya.” Mengapa ia tidak duduk-duduk saja di rumah bapa dan ibunya, lalu memperhatikan, apakah ia akan mendapatkan hadiah atau tidak ?”. (HR al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Dawud).
Agar tidak berlaku penyelewengan, Khalifah Umar ra. selalu mengaudit kekayaan para pegawainya di awal dan di akhir perkhimatannya. Jika terdapat kenaikan tidak wajar, Khalifah Umar ra. akan memaksa mereka untuk menyerahkan kelebihan itu kepada negara (Lihat: Thabaqât Ibn Sa’ad, Târîkh al-Khulafâ’ as-Suyuthi).
4. Teladan dari pemimpin.
Dengan keteladan pemimpin, tindakan atas penyelewengan akan dapat dikesan lebih awal. Pemeriksaan, penyelidikan dan tindakan tegas terhadap pesalah juga dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan. Khalifah Umar ra., misalnya, pernah merampas sendiri seekor unta gemuk milik anaknya, Abdullah bin Umar ra. Hanya disebabkan unta tersebut meragut bersama unta lain yang digembalakan di padang rumput milik negara. Pada Khalifah Umar ra. Perkara tersebut dinilai sebagai penyalahgunaan kemudahan negara.
5. Hukuman setimpal.
Kebiasaannya orang akan takut untuk menanggung risiko yang boleh membahayakan dirinya, atas dasar itulah hukuman dalam Islam berfungsi sebagai zawâjir (pencegah). Melalui hukuman setimpal atas perasuah, sebagai contoh, seorang penjawat awam akan berpikir seribu kali untuk melakukan jenayah rasuah. Dalam hukum Islam, rasuah merupakan kejahatan yang mana pelakunya harus dikenakan hukuman ta’zîr. Bentuk pelaksanaannya boleh berbentuk hukuman tasyhîr (dipermalukan dikhalayak ramai), penjara dan sebagainya. Di samping itu hasil jenayah rasuah yang dilakukan hendaklah dirampas oleh kerajaan. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, misalnya, pernah menetapkan denda hukuman sebat dan penjara terhadap penjenayah rasuah (Ibn Abi Syaibah, Mushannaf Ibn Abi Syaibah, V/528; Mushannaf Abd ar-Razaq, X/209). Sementara Khalifah Umar bin al-Khaththab ra. Pernah merampas seluruh harta pegawainya yang disyaki sebagai hasil rasuah.
6. Pengawasan masyarakat.
Masyarakat memainkan peranan yang cukup berkesan samada dalam meningkatkan atau menghilangkan rasuah. Jika di dalam masyarakat lahir budaya anti rasuah, insya Allah masyarakat akan memainkan peranan yang efektif dalam mengawasi setiap tindakan para penjawat awam sehingga rasuah mampu dibendung.
7. Kawalan diri dengan iman yang teguh.
Selain tindakan dan kawalan oleh pimpinan dan masyarakat, faktur lain yang sangat penting adalah kekuatan iman dan kawalan diri penjawat awam itu sendiri. Dengan iman yang teguh, ia akan merasa selalu diawasi Allah SWT dan pastinya takut untuk melakukan penyelewengan yang akan membawanya pada azab neraka.
Wahai kaum Muslim:
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. QS. Al-Baqarah (2) ayat 42,
Perjuangan untuk menegakkan sistem Pemerintahan yang bersih tidak boleh berhenti, selain kewajiban dari Allah SWT atas umat Islam, juga menjadi sumber kemaslahatan dan rahmat bagi kaum Muslim, bahkan bagi umat manusia seluruhnya. Allah SWT berfirman : “Tidak Kami mengutuskan engkau (Muhammad), melainkan untuk sebagai rahmat bagi semesta alam”. QS Al-Anbiya’ (21) : 107.
0 comments:
Catat Ulasan