Khamis, 18 Oktober 2012

Khidmat Masyarakat DAT3A di Kampung Kelawar

7/10/2012, seramai 25 orang pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah, di bawah kursus AA301 Tamadun Islam telahpun melaksanakan program khidmat masyarakat di salah sebuah rumah penduduk yang kurang berkemampuan, di kampung Kelawar, Tanjong Malim. 

Ketibaan kami telahpun disambut oleh Ketua Kampung dan juga Pegawai penyelia Parlimen Tanjong Malim, berbangsa cina, tetapi lebih mesra dipanggil Pn Zaleha (bukan nama sebenar). Program dimulai dengan sedikit ucapan dari Pengarah Program, yang juga ketua kelas DAT3A, seterusnya ucapan dari Penasihat Program (Ust Marzuki Sepiaail) dan seterusnya ucapan dari Ketua Kampung dan juga Penyelia Parlimen Tanjong Malim yang seterusnya merasmikan program. sesi seterusnya ialah penyampaian sumbangan dari hasil sumbangan pelajar kelas dan sumbangan dari Ahli Parlimen Tanjong Malim, berupa blander, periuk nasi, dapur gas, almari plastik dan lain-lain lagi. 

Selesai penyampaian sumbangan, majlis diteruskan dengan sedikit sarapan pagi, nasi lemak dan sesi photografi. seterusnya bermulalah program gotong royong dikalangan pelajar membersihkan kawasan rumah penduduk yang kurang berkemampuan





0 comments: