Khamis, 18 Oktober 2012

Motivasi: Melangkah ke alam Remaja

17 Okt 2012, bertempat di Sekolah Kebangsaan Sg.Behrang, telah dijemput oleh pihak petadbiran sekolah untuk menyampaikan motivasi kepada seramai 20 orang pelajar tahun 6. bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi. 

Topik yang dikupas adalah mengenai persiapan seorang pelajar dalam mengharungi kehidupan sebagai remaja menurut perspektif Islam. Bermula dengan kupasan tentang hadits:

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر سنين وفرقوا بينهم في المضاجع 


artinya: Suruhlah anak-anakmu solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka pada tempat tidur mereka
Perbincangan juga tentang pengenalan awal remaja, akil baligh, mukallaf dan di akhiri dengan apa yang perlu dilakukan sebagai seorang yang telah menempuhi akil baligh di dalam islam.


Alhamdulillah, pelajar2 sangat seronok dan sangat memberikan kerjasama. mudah-mudahan semua pelajar bukan setakat mendengar dan melaksanakan apa yang telah diajar semasa di dalam kelas, tetapi sentiasalah mengamalkan sedikit curahan ilmu yang disampaikan disaat mengharungi alam remaja.


seterusnya sebelum bersalaman bersama-sama pelajar menyanyikan lagu nasyid yang berjudul sepohon kayu, sehingga bertemu lagi, dan amalkanlah ajaran Islam di dalam kehidupan sepenuhnya



0 comments: