Rabu, 15 Ogos 2012

Penyampaian Bubur Lambuk



bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, 1433 H, Pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Am dan sebahagian dari Jabatan Perdagangan telah menyumbangkan wang mengikut keikhlasan masing-masing untuk upahan Bubur Lambuk yang telah disediakan oleh Katerer Kabil (abang man dan kakti).
Pada sebelah petang (jam 4.30 - 5.00 petang)majlis penyampaian sumbangan bubur lambuk telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah PSAS, En Mohamad Amin bin Hamat, Timbalannya En. Yaakob Bin Hasrat dan juga Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar En Salehan bin Marsim di Perkarangan Pondok Guard PSAS. Pelajar-pelajar PSAS tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa menerima sumbangan tersebut.







kelihatan ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En Salehan Marsim, sedang menyampaikan sumbangan.






Tuan Pengarah PSAS, En Muhamad Amin Hamat sedang menyampaikan sumbangan dan dibantu oleh pelajar DPM3.






En Yaakob Bin Hasrat selaku Timbalan Pengarah Akademik turut turun padang untuk bersama-sama menyampaikan sumbangan bubur lambuk.











Penulis memberi penerangan ringkas kepada tuan pengarah tentang aktiviti penyampaian bubur lambuk, ucapan ribuan terima kasih kepada semua para penyumbang yang terdiri dari pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Am dan Juga dari Jabatan Perdagangan kerana telah sudi menderma sumbangan kewangan dan juga kepada pelajar-pelajar DPM3, semoga amalan yang dilakukan mendapat ganjaran dari Allah swt.






0 comments: