“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”.
Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam bible mengesahkan pokok atad adalah sama dengan spesis Jujube.
Jika pokok Jujube ini adalah pokok Gharqad seperti yang disebutkan dalam hadith, kemungkinan pernyataan yang mengatakan Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad adalah benar. Dalam satu artikel, spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air. Pokok jujube juga ditanam dalam kawasan perumahan secara besar-besaran sebagai pokok hiasan.
Sabtu, 5 Jun 2010
Pokok Gharqad (Pokok Yahudi)
Created by MarzukiLabels: fakta
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
kepada penulis, btl ke pokok ni...ado hadis sahih ke yg memperihalkan pokok ni??
Catat Ulasan