dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w pernah keluar dari sisi Juwairiyah. namanya dulu adalah Burrah (biji gandum), tetapi nabi s.a.w menukar namanya itu dengan Juwairiyah. Nabi s.a.w telah keluar ketika beliau berada di tempat sembahyangnya. dan ketika pulang dia masih berada di tempat sembahyangnya. maka baginda s.a.w bersabda, kamu masih lagi berada di tempat sembahyang mu ini? Dia menjawab, ya. Baginda s.a.w bersabda: sesungguhnya, aku telah mengucapkan selepas aku meninggalkan kamu tadi empat ucapan sebanyak tiga kali, yang mana kalau ditimbang dengan apa yang engkau baca, nescaya apa yang aku ucapkan ini lebih berat lagi (akan mengatasinya) ucapan itu ialah:
سُبْحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِيْنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
0 comments:
Catat Ulasan