Khamis, 22 Mei 2008

Malam Perpisahan dengan Tuan Pengarah

UCAPAN SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN

TN. HJ. KAMARUDDIN BIN HJ. HAMZAH

Terima Kasih Tn. Pengerusi Majlis
Yang berusaha En. Azhari Noor b. Ahmad, Timbalan Pengarah 1, PSAS
Yang berbahagia En. Yaakob b. Hasrat, Timbalan Pengarah 2, PSAS
Yang diraikan, Tn. Hj. Kamaruddin bin Hj. Hamzah, Pengarah PSAS
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, Pegawai – Pegawai Kanan
Pensyarah – Pensyarah serta seluruh warga PSAS yang dihormati sekalian

Assalamualaikum wrt…
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, dapat kita bersama – sama di dalam majlis yang permai ini bagi meraikan perpisahan Pengarah yang amat kita kasihi, Tn. Hj Kamaruddin bin Hj. Hamzah yang akan meninggalkan kita dalam masa terdekat ini, yang saya kira… demi menyahut cabaran tugas yang lebih mencabar iaitu sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Akademik Sektor Pengurusan Kolej Komuniti.

saya tidak bercadang untuk bercakap lama dalam majlis ini kerana saya pasti tuan-tuan dan puan-puan sedang menunggu untuk mendengar ucapan dan kata-kata akhir dari tuan pengarah.
Sahabat-sahabat…
Sesungguhnya, dalam kita bergembira menikmati suasana ukhwah yang mesra serta akan menikmati juadah yang lazat – lazat, saya yakin, kebanyakan kita turut merasa kesayuan dan kesedihan kerana kita bakal kehilangan seorang ketua yang bijaksana, seorang bapa yang berwibawa, seorang mentor yang dedikasi serta juga mungkin boleh saya katakan seorang imam yang disegani dalam konteks kepimpinan. Hujan yang turun dari semalam, seolah-olah turut sama berkongsi kesayuan dan berat hati kami untuk melepaskan Tn Hj pergi, namun apapun… kami memahami dan akur dengan kehendak takdir ini demi kesinambungan perkembangan kerjaya yang lebih baik kepada Tn Hj.
Selama kita berada di bawah kepimpinannya, telah banyak kejayaan yang kita kecapi… juga banyak pembaharuan yang telah dilaksanakannya. Segala susah payah, cabaran dan kegetiran dalam menempa kejayaan telah sama – sama kita harungi. Jika hendak disenaraikan di sini, terlalu panjang rasanya kisah kecemerlangan yang telah kita cipta bersama – sama Tuan Pengarah yang amat kita segani ini.
Bagi memudahkan penyampaian dan meringkaskan perkisahan, marilah kita sama – sama hayati kata – kata ini:

Pengamatannya teliti…budimu Pekerti …Berhemah Tinggi …
Pemimpin Mithali …
Kerja terancang
Segala keputusan dibawa berbincang
Agihan tugas adil dan saksama
Melatih, memberi peluang… semua merasa …
Kelihatannya seorang yang garang
Tegas dan telus bila berbicara
Keupayaan dan kemampuan dilihat dipandang
Agar segalanya menjadi jaya …

Hj. Kamaruddin yang kami hormati
Perginya tuan kami kehilangan
Pemimpin berwibawa, berjati diri
Segala memori menjadi kenangan ….

Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
kita berpisah beralih kasih
entahkan bila dapat bersua

sekian wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum wrt.




0 comments: