Sabtu, 21 Disember 2013

Pesan buat ku

Tazkirah ringkas:

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa



Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia. kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT  Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita. kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita. kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam, solat tahajud dan bermunajat

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman, apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya


0 comments: