Pada suatu waktu Rasulullah S.a.w. sedang berbaring di rumahnya untuk berehat. Dia berbaring di atas tikar yang dibuat dari daun tamar yang dianyam. seketika datang seorang sahabatnya yang bernama Ibnu Mas’ud kepada Baginda, Rasulullah S.a.w waktu itu tidak memakai baju, maka terlihat jelas oleh Ibnu Mas’ud bekas anyaman tikar melekat di belakang Rasulullah s.a.w. Melihat peristiwa itu Ibnu Mas’ud amat sedih, dan bendungan air matanya pun jatuh mengalir di pipinya. Sungguh tidaklah sesuai rasanya seorang Rasul kekasih Allah Swt., seorang Pemimpin Negara dan seorang panglima tertinggi dalam keadaan demikian.
Dengan terharu Ibnu Mas’ud berkata: "Ya, Rasulullah! maukah kamu kalau saya gantikan tilam untuk mu ya Rasulullah?"
Mendengar permintaan Ibnu Mas'ud ini, Rasulullah S.a.w. bersabda : "Apalah artinya kesenangan hidup di dunia ini bagiku. Perumpamaan hidup di dunia ini bagiku tidak ubahnya seperti seorang musafir dalam perjalanan jauh yang singgah berteduh dibawah sepohon kayu yang rendang untuk sekadar berehat. Kemudian meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan yang sangat jauh yang tiada penghujungnya."
Sebagai seorang pemimpin sudah tentu ia akan dilimpahi dengan harta kekayaan dan kemewahan. Namun tahukah anda terdapatnya seorang presiden yang digelar sebagai presiden termiskin di dunia kini.
Seorang presiden umumnya hidup penuh dengan kekayaan dan nikmat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang diberikan. Namun percaya atau tidak, hal ini berbeza dengan seorang presiden ini. Beliau telah mendapat sebuah gelaran dari rakyatnya sebagai ‘presiden paling miskin di dunia‘. Presiden itu bukan di Malaysia, tetapi Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai “el presidente mas pobre” yang bermaksud presiden termiskin. Ini disebabkan presiden yang berusia 77 tahun ini telah menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.
Melalui akhbar Sepanyol, El Mundo, Jose Mujica mengaku menerima gaji sebanyak USD 12.500. Namun ia hanya mengambil USD 1.250 dari gajinya. Lantaran itu beliau juga telah dianugerahi gelaran lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.
“Saya baik-baik saja dengan jumlah itu, kerana di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian yang jauh lebih sedikit dari itu.” tuturnya merendah. Jose Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang sama. Beliau tinggal di kawasan pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, yang bernilai USD 1.945.
Antara perkara positif lain yang patut ditiru dalam masa kepemimpinan Mujica adalah tahap rasuah yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. walaupun begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.
Sebagaimana yang diketahui ramai, Jose Mujica bukanlah presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy juga pernah menyumbangkan gajinya, begitu juga Presiden Herbert Hoover.
Sepatutnya berita ini patut di contohi bagi para pemimpin di dalam negeri kita. Pemimpin yang benar-benar mengabdikan diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk kekuasaan dan harta. Saya amat yakin, di Malaysia juga kita mampu mempunyai kepimpinan yang sebegini andai kita maukannya.
0 comments:
Catat Ulasan