Rabu, 12 Oktober 2011

Pesta Hedonisme Semasa Konvokesyen

gambar sekadar hiasan

Kita seakan-akan terikut dengan trend setiap kali ada pesta konvokesyen, maka kita seolah-olah terlalu seronok untuk bergembira. Sehingga macam-macam program yang berbentuk keseronokan cuba kita ciptakan. Ada dalam bentuk tarian, nyanyian, pertandingan dan sebagainya lagi. Tabiat ini kemudiannya menjadi satu budaya atau trend yang terus diamalkan dan sekiranya sekali tidak dilakukan orang akan bersungut pelik, “aik! Kenapa takde pertandingan muzik dikalangan pelajar? “ “eh,eh….takde persembahan tarian la tahun ni? “lembab la pesta konvo tahun ni, dsb…


Persoalan yang perlu di bincangkan??? Perlukah setiap kali menyambut kejayaan perlu ada sambutan yang bersifat hedonisme? Kenapa tidak ada usaha atau inovasi dari pihat terlibat untuk merintis satu usaha yang lebih menunjukkan keintelektualan dan majlis yang bersifat keilmuan sesuai dengan sambutan konvokesyen. Paling tidak pun, kenapa tidak dipersembahkan bakat-bakat peserta ko-kurikulum seperti peserta taekwando, silat, ataupun majlis yang tidak bercanggah dengan syari’at Islam dan pernah menempah nama dalam sebarang pertandingan yang disertai. Rasanya mereka akan cukup bangga untuk mempersembahkan bakat yang mereka ada apalagi pada hari perpisahan dengan abang kakak mereka. Atau paling tidak pun, bukankah lebih bangga pihak ibu bapa sekiranya pada hari tersebut, dipersembahkan hasil kerja anak mereka selama mereka belajar? Nampak la juga kaitannya konvo dan pesta konvo. Tapi kalau persembahan nyanyian,…. apalagi pertandingan nyanyian dan muzik, tak nampak langsung kaitan yang boleh dibanggakan.


gambar sekadar hiasan


gambar sekadar hiasan


Perlu di ingatkan, kebiasaan yang kita lakukan kini sebenarnya akan menjadi satu adat yang tidak mampu kita pisahkan. Yang mana akhirnya objektif sambutan konvokesyen seperti meraikan kejayaan para graduan yang telah menjalani dan seterusnya menamatkan pengajian bertukar menjadi satu pesta yang hanya menyumbang kearah perkara-perkara yang batil dan amat jauh dari matlamat sebenar sambutan konvokesyen.

Sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun”

Dalam kategori mana nak diletakkan pertandingan nyanyian, tarian dan sebagainya itu? Dalam kategori sunnah yang baik atau sunnah yang jahat? Bukan apa, takut nanti kalau termasuk dalam sunnah yang jahat, kemudian dijadikan budaya oleh orang lain selepas kita, dan selepas mereka seterusnya, bukankah kita akan terus menerus mendapat dosa percuma. Padahal pada waktu itu mungkin kita telah pun bertaubat.

Cukup-cukup laa dengan program hiburan yang dah ada kat luar sana, tak sunyi pelajar dengan hiburan sebenarnya. Tak perlu la kita ikut sama merancang program hiburan kepada mereka. Selalu saya katakan, “nasi tu hukumnya halal, tapi kalau dah termuntah-muntah masih suap juga boleh jadi haram”. Begitulah perumpamaan hiburan, bukanlah saya maksudkan hiburan itu haram, kena cara dan aturannya ia tetap halal, tapi kalau dah berlebihan dan tidak sesuai dengan program boleh jadi haram juga.



maaf....sekadar nasihat!

0 comments: