Rabu, 13 April 2011

Binaan Di Atas Kubur


Persoalan: bolehkah membina di atas kubur satu binaan dari kerikil, batu atau simen?


berdasarkan sebuah hadits yang diriayatkan oleh Jabir Bin Abdullah Al-Ansori, beliu berkata:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه رواه مسلم في صحيحه

Maksudya:
Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya” (atau menambah2 ketinggiannya), (atau menulis keatasnya) [hadith dikeluarkan oleh Muslim 3/62.




PANDANGAN FUQAHA’ SYAFIEYYAH :
Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab jenazah):
1) IMAM SYAFIE :

ورأيت من الولاة (بمكة من يهدم ما يبنى فيها ولم أر فقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس


Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”Katanya lagi:


فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهم أو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمه لئلا يحجر على الناس


Ertinya:Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.
2) Ibnu Hajar Haitami
Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):


ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم


Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

Rujukan : AZH

Imam al-Nawawi rh. berkata :

“Makruh mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur. Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah) maka hendaklah dimusnahkan”. (Minhaj al-Thalibin, ms 360)

Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian…. Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].

Beliau berpendapat bahawa binaan tersebut jika berlaku diperkuburan awam, maka hukum membinanya adalah haram, dan jika ia berada ditanah persendirian, maka hukumnya cuma makruh sahaja.rujukan: KSJA




untuk lebih jelas boleh rujuk: Fiqh Sunnah



Perlu di ingat, tanah perkuburan adalah kawasan yang mengingatkan kita sebagai manusia bahawa ia akan menjadi tempat persinggahan kita sebelum hari kebangkitan iaitu di Padang Mahsyar. Sewajarnya ia akan mendatangkan keinsafan untuk lebih taat akan perintah Allah dan tunduk akan kekuasaannya.

Membersih dan menghias kawasan kubur diharuskan supaya kelihatan bersih dan kemas. Bagaimanapun, jangan sampai berlebih-lebihan atau bermegah dan mengganggu hak orang lain kerana tanah perkuburan adalah hak orang ramai. Rujukan: KOSMO

1 comments:

Faheem berkata...

jazakALLAH kahyrr. mungkin ALLAH memberkati u, read Quran