Jumaat, 25 Februari 2011

Contoh Wanita Penghuni Syurga


Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku, “Mahukah aku tunjukkan seorang wanita syurga kepadamu?” Kataku, “Ya.” Dia berkata, “Wanita hitam ini datang menemui Rasulullah saw dan berkata, ‘Ya Rasulullah, aku menghidap sejenis sawan yang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya Rasulullah.’ Rasulullah berkata kepadanya, “Jika kamu mahu, bersabarlah dan kamu akan masuk syurga; dan jika kamu mahu, Aku akan meminta Allah menyembuhkan penyakitmu itu.”

Wanita itu berkata, “Aku akan terus bersabar.” Dan dia menambah, “Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar auratku terpelihara. ”Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..
kalau wanita yang terkena sawan pun sanggup untuk menutup aurat walaupun dia tahu ketika sawan dia tidak dibebani dosa, maka...apalagi kita yang mempunyai tubuh badan dan akal yang sihat.
fikir-fikirkan dan selamat beramal!

0 comments: