majlis di mulai dengan ucapan Prof.Dr Agus sebagai pengerusi (moderator) menerangkan syarat-syarat perbahasan, pusingan pertama selama 10 minit setiap penalis yang dimulai oleh dato' Nik Muhd Amar yang menyatakan kekesalannya berkaitan kelembapan perkembangan Islam di Malaysia biarpun setelah lebih 52 tahun mencapai kemerdekaan. sehingga menyebabkan gejala sosial dan murtad seperti yang di laporkan oleh ss. Mufti Perak. Kemudian di susuli pula oleh Dr M.Asri yang mempersoalkan tentang peranan yang dimainkan oleh badan dakwah yang besar seperti JAKIM, YADIM dan sebagainya, yang beliau kesalkan entah berapa billion dana yang dihabiskan tetapi kesan positif bukan sahaja tidak nampak malah kesan-kesan negatif semakin menular. sedangkan pemangku jawatan agama yang beliau sifatkan sebagai pengipas dan pengampu kerajaan semakin berbangga dengan kereta besar, pangkat besar dan sebagainya.
Panelis lain seperti Dato' Nakhaie mantan YDP YADIM dan Ust.Affandi, ketua Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia pula menjawab lontaran permasalahan yang ditimbulkan oleh kedua panelis yang pertama. tekanan intonasi suara dari kedua panelis ini seolah-olah majlis ini bukan lagi wacana perdana tetapi seperti debat dikedai kopi menyebabkan suasana menjadi agak panas dan dimulai dengan teriakan dan tempikan yang seolah-olah tidak dapat dikawal oleh para penonton.
Dr.Asri sangat bijak mententeramkan keadaan sehingga suasana yang agak kecoh itu dapat di sunyi sepikan oleh beliau. wajarlah ada seorang peserta di akhir program yang bangun memuji beliau sebagai antara panelis yang paling bijak pada malam itu.
Ahad, 13 Disember 2009
wacana perdana: realiti dan harapan Islam di Malaysia
Created by MarzukiLabels: fakta
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan