Selasa, 29 Disember 2009

terkenang semasa dulu (mengepek sikik)


Kadang bila melihat suasana semasa dalam kehidupan kita sehari-hari terasa seolah-olah Islam semakin hari semakin jauh meninggalkan kita, walaupun dari segi lain kita melihat Islam sebenarnya semakin bercahaya di bumi tercinta ini, ye lah...dibandingkan kehidupan dahulu! kalau dulu menutup aurat jarang dikalangan muslimat atau wanita yang menutup aurat, khususnya rambut la. qari'ah (pembaca qur'an) pun pakai tudung separuh je, disekolah pakai skirt, lelaki pulak pakai seluar pendek, bukan masa sekolah rendah je, tapi dah tingkatan 5. hehee! lucu pulak terkenang abang-abang masa tu. tapi masa tu nak jumpa kes zina ke, kes khalwat ke dan kes yang tak senonoh ni agak susah la. kalaupun ada didapati tertangkap kes sumbang tu riuh rendah satu kampung pakat-pakat kutuk pelaku kesalahan tu. masyarakat cukup kuat mempertahankan adat dan agama, walaupun ilmu tiada di dada. dulu...ustaz usatazah pun lulusan sekolah agama je, dah jadi tok guru. masyarakat kampung cukup hormat, pendek kata kalau ustaz ambik calon pun boleh menang la. kalau kenduri ustaz dulu yang akan merasa. kepala kamping disediakan khusus untuk ustaz.
sekarang...ramai dikalangan muda-mudi dah mula menutup aurat, tapi tutup kepala je, ramainya anggota badan masyaallah...sendat, takpun nipis sesangat, kadang walaupun berbaju kurung lagi menggairahkan peminatnya, nak buat macamana, trend! dari kecil dah di didik diperingkat sekolah. bermula sekolah tadika lepas tu masuk pra sekolah, kemudian sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, lepas tu masuk kolej, atau masuk U, dan macam-macam pengajian. tapi...satu lagi kes khalwat? ada ke kes khalwat sekarang? masyarakat sudah tidak menganggap berdua-duaan sebagai suatu kesalahan. berbonceng motor dari pagi sampai malam, siap bertandang kerumah, pun...ibu bapa tak berani nak menegur sapa. mungkin sebab takut anak marah, atau sebab tak tahu itu salah, atau memang teruja bila anak dara dapat pakwe? bangga! anak jiran sebelah tak laku-laku, anak aku ntah berapa ramai laki boleh sapu. bila dah kena rogol beramai-ramai dan dah ditangkap media baru nak buat laporan polis, nasib baik bawah umur, boleh caj rogol, walhal suka sama suka. dalam akhbar sekarang pun macam trend pulak berita rogol ni. rogol beramai-ramai kes-kes zina semakin berlambak, dalam satu kampung boleh dikatakan ada saje anak luar nikah. hari ni kawin sebulan kemudian dah bersalin. lepas tu bercerai pulak. adoiii...apa nak jadi dunia ni ye.
ustaz-ustazah bukan sedikit, pulak tu bukan lepasan sekolah agama je, master, phd, paling koman pun ada ijazah dalam bidang agama, syari'ah, ushuluddin, dakwah, dengan pelbagai jurusan atau jabatan yang lebih spesifik, tapi...surau kosong, yang naik jadi imam orang-orang tua yang bacaannya pun dah tak berapa betul, masjid yang jadi imam pun dikalangan orang-orang dulu jugak. dah tu ustaz yang ramai-ramai tu buat ape? sibuk....nak buat MLM, main saham, buat kontrak sibuk pulak tender kontrak, buat konsultan, minat mancing...hehehe, ada sorang kawan ni, ustaz la jugak, tengah-tengah bagi kuliah dapat call dari member ajak mancing terus tutup kitab, tangguh dengan tasbih kafarah and belah. terkebil makmum yang dok tengah syok dengar kuliah sambil tunggu isyak. maaf la ustaz, bukan semua lagu tu. ramai yang baik pun dan ramai juga yang berjuang bermati-matian menegakkan agama tercinta ini.

masyarakat suatu masa dulu hidup kalau bab-bab hantu, jin, iblis dan yang sewaktu dengannya ni memang dah jadi lumrah kehidupan, sebulan sekali ada le terdengar jeritan histeria dari rumah jiran (anak tok bomoh) dirasuk pelesit, masyarakat pulak kalau ada sikit-sikit sakit badan terus cari tok bomoh yang pakai jampi serapah, bagi pengeras sikit kemudian tok bomoh buatla upacara khurafat dia tu, sembah busut, bagi ayam golek kat penunggu pokok, tanam bungkusan dipenjuru sawah, perhanyutkan @#*@?% kedalam sungai dan sebagainya. teringat cerita puaka nyang rapik tapi masa tu penyakit tak la macam sekarang, masyarakat hidup berkerjasama, sakit demam semua akan bertandang, susah senang masing-masing merasa. buat kerja secara gotong royong, ada ternakan lembu kerbau ikut sama bekerja. badan jadi sihat, daging lembu pun tak berpenyakit, ye la cukup excercise. lembu sekarang mana tak kena penyakit, reti makan minum free je, duduk dalam kandang je makan pallet pulak tu.
sekarang... klinik banyak, rawatan altenatif pun bercambah-cambah, kawan-kawan pun dah ramai yang mula menceburkan diri dalam bidang rawatan altenatif ni. income baik beb! sikit-sikit sakit, jin la puncanya, sikit-sikit sakit, saka la penyebabnya, sikit-sikit sakit santau la angkaranya. adoiii...jahat sungguh manusia sekarang ni ye? atau perawat yang sengaja bina angkara. penyakit pula bertambah-tambah munculnya, jantung la, kencing manis, paru-paru berair la, bengkak usus la, cancer darah, cancer tulang dan macam-macam cancer lah. HIV positif (AIDS) selsema burung, selsema @#@$%? (H1N1) kata kat kadi Raub masa Latihan Amali Dakwah kat Masjid Tersang, Hone None hehehe! qadhi ni ambil dari orang asli katanya dan macam-macam lagi penyakit yang menyakat kita hari ini.
dulu di kampung ada majlis kuliah agama kat musholla dibuat lepas asar, masyarakat ramai yang datang, masing-masing bawak bekal. Tok Guru pulak (hj mat bakok, anak Tok Kenali)dengan kami budak-budak kecil masa tu cukup baik, diberinya sorang 3 biji gula-gula telur cicak (bulat-bulat macam telur cicak) teringat sampai sekarang. yang tahu menulis membaca bawa kitab untuk menadah, yang tak tahu menjadi pendengar setia. ilmu yang dapat diperangat setiap kali. mereka amalkan dalam kehidupan sampai mati.
tapi sekarang...kuliah buat malam, lepas maghrib. sesuai la dengan keadaan zaman. tapi yang datang...pun dikalangan mereka diusia senja. nak berkaroeke pun dan tak larat. dok kat rumah pun boring gak, datang la ke masjid. tok guru bawa kitab 5 - 6 buah bukan apa, sebab kadang-kadang pendengar sekarang tak nak dengar kalau takde bukti, nak dalil saje. sedangkan anak murid (makmum) jangan kata kitab, pen pun tak bawa. anak-anak muda? rem@&#!
sori la sedara...bukan nak mengata, tapi nak mengingat diri sendiri pun ada. dah penat dah...sambung lain kali la pulak.

0 comments: