- Pakailah pakaian yang sesuai,      kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan      pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar,      serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan.      Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang      menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
 - Pakailah kasut kulit. Elakkan      kasut kain, kasut sukan atau selipar.
 - Rambut anda hendaklah pendek      bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan. 
 - Pastikan anda ada membawa      bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak,      sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika      ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang      dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur.      (Jangan digulung-gulung sijil anda).
 - Tentukan di mana, bila dan      pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit      lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang,      tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan      sekali-kali datang lambat.
 - Apabila dipanggil masuk ke      dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu      sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta      penuh yakin. 
 
Jumaat, 28 November 2008
PADA HARI TEMUDUGA
Created by MarzukiLabels: tips
  Subscribe to:
				
Catat Ulasan (Atom)






0 comments:
Catat Ulasan