Selasa, 14 Oktober 2008

Senyumlah


Senyum melawan propaganda
Hanzalah al-Usaidi ra. (salah seorang jurutulis Nabi) bercerita tentang dirinya sendiri:
"Suatu hari saya bertemu dengan Abu Bakr ra.
"Apa khabarmu, Hanzalah?" tanya Abu Bakr.
"Saya telah melakukan kemunafikan, " jawab Hanzalah.
"SubhanaLLah, Apa yg kamu katakan ini?!"
Hanzalah, menjawab, "Ketika saya tadi sedang bersama RasuluLLah SAW, beliau mengingatkan tentang syurga dan neraka. Sehingga saya (seolah-olah) melihat keduanya (syurga dan neraka) secara langsung. Tapi setelah beranjak dari RasuluLLah SAW dan bermain bersama isteri, anak-anak serta sibuk dengan pekerjaan di rumah, saya jadi lupa apa yang disampaikan beliau."

"Demi Allah, saya pun pernah mengalami hal yang sama!" kata Abu Bakr. Maka saya dan Abu Bakr pun pergi menemui RasuluLLah SAW. Ketika tiba di hadapan beliau, saya segera mengadu, "Wahai RasuluLLah, saya telah melakukan kemunafikan! "
RasuluLLah SAW bertanya, "Kemunafikan apa?""Ketika kami bersama anda,anda mengingatkan tentang syurga dan neraka, sehingga kami seperti melihatnya secara langsung.

Tetapi setelah kami pulang dan bermain bersama isteri, anak-anak serta sibuk dengan pekerjaan di rumah, kami jadi lupa apa yang anda sampaikan."

RasuluLLah SAW lalu menjawab,"Demi zat yang memiliki diriku! Kalau kalian selalu dalam keadaan seperti bersamaku itu, atau selalu dalam dzikir,nescaya malaikat akan terus menemani kalian di atas tempat tidur mahupun di jalanan.

Akan tetapi, wahai Hanzalah, SEGALA SESUATU ADA WAKTUNYA" Beliau mengulangi
"segala sesuatu ada waktunya" sebanyak 3 kali. (HR Muslim dalam Kitab at-Taubah, 2750).

Jika kita bandingkan di antara seorang pendakwah Islam dengan seorang mubaligh Kristian, siapakah di antara mereka yang lebih sinonim di fikiran kita dengan ‘senyuman’? Selalu apabila kita sebut sahaja tentang orang yang ‘membawa’ agama maka akan terlintas di fikiran kita orang yang berwajah serius, bermasam muka serta jarang menyedekahkan senyuman.
Itulah persepsi yang ada dalam masyarakat kita terhadap golongan agama. Ini ditambah lagi dengan propaganda barat yang mengaitkan Islam dengan keganasan, ekstremisme dan sebagainya.

Sebenarnya senyuman adalah di antara jalan yang baik untuk melawan propaganda ini.
Bayangkan sekiranya dalam suatu komuniti golongan pembawa agama ini sentiasa memberikan senyuman kepada orang sekitarnya samaada muslim atau non-muslim.

Sudah tentulah persepsi yang cuba dibina oleh propaganda barat ini tidak akan berhasil.
Senyuman dapat memberi impak yang besar terhadap dakwah.

Senyuman para pendakwah dapat memberi gambaran bahawa Islam adalah agama yang aman, sejahtera, friendly, toleran dan sebagainya yang jauh bertentangan dengan apa yang dipropagandakan oleh media barat.
Kita tidak nafikan memang terdapat waktu-waktu tertentu yang memerlukan kita berwajah serius.

Namun, seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, segala sesuatu ada waktunya. Segala sesuatu ada waktunya. Mungkin setiap kali kita bermasam muka, kita telah menjauhkan orang lain terhadap Islam.
Senyuman adalah suatu ‘proper-ganda’ . Oleh itu, senyumlah selalu! Kerana senyuman itu adalah dakwah!!

0 comments: