Mengumandangkan bacaan al-Quran pada speaker masjid merupakan satu perbuatan yg bukan berasal dari Rasulullah saw maupun salafussoleh. Ttp bolehkah ia dianggap satu bid’ah. Saya katakan penggunaan sepaker masjid sama sahaja dgn penggunaan kaset yg dipasang pada cassette player dan seumpamanya. Apa yg membezakan ialah al-quran yg dibacakan melalui pembesar suara itu akan kedengaran keseluruh pelusuk kampung tidak mengira sama ada org yang terdengar itu memang ingin mendengar atau tidak. Mari kita lihat perkara ini dgn lebih teliti.
Berkata pengarang buku Al-Iqna’ dan syarahnya (Hanabilah) “dan selain adzan sebelum fajar, berupa tasbih, melagukan dan mengeraskan suara dengan doa dan lain-lain yang semacam itu di tempat-tempat adzan, tidaklah termasuk sunnah. Dan tidak seorang pun di antara ulama’ yang mengatakannya sunat, sebaliknya ia termasuk barang bid’ah yang dibenci, kerana tiada dijumpai dimasa nabi saw dan tidak pula dimasa para sahabatnya.
Menurut Abdur ahman al-Jauzi dalam bukunya Talbisu iblis: “dan saya lihat sendiri banyak orang yang berjaga-jaga di atas menara pada waktu malam buat member nasehat dan pengajaran, berzikir dan membaca salah satu surah al-Qur’an dengan suara yang kuat, hingga mengganggu orang tidur dan mengacau bacaan orang yang sedang shalat tahajjud, dan semua itu termasuk barang mungkar. (Fiqh sunnah terjemahan jilid 1, ms 262, penerbit PT Al-Maarif Bandung.)
Seperti yg kita ketahui, hendaklah kita diam mendengar apabila al-quran dibacakan. Ini berdasarkan kpd keumuman ayat al-Quran berikut yg bermaksud:
Dan apabila dibacakan al-Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (QS. 7:204)
Apakah berdasarkan ayat di atas kita mengatakan hukumnya wajib utk kita diam atau mungkin sekadar sunat sahaja. Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata bahawa ayat di atas menyuruh kita mendengar al-Quran, baik suruhan wajib maupun suruhan sunat.
Jika kita melihat asbabul nuzul ayat tersebut kita akan dapati terdapat 6 atsar mengenainya yg bolehlah dibahagikan kpd 2 iaitu berkaitan solat dan juga berkaitan suruhan diam ketika mendengar org membaca di luar solat.
Sheikh Ahmad Kutty(Islam Online) mengatakan bahawa kebanyakan mufassirin mengatakan ayat di atas berkaitan suruhan di dalam solat. Walaupun ayat tersebut diturunkan berkaitan solat, tidaklah ia bermaksud ayat tersebut tidak boleh dijadikan dalil utk perkara di luar solat. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai hal lain dan perkara lain yg lebih penting, maka tidaklah menjadi kesalahan utknya tidak mendiamkan diri. Menurut Imam Ibn Mudhir, perkara ini telah diijma’kan.
Sheikh Mutwalli Asy Sya’rawi mengatakan jika kita ingin melakukan sesuatu dan pada masa yg sama kita ingin mendengar bacaan al-Quran, sebaiknya diasingkan perkara tersebut. Sebagai contoh; sekiranya kita hendak belajar dan mendengar al-Quran dari kaset, asingkanlah perbuatan tersebut kerana keduanya ibadat. Melalui pengasingan ini, maka kita akan mendapat manfaat yg lebih besar dan banyak. Wallahu a’lam
Selasa, 5 Ogos 2008
Berkaitan tasbih sebelum fajar
Created by MarzukiLabels: hukum
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan