Didalam solat berjemaah, adalah menjadi sunnah mengikut pergerakan2 Imam.Seorang makmum tidak boleh mendahului Imam atau melambat2 sesuatu perbuatan. Perbuatan ini menyalahi konsep solat berjemaah. Imam itu dijadikan untuk diikuti pada setiap pergerakkannya, sebagaimana sabda Nabi
Sabda Nabi :-
إنما جعل الإمام ليؤتم به ، فلا تختلفوا عليه ، فإذا كبر فكبروا ، وإذا ركع فاركعوا
"Imam dijadikan untuk diikuti, maka janganlah kamu berbeza dengannya.Apabila dia bertakbir maka hendaklah kamu bertakbir, jika dia ruku'
hendaklah kamu ruku'" [Hadith Muttafaq 'Alaih].
Jika anda ingin melakukan sujud atau ruku' yang agak lama, lakukan didalam solat sunat bersendirian. Disana, berdo'alah sepuashati didalam ruku' anda.
2. kekeliruan berdo'a ketika sujud.
Memang diakui dianjurkan berdo'a bersungguh-sungguh ketika sujud, tapi ia bersifat umum. Jika anda berdoa itu menyebabkan anda tidak patuh kepada Imam (tertinggal), maka lakukanlah sujud yang lama itu bila kita solat sendirian (tahajjud misalnya). Ini kerana Imam solat jama'ah terpaksa melakukan pergerakan yang sesuai untuk kepentingan makmum yang pelbagai ragam
0 comments:
Catat Ulasan