Seorang guru, Cikgu Ezatul Marini (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu Hashim). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu Hashim?”
Lalu Abu Hashim menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.
Cikgu Ezatul Marini dah tak tertahan. Dia bawa Abu Hashim ke pejabat pengetua. Sementara Abu Hashim menunggu di ruang tamu, Cikgu Ezatul Marini terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu Hashim dan jika Abu Hashim gagal menjawab, maka Abu Hashim harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu Hashim dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Ezatul Marini terangkan pada Abu Hashim dan Abu Hashim bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu Hashim: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu Hashim: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu Hashim mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Ezatul Marini dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Ezatul Marini berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu Hashim?”. Pengetua dan Abu Hashim bersetuju.
Cikgu Ezatul Marini: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu Hashim: (berfikir) Kaki
Cikgu Ezatul Marini: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu Hashim: Saku
Cikgu Ezatul Marini: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu Hashim: Kelapa
Cikgu Ezatul Marini: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu Hashim terus menjawab.
Abu Hashim: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Ezatul Marini: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu Hashim terus menjawab.
Abu Hashim: Bersalaman
Cikgu Ezatul Marini: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu Hashim: Baik Cikgu
Cikgu Ezatul Marini: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Ezatul Marini.
Abu Hashim: Khemah
Cikgu Ezatul Marini: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu Hashim: Cincin perkahwinan
Cikgu Ezatul Marini: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Ezatul Marini dan ingin membantah, tapi si Abu Hashim mendahuluinya.
Abu Hashim: Hidung
Cikgu Ezatul Marini: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu Hashim: Anak panah
Cikgu Ezatul Marini: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu Hashim: Okay
Cikgu Ezatul Marini: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu Hashim: Firetruck
Cikgu Ezatul Marini: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu Hashim: Fork
Cikgu Ezatul Marini: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu Hashim: Surname
Cikgu Ezatul Marini: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu Hashim: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu Hashim, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.
P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.
Sabtu, 26 Julai 2008
Soalan Licik, Jawapan Cerdik
Created by MarzukiLabels: Rehat Minda
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan