Sabtu, 26 Julai 2008

Amin dan Megat

MEGAT: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
AMIN: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
--------- :) ---------------
MEGAT: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
AMIN: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
--------- :) ---------------
MEGAT: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
AMIN: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!
--------- :) ---------------
MEGAT: Semalam aku nampak hantu!
AMIN: Uih! kau terkejut tak?
MEGAT: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
AMIN: Mana kau tahu?
MEGAT: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
--------- :) ---------------
MEGAT: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
AMIN: Gula dah habis!
MEGAT: Yang kau pergi campur garam apasal?
AMIN: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
--------- :) ---------------
MEGAT: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
AMIN: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
--------- :) ---------------
MEGAT: Aku ada AIDS? mana ada...
AMIN: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
--------- :) ---------------
MEGAT: Amin, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
AMIN: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
--------- :) ---------------
MEGAT: Dah dua kali perompak yang Megata datang merompak kedai kita.
AMIN: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

0 comments: