Selasa, 1 Julai 2008



Kisah 1

SUATU hari, dalam sebuah bank ternama, duit seringgit telah bertemu duit lima puluh ringgit. Duit seringgit pun bertanya, "Oii... lama tak i mana engkau pergi?"

Duit lima puluh ringgit pun menjawab, "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, naik STAR Cruise, pergi Kota Kinabalu naik Air Asia, Iepak One Utama, tengok konsert AF, Malaysian Idol, pergi Genting, main bowling... tempat macam tulah. Eh, engkau macam mana pulak?"

Duit seringit menjawab perlahan sambil menundukkan kepalanya, "Hmm! biasalah... balik-balik tempat sama... surau, masjid, surau..."


Kisah 2
Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnys

Guru: Kamu ni murid baru, kan?

Murid: Ya, cikgu.

Guru: Nama kamu siapa?

Murid: Man.

Guru: Nama panjang kamu?

Murid: Mannnnnnnnnnnnnnnnnrmnnnnnnrmnnnnnnnnnn... cikgu.


Kisah 3

ADA seorang lelaki bekerja di tingkat 50 Menara KLCC. Tiba-tiba dengar seseorang menjerit, "Omar... Omar!! Isteri engkau telefon, ada kecemasan!!!"

Kerana panik, lelaki tersebut terus meloncat keluar melalui tingkap di tingkat 50 itu. etika badannya menjunam ke tingkat 20, baru lelaki itu teringat bahawa dia tidak ada isteri. Setelah menghampiri tingkat 10, lela­ki itu tersedar pula yang dia sebenarnya belum berkahwin lagi. Dan ketika badannya itu hampir menyentuh tanah.... barulah lelaki itu sedar yang namanya bukanlah Omar!

Kisah 4

Di sebuah klinik, doktor menyuruh seorang lelaki tembam untuk melakukan diet. Kata doktor kepada lelaki tembam itu, "Kalau nak kurus, encik mesti makan tiga keping roti bakar, sebiji pisang atau epal dan segelas air kosong setiap hari."

Lelaki tembam itu bertanya balik, "Baiklah doktor. Tapi itu semua mesti saya makan sebelum atau sesudah makan, doktor?"

Kisah 5

PAGI itu Pak Pandir pergi ke klinik, dia mengadu kepada doktor tentang Mak Andih yang menghadapi masalah pendengaran. Bahasa mudahnya, pekak. : Pandir meminta doktor supaya membantunya mencari jalan bagaimana hendak mengukur tahap kepekakan Mak Andih itu.

Mudahh aja Pak Pandir," kata doktor. "Pak Pandir berdiri 15 meter dari Mak Andih, lepas itu cuba bercakap dengan Mak Andih macam biasa. Tengok, Mak Andih boleh dengar ke tak. Kalau Mak Andih tak dengar, Pak Pandir pergi dekat sikit 12 meter. Tak dengar lagi, Pak Pandir pergi dekat lagi, 10 meter, lapan meter, enam meter... sampai Mak Andih dengar. Dari situ kita boleh ukur tahap pendengaran Mak Andih dan saya boleh beri ubat yang sesuai untuk dia." Balik dari klinik, Pak Pandir nampak Mak Andih sedang petik daun pucuk ubi ditepi dapurnya. "Hmm, bagus jugak kalau aku cuba uji tahap kepekakan bini aku ni, kata Pak Pandir di dalam hati.

Lalu Pak Pandir pun berdiri di bawah pokok pisang yang jaraknya 15 meter dari Mak Andih, dan berkata, "Hai sayang, nak buat ulam pucuk ubi ke?" tiada jawapan, Mak Andih cuma memandang Pak Pandir saja. Pak Pandir mara dua meter lagi, "Hai sayangku, nak masak ulam pucuk ubi ke?" masih tiada jawapan. Pak Pandir melangkah dua meter lagi seperti yang diarahkan doktor, dan bertanya, "Wahai isteriku sayang, nak masak pucuk ubi ke?" di sebabkan masih tiada sebarang jawapan dari Mak Andih, Pak Pandir pun mara dua meter lagi, dan lagi, dan lagi, sampailah tinggal setapak saja jaraknya dengan Mak Andih. Untuk kali ketujuh, Pak Pandir bertanya, "Hai saying, nak masak ulam pucuk ubi ke?" ketika itu barulah Pak Pandir mendengar jawapan Mak Andih, iaitu, "Cik Pandir Oiii, untuk kali ketujuhnya saya nak beritahu awak, BUKAN NAK BUAT ULAM, nak masak LEMAAKKKKK!!!"

0 comments: