الله أكبر الله أكبر الله أكبر
لاإله إلاالله والله أكبر
الله أكبر ولله الحمد
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر كبيرا والحمدلله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
لاإله إلاالله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
لاإله إلاالله وحده، صدق وعده، ونصر عبده،
وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده
لاإله إلاالله والله أكبر
الله أكبر ولله الحمد
Selasa, 16 November 2010
Lafaz Takbil Raya
Created by MarzukiLabels: tips
Isnin, 16 Ogos 2010
Persediaan menghadapi lalilatul qadar
Created by Marzuki
1. Bersedia dengan memperbanyakkan bertahlil kepada Allah dengan lafaz
لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير (100 مرة) -
لما رواه أبو هريرة -رضي الله تعالى عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:"من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير في يوم مئة مرة كان له عدل عشر رقاب، وكتبت له مئة حسنة، ومحيت عنه مئة سيئة، وكانت له حرزاً من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي، ولم يأت أحد بأفضل مما جاء به إلا أحد عمل أكثر من ذلك" أخرجه البخاري في صحيحه
2. Memberi makan orang berbuka puasa kerana:
ما رواه زيد بن خالد الجهني عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- أنه قال:"من فطر صائماً كتب له مثل أجره لا ينقص من أجره شيء - أخرجه ابن حبان في صحيحه
3. Bersiap untuk bersedekah pada malam ini, kerana seringgit yang disedekahkan sama dengan 30.000 ringgit kalau 100 ringgit sama dengan 300 ribu ringgit
4. Ketika azan maghrib, selesai muezzin azan maka kita jawab azannya dengan mendahului ucapan:
وأنا أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمداً عبده ورسوله، رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً، فمن قال ذلك غُفر له ذنبه كما روي عنه صلى الله عليه وسلم مرفوعاً(11) ثم قل: اللهم رب هذه الدعوة التامة... إلخ، أخرجه ابن خزيمة في صحيحه
Sesiapa yang mengucapkan demikian, maka mereka akan mendapat syafaatku di hari kiamat. أخرجه البخاري في صحيحه
5. Sentiasa berzikir dan berdoa dengan kalimah
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
6. Sekiranya kita masih ada kedua ibubapa, dan berdekatan dengan mereka bersamalah dengan mereka untuk berbuka puasa
7. Dalam perjalanan ke masjid sentiasalah berzikir dengan kalimah sayyidil istighfar
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، أبوء لك بنعمتك علي، وأبوء بذنبي فاغفر لي إنه لا يغفر الذنوب إلا أنت.
قال صلى الله عليه وسلم:"من قاله فمات من يومه أو ليلته دخل الجنة" أخرجه البخاري في صحيحه
oleh Marzuki Bin Sepiaail
Labels: tips
Selasa, 27 Julai 2010
Adab dan Aturan Menuntut Ilmu
Created by Marzuki1. Mendahulukan pembersihan jiwa
2. Mengurangi keterikatan dengan dunia
3. Tidak bersikap sombong kepada orang yang berilmu
4. Mengelakkan perselisihan, dahulukan jalan terpuji kemudian baru mendengarkan pendapat
5. Tidak meninggalkan cabang ilmu, kecuali tiada kesempatan. Kalau demikian haruslah menekuni ilmu yang paling penting antaranya
6. Tidak menekuni semua ilmu sekaligus, mulakan dengan yang paling penting seperti makrifatullah.
7. Kuasai satu2 ilmu sebelum masuk pada cabang ilmu lainnya
8. Hendaklah mengetahui factor penyebab yang dengannya ia mampu mengetahui ilmu yang paling mulia. Contoh ilmu agama penyebab kehidupan abadi, sedangkan ilmu keduniaan penyebab kehidupan fana.
9. Tujuan belajar adalah untuk mencantikkan dalamannya, mendekatkan diri kepada Allah bukan kerana pangkat dan kebendaan.
10. Mengetahui kaitan ilmu dengan tujuan, supaya mengutamakan yang lebih tinggi dan dekat dari yang rendah dan jauh dan yang penting dari yang lainnya.
Labels: tips
Ahad, 3 Mei 2009
posisi tidur menurut islam dan sains
Created by MarzukiDiriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan:
Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah,
dipetik dari: http://epondok.wordpress.com/2009/03/29/posisi-tidur-menurut-islam-dan-sains/
Labels: tips
Isnin, 6 April 2009
Air ubat gout
Created by MarzukiOleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro. com.my
SELAIN makan ubat, antara nasihat wajib yang dipesan setiap hari kepada pesakit gout di hospital ialah minum banyak air. Soalnya, banyak mana kerana bagi pesakit gout tua, empat lima cawan air sehari juga dianggap banyak. Sebenarnya jumlah yang diperlu diminum ialah dua hingga tiga liter sehari.
Jika ada yang tidak dapat bayangkan banyak mana, tiga liter bersamaan dengan dua botol besar air mineral. Banyaknya! Perlukah minum sebanyak itu? Tidakkah nanti asyik berulang ke tandas untuk buang air kecil?
Sebenarnya memang itulah tujuannya — supaya air kencing pesakit sentiasa dalam keadaan cair. Kerap berulang ke tandas dianggap baik kerana ia menandakan lebih banyak garam dibuang daripada badan.
Gout adalah penyakit yang disebabkan pengumpulan asid urik dalam badan. Asid urik yang terbentuk dalam darah adalah hasil pemecahan pelbagai proses kimia.
Biasanya darah dibersihkan melalui proses penapisan di dalam buang pinggang dan asid urik kemudian dibuang melalui air kencing.
Bagaimanapun, badan pesakit gout tidak dapat menyingkir asid urik secukupnya dan parasnya di dalam darah meningkat. Asid ini mendap di sendi yang boleh menyebabkan keradangan akut pada sendi berkenaan. Keadaan ini dipanggil gout artritis akut.
Malah, individu yang ada penyakit buah pinggang juga mengalami masalah paras asid urik yang tinggi dalam darah. Ini sebabnya pesakit disuruh minum banyak air kerana lebih kerap mereka buang air kecil, bermakna lebih banyak asid urik dikeluarkan daripada badan.
Sebenarnya, gout adalah penyakit kuno yang diketahui dengan terperinci pada abad kelima Sebelum Masihi, tetapi hingga kini ia masih menjadi antara masalah besar di kalangan pesakit kerana menyebabkan kesakitan dan membataskan pergerakan seseorang.
Namun masih ramai tidak menganggapnya sebagai masalah besar berbanding penyakit lain, walaupun gout terbukti boleh menjejaskan kualiti dan tahap kesihatan seseorang, kata Perunding Reumatologi Hospital Putrajaya, Dr Heselynn Hussein.
Secara umumnya, satu peratus penduduk dunia menghidap gout; jumlah hampir sama dengan pesakit reumatoid artritis. Di Amerika Syarikat, jumlah pesakit gout berumur 65 tahun ke atas yang mendapatkan rawatan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
Meskipun tiada data rasmi insiden gout di Malaysia, senarionya mungkin tidak banyak berbeza kerana kebanyakan pesakit tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu diri sendiri. Ini kerana hampir 50 peratus pesakit gagal mengambil ubat mengikut jadual, terutama dalam tempoh enam bulan rawatan.
Gout antara bentuk artritis yang lazim menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan secara tiba-tiba pada sendi, terutama sendi yang besar. Biasanya serangan gout hanya membabitkan satu sendi pada satu-satu masa.
Biasanya asid urik (juga dipanggil garam urat) mendap di sendi ibu jari kaki, tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Walaupun gout dianggap penyakit keturunan, ramai pesakit tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit ini dan 90 peratus kes membabitkan pesakit lelaki. Kebanyakan pesakit gout mempunyai kadar asid urik tinggi dan keadaan ini dipanggil hiperurisemia.
Hiperurisemia berlaku apabila buah pinggang gagal menyingkir asid urik secukupnya atau jika badan menghasilkan terlalu banyak bahan ini. Kedua-dua masalah inilah yang selalunya diwarisi anak.
Labels: tips
Serangan
Created by MarzukiSerangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.
Serangan gout berlaku secara mengejut dan cepat; tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi yang terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa menambah kesakitan.
“Biasanya, serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku. Serangan boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.
“Dianggarkan 60 peratus pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78 peratus mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya tujuh peratus pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.
“Jika tidak diberi rawatan dan penjagaan, serangan gout menjadi lebih kerap, lebih lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Serangan gout yang terlalu kerap adalah bahaya kerana boleh merosakkan sendi. Sama seperti kesan artritis lain, kerosakan sendi akibat gout tidak boleh dipulihkan dan menyebabkan seseorang pesakit menjadi cacat,” katanya pada pelancaran buku Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Gout anjuran Persatuan Reumatologi Malaysia dan Akademi Perubatan Malaysia.
Dulu gout dianggap penyakit orang kaya yang disebabkan pemakanan. Meskipun ia terbukti tidak benar, makanan dan minuman boleh menjadi pencetus serangan, terutama jika seseorang itu mengambil terlalu banyak minum minuman beralkohol dan mengambil makanan yang kaya kandungan purin.
Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti:
Terlalu banyak minum minuman keras
Terlalu banyak makan, terutama makanan yang kaya purin
Kecederaan kecil pada sendi
Tidak cukup minum air
Badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat
Mengamalkan diet melampau
Berpuasa (contohnya sebelum pembedahan)
Pengalaman setiap pesakit mungkin berbeza, tetapi gejala yang biasa dilaporkan ialah:
Kesakitan secara tiba-tiba pada sendi yang selalunya membuatkan seseorang terjaga daripada tidur
Sendi bengkak dan terasa panas
Sendi menjadi merah dan nampak lebam
Pembentukan ‘tophi’ iaitu bintil atau ketulan di bawah kulit dan berhampiran sendi yang berisi kristal asid urik. Bintil tophi ini biasanya muncul pada pesakit yang lama menghidap gout. Ia boleh muncul di siku, jari, buku lali atau cuping telinga. Pada sesetengah pesakit, asid urik berlebihan ini berkumpul di dalam buah pinggang dan membentuk batu karang yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang
Malah, gout pada pesakit yang berumur adalah berbeza dengan pesakit muda seperti:
Gout pada pesakit berumur membabitkan banyak sendi
Lebih banyak wanita berumur mengalami gout
Gout berlaku pada sendi kecil pada pesakit tua
Pesakit tua yang mendapat gout ketika umur muda lebih mudah mengalami bintil tophi
Ada kaitan antara gout dengan ubat diuretik dan penyakit buah pinggang
Diagnosis gout
Perunding Reumatologi Hospital Pakar Al-Islam, Dr Mohd Shahdan Mohd Shahid, berkata gout boleh meniru gejala reumatoid artritis. Walaupun kebanyakan pesakit mengalami hiperurisemia, bukan semua orang yang tinggi kandungan asid urik dalam darah boleh dianggap menghidap gout.
Tanda paling jelas ialah serangan atau kesakitan sendi ibu jari kaki, tetapi pada masa sama doktor masih perlu menjalankan pemeriksaan lain untuk mengesahkannya.
Ini termasuk ukuran kandungan asid urik melalui ujian darah. Paras asid urik biasanya meningkat ketika serangan, tetapi sesetengah kes asid ini ada pada tahap normal. Kadangkala ujian cecair sendi perlu dilakukan untuk melihat kehadiran kristal asid urik.
Labels: tips
Rawatan
Created by MarzukiDr Mohd Shahdan berkata, gout mudah dikawal jika pesakit mematuhi program rawatan yang sesuai untuknya. Oleh kerana kebanyakan pesakit adalah golongan berumur, pesakit yang dirujukkan kepada pakar reumatologi biasanya juga menghidap penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, sindrom metabolik dan sakit buah pinggang.
Kebanyakan rawatan ditumpukan kepada kawalan penyakit berkenaan dan mengabaikan masalah gout yang dihadapi. Akibatnya apabila gout menyerang, pesakit mungkin terpaksa dimasukkan ke hospital atau terlantar di rumah kerana tidak boleh berjalan.
Selain itu, masalah kegemukan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita, termasuk pesakit gout, hanya memburukkan keadaan. Pada masa sama, pesakit perlu lebih bertanggungjawab dalam menguruskan penyakit dengan mengambil ubat mengikut arahan doktor.
Memang payah jika setiap hari perlu menelan pelbagai jenis ubat, tetapi inilah hakikat yang perlu diterima untuk menghalang serangan berulang.
Secara umumnya rawatan gout boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
a. Serangan akut
Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID) biasanya diberi bagi mengawal kesakitan dan bengkak. Ia diberi untuk jangka pendek dan berkesan mengurangkan gejala dalam masa dua hari. Ia perlu diambil secepat mungkin sebaik mengalami serangan. Bagaimanapun, pesakit gout yang juga mempunyai penyakit lain seperti sakit jantung, ulser peptik, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang perlu memberitahu doktor mengenai penyakit mereka dan ubat lain yang diambil bagi mengelak masalah lain.
Kolcisin juga boleh diberi kepada pesakit gout. Ia digunakan sejak 1,500 tahun lalu untuk merawat keradangan sendi akibat gout.
Kortikosteroid. Biasanya diberi melalui suntikan ke dalam sendi yang alami kerangan untuk mengawal serangan akut.
Perlu diketahui, ubat yang disenaraikan di atas tidak mengubah paras asid urik pesakit. Ia hanya untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan, tetapi tidak dapat menghalang pemendapan asid urik pada sendi.
Doktor mungkin memberi ubat seperti pil allupurinol bagi merendahkan tahap asid urik yang perlu diambil setiap hari sepanjang hayat; tidak kira walaupun anda tidak lagi mengalami serangan gout. Ini adalah ubat untuk mencegah pemendapan asid urik dan mengelak serangan.
b. Rawatan jangka panjang
Menurut Perunding Reumatologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Chow Sook Khuan, rawatan jangka panjang penting untuk menghentikan faktor yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah. Antara kaedah yang perlu dilakukan ialah:
Mengawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik
Elak minum minuman beralkohol secara berlebihan. Had dibenarkan ialah segelas wain sehari atau setin bir. Jika lebih, ia meningkatkan paras asid urik dalam darah
Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali
Kawal makan. Walaupun ada ubat yang berkesan, kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan. Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik (rujuk Jadual A). Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.
Pembedahan
Dr Chow berkata, pembedahan hanya dilakukan jika:
Bintil tophi menjadi sangat teruk sehingga merosakkan sendi
Tophi menyebabkan sendi terbabit hilang fungsi dan pesakit mengalami kesakitan teruk
Tophi menyebabkan gejala tekanan seperti Sindrom Terowong Karpal (pada pergelangan tangan)
Untuk tujuan kosmetik, contohnya di cuping telinga
“Memang ramai pesakit mahukan pembedahan untuk tujuan kosmetik. Malah, sesetengah pakar perubatan yang tidak faham mengenai penyakit ini mencadangkan pembedahan bagi membuang tophi. Bagaimanapun secara peribadi, saya tidak menggalakkan pembedahan bagi tujuan kosmetik kerana pembedahan tidak boleh membuang semua kristal pada sendi.
“Namun paling penting ialah luka pembedahan ini mengambil masa lama iaitu antara tiga hingga empat bulan untuk sembuh. Malah ada luka tidak bercantum dan kristal asid atau tophi berwarna keputihan seperti kapur tetap kelihatan selepas sembuh.
“Sekarang ada ubat boleh menghilangkan tophi, tetapi ia mengambil masa lama. Tophi sebesar bola pingpong mengambil masa empat tahun untuk hilang sepenuhnya, tetapi kesannya lebih baik berbanding pembedahan. Yang penting ialah pesakit perlu sabar menjalani rawatan,” katanya.
Labels: tips
Jumaat, 20 Februari 2009
Tips on Public Speaking
Created by Marzuki“If you can’t write your message in a sentence, you can’t say it in an hour.” - Dianna BooherHere are some important public speaking tips to help you develop your skills and become far more effective as a public speaker.
* Ensure your speech will be captivating to your audience as well as worth their time and attention. Videotape your presentation and analyze it. Emphasize your strong points during your presentation.
* Present the desired image to your audience. Be solemn if your topic is serious. Appear relaxed, even if you feel nervous. Remember, you don’t look as nervous as you feel.
* Establish rapport with your audience. If a microphone is available, adjust and adapt your voice accordingly.
* Maintain sincere eye contact with your audience. If what you have prepared is obviously not getting across to your audience, change your strategy mid-stream if you are well prepared to do so.
* Allow yourself and your audience a little time to reflect and think.
* Check out the location ahead of time to ensure seating arrangements for audience, whiteboard, blackboard, lighting, location of projection screen, sound system, etc. are suitable for your presentation.
* Tell audience ahead of time that you will be giving out an outline of your presentation so that they will not waste time taking unnecessary notes during your presentation.
* Humour : Tell jokes if you’re good at telling jokes. If you aren’t good, it is best to leave the jokes behind. There’s nothing worse than a punch line that has no punch.
* Tell stories : Stories make you a real person not just a deliverer of information. Use personal experiences to bring your material to life. No matter how dry your material is, you can always find a way to humanise it. Keep audience interested throughout your entire presentation. Remember that an interesting speech makes time fly, but a boring speech is always too long to endure even if the presentation time is the same.
* Using Public Speaking Environment - Try not to get stuck in one place. Use all the space that’s available to you. If your space is confined (say a meeting room or even presenting at a table) use stronger body language to convey your message.
* Mistakes - Mistakes are all right. Recovering from mistakes makes you appear more human. Good recovery puts your audience at ease - they identify with you more.
Labels: tips
How to Be Prepared for Impromptu Speaking
Created by Marzuki
On occasion we find ourselves in situations where we must speak extemporaneously. It could be a business meeting, a gathering, or an issue of importance to us personally at the city council level. There are ways to be prepared for such moments.
Things You Will Need:
* Practiced Articulation
* Anger Control
* Knowledge of the Subject
* Self-confidence
Step 1:
Practice articulation daily - When speaking, enunciate so you can be understood. Avoid mumbling and using extra words or pauses like er and ah. If you have a fondness for four letter words, try to eliminate them from your daily speech. This builds your confidence in your ability to speak in a proper manner.
Step 2:
Practice speaking calmly and knowledgeably about a topic - In your daily life, practice keeping calm when people press your hot buttons. The more you practice at home and at work, the better you will become at anger control. When someone hits your hot button, take a deep breath or two before you respond. You may also need to give yourself a slow count of three before your respond. Deep breathing gives oxygen to your brain and is a quick release for rising anger.
Step 3:
Be Prepared and keep Learning - When you put yourself in a situation of a group at a gathering, at work or at a meeting, you should prepare so you will be able to address the subject at hand intelligently. This means putting a little study into your life. As long as we live we should be learning. This is an opportunity to learn whether or not you are called on to speak. When uncomfortable, you can always state that you do not have enough information on this subject to speak knowledgeably.
Step 4:
Exude self-confidence - Self-confidence comes from preparation and knowing you are able to meet the challenge of speaking on a particular subject.
Worst comes to Worst learn to gracefully decline. If you are not prepared, there is no shame in turning the floor over to someone else who is prepared. Of course, if you were asked in advance to speak, then this is not extemporaneous and you should meet your obligation.
Labels: tips
Sabtu, 14 Februari 2009
7 kesilapan BERDIET kekeliruan melakukannya
Created by MarzukiPernahkah anda merasa telah berjuang melakukan diet tetapi berat badan masih tidak turun-turun? Bukan hanya anda seorang yang mengalaminya tetapi turut dilakukan oleh orana lain. Hal ini disebabkan kerana adanya kesalahan yang seringkali tanpa disedari berlaku di sepanjang tempoh Derdiet. Berikut adalah dl antara kesalahan yang sering dilakukan:
1 Kesilapan Berdiet 'Crash diet'
'No fat diet, no carbs diet, high protein diet". Diet-diet ini tidak seimbang dan membahayakan fungsi tubuh. Lemak mempunyai fungsi penting dalam tubuh kita, membantu penyerapan vitamin A, D, E, K. Apabila ia tidak langsung diambii maka tubuh akan kekurangan vitamin-vitamin yang diperlukan dan boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius. Tidak mengambil karbohidrat juga sangat berbahaya kerana tubuh kita memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama. Otak kita juga memerlukannya. Diet sebenar yang disarankan adalah yang seimbang, bukan yang mengharamkan salah satu jenis nutrisi yang ada.
2 Menetapkan'cheat day'
Kebanyakan orang yang berdiet seringkali menetapkan satu hari untuk 'cheat day' atau 'makan bebas', dan kebiasaanya pada hari minggu. Menetapkan 'cheat day' khusus seperti ini dianggap seperti memberikan 'reward' atau hadiah setelah anda berhasil melepasi enam hari sebelumnya dengan diet yang ketat. Diet sebenamya adalah 'lifestyle', jadi dengan memberikan 'cheat day', anda akan memprogramkan otak anda bahawa enam hari sebelumnya adalah 'hari penuh sengsara'. Anda tidak perlu melakukan semua itu kerana jika pola ini diteruskan, lama kelamaan ia akan membuat anda penat untuk berdiet dan akhirnya melepaskan pola diet yang dijalankan selama ini. Anggaplah diet anda adalah sebuah gaya hidup, bukan tuntutan atau tekanan dari sesiapapun.
3 Makan hanya sehari sekali
Makan banyak boleh menambahkan berat badan manakala makan lebih sedikit akan menurunkan berat badan anda. Oleh sebab itu ramai yang menahan rasa lapar atau tidak makan langsung untuk menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, berlapar hanya akan menyebabkan metabolisme tubuh menurun, yang seterusnya melambatkan proses pembakaran lemak. Semua itu menurunkan tenaga seharian anda dan seterusnya menyebabkan anda berasa lemah atau kurang cergas.
Lapar juga pertanda perut anda kosong dan gula darah sudah menipis sedangkan otak amat memerlukannya. Apabila diteruskan, anda akan mula berasa pening. Hal ini juga sama kesnya dengan orang-orang yang makan hanya sehari sekali atau dua kali dengan niat ingin kurus. Sebaik-baiknya anda perlu makan antara 5 hingga 6 kali sehari di mana tiga kali makanan 'biasa' dan tiga kali lagi snek untuk mendorong metabolisme tubuh supaya tetap meningkat.
4. Pengambilan kalori terlaiu rendah
Untuk wanita, tubuh memeriukan sekitar 2000 kalori setiap harinya, sedangkan lelaki memerlukan sekitar 2500 kalori sehari. Apabila kalori yang masuk dibatasi kepada 1000 kalori atau kurang dari itu maka ia akan menyebabkan rendahnya metabolisme tubuh dan boleh menyebabkan anemia.
5.Hanya menumpukan pada pemakanan semata-mata
Mengapa?. Walhal olahraga dapat meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu proses pembakaran lemak dan kalori, berat badan pun akan lebih cepat turun. Jika susah sangat untuk berolahraga, mari kita ganti dengan gaya hidup aktif. Contohnya meletakkan kereta jauh dari pintu masuk pusat membeli belah untuk membolehkan anda berjalan kaki lebih lama dan lebih jauh.
6. Tidak minum susu
Meminum susu setiap hari tetap diutamakan, terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana ia membantu menguatkan tulang dan melengkapkan zat tubuh.
7 Tidak makan setelah berolahraga
Makan setelah berolahraga ini adalah makan terpenting untuk tubuh. Adalah disarankan meminum protein dan karbohidrat paling lewat 15 minit setelah latihan dan makan seperti biasa 1 jam setelah latihan untuk memperbaiki tubuh setelah berolahraga
Labels: tips
Khamis, 5 Februari 2009
menangani stress
Created by Marzuki
Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif. Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan. Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang Anda kesali seumur hidup. Cemana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat Anda tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.
Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada something yang kita puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri. Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita 'immune' dari stress.
Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari. Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan
Labels: tips
Jumaat, 28 November 2008
PERSEDIAAN UNTUK TEMUDUGA
Created by MarzukiCalon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga. Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:
1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:
- Kaunselor.
- Guru-guru kaunseling.
- Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.
- Buku-buku ‘Occupational Outlook Handbook’ dan ‘Dictionary of Occupational Tittles’ yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.
- Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di Perpustakaan Maktab.
- Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
- Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.
- Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.
- Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah semata-mata bergantung pada nasib dan ‘angan-angan’ sahaja.
3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.
4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).
Labels: tips
PADA HARI TEMUDUGA
Created by Marzuki- Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
- Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
- Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
- Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
- Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
- Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.
Labels: tips
TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA
Created by Marzuki- Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
- Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
- Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
- Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
- Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
- Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
- Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
- Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
- Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
- Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
- Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
- Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
- Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
- Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.
- Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
- Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
- Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
- Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
- Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
- Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
- Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu
Labels: tips
CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA
Created by Marzuki- Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
- Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
- Cerita sedikit tentang diri anda.
- Apakah yang dapat memotivasikan anda?
- Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
- Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
- Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
- Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
- Apakah kelemahan-kelemahan anda?
- Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
- Mengapakah patut kami memilih anda?
- Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
- Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
- Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
- Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
- Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
- Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
- Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
- Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
- Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
- Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
- Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
- Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
- Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
- Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
- Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
- Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
- Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
- Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
- Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
Labels: tips
Ahad, 3 Ogos 2008
Bananas
Created by Marzuki
This is interesting. After Reading this, you'll never look at a banana in the same way again.
Bananas . Containing three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber, a banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.
Depression : According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.
PMS : Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.
Anemia : High in iron, bananas can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.
Blood Pressure : This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it the perfect to beat blood pressure.
So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke
Brain Power : 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.
Constipation : High in fiber, including bananas in the diet can help
restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.
Hangovers : One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels,while the milk soothes and re-hydrates your system.
Heartburn : Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.
Morning Sickness : Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.
Mosquito bites : Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation
Labels: tips
Jumaat, 18 Julai 2008
Uri
Created by MarzukiUri atau placenta adalah tisu yang melekat pada rahim ibu dan disambung ke badan bayi melalui tali pusat. Uri dikeluarkan selepas bayi dilahirkan dan masyarakat melayu Islam menanam uri-uri ini kebiasaannya di hadapan rumah. Kalau tanam jauh-jauh dikhuatiri akan mendapat jodoh daripada orang jauh juga. Terdapat kepercayaan bahawa uri kepada anak perempuan baru lahir di tanam bersama senduk dan sudu menyebabkan anak perempuan itu nanti pandai memasak. Saya pernah bertanya kepada mak saya berkenaan dengan uri saya dahulu, dia kata uri saya ditanam dengan buku dan pensel... tu
sebab saya jadi doktor.. hehehe...
Secara logiknya, dengan cara ini uri yang bersih boleh mengurangkan bau hanyir darah dan garam boleh mengurangkan bakteria sekaligus mengurangkan juga bau busuk. Ini boleh menghindarkan anjing-anjing dan binatang buas daripada mengorek dan mendekati kawasan uri yang baru ditanam. Paku dan barang tajam di sekeliling uri juga boleh menyebabkan anjing dan binatang buas hilang selera.
Labels: tips
Isnin, 14 Julai 2008
8 Tips to Take Control of Your Weight
Created by Marzuki
Anyone who is overweight will testify that losing weight is not as easy as it seems. The people that are lean, or have gone from fat to skinny will say it’s just a matter of motivation and elbow grease. Although it is not as simple as that. Our environments have waged war on us. Their weapons are sedentary lives and trans fats of mass destruction. All is not lost though, here are some quick simple tips to get ahead!
- Substitute Water. Our bodies are about 65-70% water. It follows that water would be not only essential, but the best possibly choice of liquids to ingest. In fact, our bodies will sometimes simulate a hunger response, when in reality the body is craving hydration. When hungry, drink a glass or two of water to check if it suppresses your hunger.
- Chew Your Food. Chewing our food very slowly and deliberately has several benefits that are often overlooked. It gives us the ability to relax, and enjoy our meal. Slow chewing is the first, and highly important, step in a complex system of digestion. Besides, if we eat slowly, we might feel full before finishing the whole meal, and can leave the rest for the next meal.
- Exercise daily. How silly of me to include something as obvious as exercise. I did a 30 day trial with waking up, and walking for 30 minutes first thing in the morning. My journal records that I was feeling amazing during the period of time that I was following this habit.
- Publicize your intentions. Start a blog, join a forum, and have other people keep you accountable to help. Tell other people your plan, it would help you get the motivation to go with it!
- Create a food schedule. Plan your day so that you’re eating at approximately the same time each day. This scheduling will incorporate itself into your circadian rhythm, and aid in digestion.
- Do not over eat. Know your limit and stop eating when you are full. I have often been a victim of wanting to finish a meal so that it doesn’t go to waste. This has left me with many a stomach ache. Next time, doggy bag it for later, and don’t hurt yourself!
- Choose your snacks wisely. Put down the Lays® and cheese puffs. Pick up the apple and baby carrots. Make the right decision, I know you can do it.
- Lifestyle. Remember, it’s not about special diets, or special exercise programs. The real secret is in turning your health into a lifestyle, and focusing on this healthy lifestyle with every choice you make.
Labels: tips







