Memaparkan catatan dengan label isu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu. Papar semua catatan

Rabu, 12 Oktober 2011

Pesta Hedonisme Semasa Konvokesyen

gambar sekadar hiasan

Kita seakan-akan terikut dengan trend setiap kali ada pesta konvokesyen, maka kita seolah-olah terlalu seronok untuk bergembira. Sehingga macam-macam program yang berbentuk keseronokan cuba kita ciptakan. Ada dalam bentuk tarian, nyanyian, pertandingan dan sebagainya lagi. Tabiat ini kemudiannya menjadi satu budaya atau trend yang terus diamalkan dan sekiranya sekali tidak dilakukan orang akan bersungut pelik, “aik! Kenapa takde pertandingan muzik dikalangan pelajar? “ “eh,eh….takde persembahan tarian la tahun ni? “lembab la pesta konvo tahun ni, dsb…


Persoalan yang perlu di bincangkan??? Perlukah setiap kali menyambut kejayaan perlu ada sambutan yang bersifat hedonisme? Kenapa tidak ada usaha atau inovasi dari pihat terlibat untuk merintis satu usaha yang lebih menunjukkan keintelektualan dan majlis yang bersifat keilmuan sesuai dengan sambutan konvokesyen. Paling tidak pun, kenapa tidak dipersembahkan bakat-bakat peserta ko-kurikulum seperti peserta taekwando, silat, ataupun majlis yang tidak bercanggah dengan syari’at Islam dan pernah menempah nama dalam sebarang pertandingan yang disertai. Rasanya mereka akan cukup bangga untuk mempersembahkan bakat yang mereka ada apalagi pada hari perpisahan dengan abang kakak mereka. Atau paling tidak pun, bukankah lebih bangga pihak ibu bapa sekiranya pada hari tersebut, dipersembahkan hasil kerja anak mereka selama mereka belajar? Nampak la juga kaitannya konvo dan pesta konvo. Tapi kalau persembahan nyanyian,…. apalagi pertandingan nyanyian dan muzik, tak nampak langsung kaitan yang boleh dibanggakan.


gambar sekadar hiasan


gambar sekadar hiasan


Perlu di ingatkan, kebiasaan yang kita lakukan kini sebenarnya akan menjadi satu adat yang tidak mampu kita pisahkan. Yang mana akhirnya objektif sambutan konvokesyen seperti meraikan kejayaan para graduan yang telah menjalani dan seterusnya menamatkan pengajian bertukar menjadi satu pesta yang hanya menyumbang kearah perkara-perkara yang batil dan amat jauh dari matlamat sebenar sambutan konvokesyen.

Sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun”

Dalam kategori mana nak diletakkan pertandingan nyanyian, tarian dan sebagainya itu? Dalam kategori sunnah yang baik atau sunnah yang jahat? Bukan apa, takut nanti kalau termasuk dalam sunnah yang jahat, kemudian dijadikan budaya oleh orang lain selepas kita, dan selepas mereka seterusnya, bukankah kita akan terus menerus mendapat dosa percuma. Padahal pada waktu itu mungkin kita telah pun bertaubat.

Cukup-cukup laa dengan program hiburan yang dah ada kat luar sana, tak sunyi pelajar dengan hiburan sebenarnya. Tak perlu la kita ikut sama merancang program hiburan kepada mereka. Selalu saya katakan, “nasi tu hukumnya halal, tapi kalau dah termuntah-muntah masih suap juga boleh jadi haram”. Begitulah perumpamaan hiburan, bukanlah saya maksudkan hiburan itu haram, kena cara dan aturannya ia tetap halal, tapi kalau dah berlebihan dan tidak sesuai dengan program boleh jadi haram juga.



maaf....sekadar nasihat!

Rabu, 13 April 2011

Binaan Di Atas Kubur


Persoalan: bolehkah membina di atas kubur satu binaan dari kerikil, batu atau simen?


berdasarkan sebuah hadits yang diriayatkan oleh Jabir Bin Abdullah Al-Ansori, beliu berkata:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه رواه مسلم في صحيحه

Maksudya:
Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya” (atau menambah2 ketinggiannya), (atau menulis keatasnya) [hadith dikeluarkan oleh Muslim 3/62.




PANDANGAN FUQAHA’ SYAFIEYYAH :
Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab jenazah):
1) IMAM SYAFIE :

ورأيت من الولاة (بمكة من يهدم ما يبنى فيها ولم أر فقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس


Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”Katanya lagi:


فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهم أو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمه لئلا يحجر على الناس


Ertinya:Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.
2) Ibnu Hajar Haitami
Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):


ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم


Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

Rujukan : AZH

Imam al-Nawawi rh. berkata :

“Makruh mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur. Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah) maka hendaklah dimusnahkan”. (Minhaj al-Thalibin, ms 360)

Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian…. Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].

Beliau berpendapat bahawa binaan tersebut jika berlaku diperkuburan awam, maka hukum membinanya adalah haram, dan jika ia berada ditanah persendirian, maka hukumnya cuma makruh sahaja.rujukan: KSJA




untuk lebih jelas boleh rujuk: Fiqh Sunnah



Perlu di ingat, tanah perkuburan adalah kawasan yang mengingatkan kita sebagai manusia bahawa ia akan menjadi tempat persinggahan kita sebelum hari kebangkitan iaitu di Padang Mahsyar. Sewajarnya ia akan mendatangkan keinsafan untuk lebih taat akan perintah Allah dan tunduk akan kekuasaannya.

Membersih dan menghias kawasan kubur diharuskan supaya kelihatan bersih dan kemas. Bagaimanapun, jangan sampai berlebih-lebihan atau bermegah dan mengganggu hak orang lain kerana tanah perkuburan adalah hak orang ramai. Rujukan: KOSMO

Selasa, 29 Disember 2009

terkenang semasa dulu (mengepek sikik)


Kadang bila melihat suasana semasa dalam kehidupan kita sehari-hari terasa seolah-olah Islam semakin hari semakin jauh meninggalkan kita, walaupun dari segi lain kita melihat Islam sebenarnya semakin bercahaya di bumi tercinta ini, ye lah...dibandingkan kehidupan dahulu! kalau dulu menutup aurat jarang dikalangan muslimat atau wanita yang menutup aurat, khususnya rambut la. qari'ah (pembaca qur'an) pun pakai tudung separuh je, disekolah pakai skirt, lelaki pulak pakai seluar pendek, bukan masa sekolah rendah je, tapi dah tingkatan 5. hehee! lucu pulak terkenang abang-abang masa tu. tapi masa tu nak jumpa kes zina ke, kes khalwat ke dan kes yang tak senonoh ni agak susah la. kalaupun ada didapati tertangkap kes sumbang tu riuh rendah satu kampung pakat-pakat kutuk pelaku kesalahan tu. masyarakat cukup kuat mempertahankan adat dan agama, walaupun ilmu tiada di dada. dulu...ustaz usatazah pun lulusan sekolah agama je, dah jadi tok guru. masyarakat kampung cukup hormat, pendek kata kalau ustaz ambik calon pun boleh menang la. kalau kenduri ustaz dulu yang akan merasa. kepala kamping disediakan khusus untuk ustaz.
sekarang...ramai dikalangan muda-mudi dah mula menutup aurat, tapi tutup kepala je, ramainya anggota badan masyaallah...sendat, takpun nipis sesangat, kadang walaupun berbaju kurung lagi menggairahkan peminatnya, nak buat macamana, trend! dari kecil dah di didik diperingkat sekolah. bermula sekolah tadika lepas tu masuk pra sekolah, kemudian sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, lepas tu masuk kolej, atau masuk U, dan macam-macam pengajian. tapi...satu lagi kes khalwat? ada ke kes khalwat sekarang? masyarakat sudah tidak menganggap berdua-duaan sebagai suatu kesalahan. berbonceng motor dari pagi sampai malam, siap bertandang kerumah, pun...ibu bapa tak berani nak menegur sapa. mungkin sebab takut anak marah, atau sebab tak tahu itu salah, atau memang teruja bila anak dara dapat pakwe? bangga! anak jiran sebelah tak laku-laku, anak aku ntah berapa ramai laki boleh sapu. bila dah kena rogol beramai-ramai dan dah ditangkap media baru nak buat laporan polis, nasib baik bawah umur, boleh caj rogol, walhal suka sama suka. dalam akhbar sekarang pun macam trend pulak berita rogol ni. rogol beramai-ramai kes-kes zina semakin berlambak, dalam satu kampung boleh dikatakan ada saje anak luar nikah. hari ni kawin sebulan kemudian dah bersalin. lepas tu bercerai pulak. adoiii...apa nak jadi dunia ni ye.
ustaz-ustazah bukan sedikit, pulak tu bukan lepasan sekolah agama je, master, phd, paling koman pun ada ijazah dalam bidang agama, syari'ah, ushuluddin, dakwah, dengan pelbagai jurusan atau jabatan yang lebih spesifik, tapi...surau kosong, yang naik jadi imam orang-orang tua yang bacaannya pun dah tak berapa betul, masjid yang jadi imam pun dikalangan orang-orang dulu jugak. dah tu ustaz yang ramai-ramai tu buat ape? sibuk....nak buat MLM, main saham, buat kontrak sibuk pulak tender kontrak, buat konsultan, minat mancing...hehehe, ada sorang kawan ni, ustaz la jugak, tengah-tengah bagi kuliah dapat call dari member ajak mancing terus tutup kitab, tangguh dengan tasbih kafarah and belah. terkebil makmum yang dok tengah syok dengar kuliah sambil tunggu isyak. maaf la ustaz, bukan semua lagu tu. ramai yang baik pun dan ramai juga yang berjuang bermati-matian menegakkan agama tercinta ini.

masyarakat suatu masa dulu hidup kalau bab-bab hantu, jin, iblis dan yang sewaktu dengannya ni memang dah jadi lumrah kehidupan, sebulan sekali ada le terdengar jeritan histeria dari rumah jiran (anak tok bomoh) dirasuk pelesit, masyarakat pulak kalau ada sikit-sikit sakit badan terus cari tok bomoh yang pakai jampi serapah, bagi pengeras sikit kemudian tok bomoh buatla upacara khurafat dia tu, sembah busut, bagi ayam golek kat penunggu pokok, tanam bungkusan dipenjuru sawah, perhanyutkan @#*@?% kedalam sungai dan sebagainya. teringat cerita puaka nyang rapik tapi masa tu penyakit tak la macam sekarang, masyarakat hidup berkerjasama, sakit demam semua akan bertandang, susah senang masing-masing merasa. buat kerja secara gotong royong, ada ternakan lembu kerbau ikut sama bekerja. badan jadi sihat, daging lembu pun tak berpenyakit, ye la cukup excercise. lembu sekarang mana tak kena penyakit, reti makan minum free je, duduk dalam kandang je makan pallet pulak tu.
sekarang... klinik banyak, rawatan altenatif pun bercambah-cambah, kawan-kawan pun dah ramai yang mula menceburkan diri dalam bidang rawatan altenatif ni. income baik beb! sikit-sikit sakit, jin la puncanya, sikit-sikit sakit, saka la penyebabnya, sikit-sikit sakit santau la angkaranya. adoiii...jahat sungguh manusia sekarang ni ye? atau perawat yang sengaja bina angkara. penyakit pula bertambah-tambah munculnya, jantung la, kencing manis, paru-paru berair la, bengkak usus la, cancer darah, cancer tulang dan macam-macam cancer lah. HIV positif (AIDS) selsema burung, selsema @#@$%? (H1N1) kata kat kadi Raub masa Latihan Amali Dakwah kat Masjid Tersang, Hone None hehehe! qadhi ni ambil dari orang asli katanya dan macam-macam lagi penyakit yang menyakat kita hari ini.
dulu di kampung ada majlis kuliah agama kat musholla dibuat lepas asar, masyarakat ramai yang datang, masing-masing bawak bekal. Tok Guru pulak (hj mat bakok, anak Tok Kenali)dengan kami budak-budak kecil masa tu cukup baik, diberinya sorang 3 biji gula-gula telur cicak (bulat-bulat macam telur cicak) teringat sampai sekarang. yang tahu menulis membaca bawa kitab untuk menadah, yang tak tahu menjadi pendengar setia. ilmu yang dapat diperangat setiap kali. mereka amalkan dalam kehidupan sampai mati.
tapi sekarang...kuliah buat malam, lepas maghrib. sesuai la dengan keadaan zaman. tapi yang datang...pun dikalangan mereka diusia senja. nak berkaroeke pun dan tak larat. dok kat rumah pun boring gak, datang la ke masjid. tok guru bawa kitab 5 - 6 buah bukan apa, sebab kadang-kadang pendengar sekarang tak nak dengar kalau takde bukti, nak dalil saje. sedangkan anak murid (makmum) jangan kata kitab, pen pun tak bawa. anak-anak muda? rem@&#!
sori la sedara...bukan nak mengata, tapi nak mengingat diri sendiri pun ada. dah penat dah...sambung lain kali la pulak.

Selasa, 22 September 2009

Tasawuf Di Bawah Lembayung Hindu Dan Farsi

Khamis, 11 Jun 2009

berpakaianlah...

Antara perbezaan yang sangat ketara dalam mengukur kehidupan yang berteraskan system kapitalis atau islam ditinjau dari sudut persoalan social dan rumahtangga adalah mereka (kapitalis) menganggap ianya sebagai masalah ekonomi. Sedangkan di sisi system islam pula meninjau perkara ini dalam konteks yang lebih rinci iaitu tidak terlepasnya dari hukum-hakam syara’. Kita seringkali mendengar bagaimana dalam system kapitalis, perlakuan sumbang lelaki dan perempuan yang tiada ikatan perkahwinan melakukan seks bebas, masih tidak dikira sebagai zina apalagi sekiranya perlakuan tersebut dilakukan secara suka sama suka. Malah lebih jauh dari itu perlakuan seks yang menyimpang seperti homoseks dan lesbian juga menjadi suatu perkara biasa kerana masyarakat dapat menerima keadaan tersebut dan kegiatan tersebut dapat memberikan ganjaran atau keuntungan kepada mana-mana pihak. Sebaliknya dikira pelecehan seksual dan mereka yang melakukannya akan diseret kemahkamah jika seorang lelaki (suami) mengasari atau melakukan seks tanpa persetujuan dari pihak isteri.
Sebab itulah terjadi perselisihan antara pengikut fahaman kapitalis ini dengan penganut ajaran islam, mereka menganggap pakaian merupakan satu ungkapan keperibadian, sebagai unsur ekonomis yang dapat menarik perhatian lawan sejenis untuk menggoda, samada kepada bentuk badan seorang wanita itu atau apa jua produk yang di lampirkan bersama dengan wanita itu, sebab itu, tidak hairanlah sekiranya di papan-papan iklan hampir 90% berorientasikan kepada wanita samada kejelitaannya atau bentuk badannya yang menggiurkan.
Kadang-kadang iklan yang mempergunakan wanita ini sampai kepada tahap tak masuk akal, bila kita lihat nak jual alat pertanian pun diguna wanita seksi, bateri kereta dengan menampilkan wanita bogel, iklan dobi juga tidak terlepas dengan penampilan wanita seksi. Semuanya ini pastinya adalah demi mengharapkan nilai-nilai ekonomi tanpa memperdulikan karekteristik asal penciptaan wanita itu sendiri. Adapun islam menganggap pemakaian di badan seorang wanita itu jauh sekali dari nilai ekonomis apalagi yang mampu mengarahkan kepada rendahnya maruah seorang insane yang bernama wanita dan sebagai makhluq Allah yang keberadaannya yang sebenar adalah sangat tinggi, Karena itu Islam menggariskan:

1. Pakaian yang dipakai samada oleh muslimin maupun muslimah tidak lebih dari pernyataan ketaatan dan kepatuhan kepada yang mengarahkannya berbuat demikian, iaitu Allah. Dalam islam jelas, segala perkara yang dilakukan, baik berpakaian, makanan, pergaulan dan sebagainya tidak terlepas dari system nilai. Yang mana untuk mendapatkan nilai-nilai tersebut tidak lepas dari ibadah. Sebab itulah dalam berpakaian pun kita dikehendaki mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Pun begitu islam tidaklah terlalu rigid untuk menetapkan nilai pakaian, corak, jenis kain dan sebagainya. Bahkan terpulang kepada kebudayaan dan adab sopan masing-masing umat, asalkan tidak terkeluar dari peraturan yang telah ditetapkan oleh syara’
2. Islam menetapkan, tahap kemuliaan seseorang itu bergantung terus kepada sejauh mana nilai ketaqwaan seseorang itu tanpa sedikitpun melihat kepada aspek berpakaian, kekayaan maupun kemiskinannya.
harus di ingat, penetapan syara’ berkenaan cara berpakaian itu adalah semata-mata mahukan kemuliaan hambanya berkekalan dan sesuai dengan nilai keinsanan. Sebagaimana firman Allah dalam surah at-thin “sesungguhnya kami jadikan kamu sebagai sebaik-baik kejadian” . namun sebaliknya... tidak mengikut cara berpakain yang telah ditetapkan oleh syara’ menyebabkan kemulaiaan yang telah diberikan itu ditukar menjadi kehinaan.
Alangkah indahnya sekiranya aturan Allah ini di ikuti tanpa ada rasa kesangsian yang akan menyebabkan kemurkaan Allah swt. Lebih dari itu bukankah tersangat indah andai dalam berpakaian pun kita sentiasa mendapat keridhaan Allah swt. Selebihnya terpulanglah kepada diri pembaca masing-masing untuk samada mengabdikan diri kepada Allah melalui berpakaian ataupun mencari kebencian Allah. (nauzubillahi min zalik) sekiranya kita mengaku beriman dan ingin mengabdikan diri kepada Allah swt, sedangkan dari segi berpakaian masih lagi mengikut telunjuk kapitalis iaitu sebagai unsur penarik kearah perlakuan maksiat samada diri sendiri maupun orang lain ataupun untuk mempamirkan nilai ekonomis dari pemakaian anda, percayalah...kita belum lagi termasuk sebagai hamba Allah yang mentaati perintahNya, lebih menyedihkan kita sebenarnya telahpun diperhambakan oleh nilai-nilai kemodenan yang sengaja diprolemirkan oleh yahudi dan nasrani atau lebih tepat sebagai mangsa peradaban bahkan sebagai rakan sekutu syaithan yang ikut sama menyesatkan kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh umat. Saya pasti kita semua tidak ingin tergolong dalam golongan ini kan? Maka...inilah saatnya seorang muslim dan muslimah sejati tidak akan berpakaian yang boleh menampakkan bentuk badannya walaupun dilapisan kulitnya telah dibaluti dengan pakaian. Jangan jadikan perempuan lain sebagai mangsa syahwat dari lawan sejenis yang sebenarnya bermula dari anda.


di tulis oleh marzuki...11 jun 2009 9.15 malam

Rombak Pembelajaran Pendidikan Islam

ISLAM berkembang di negara ini sejak lebih 700 tahun lalu. Islam berkembang daripada tauhid dan ibadah hinggalah meliputi aspek perundangan, ekonomi, politik dan budaya hidup.

Kemuncak kepada peneguhan ajaran Islam di negara ini ialah apabila Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, termaktub di dalam Perlembagaan negara.

Oleh itu, segala dasar dan perancangan membangunkan negara sentiasa dilandaskan kepada ajaran Islam sebagai garis panduan. Maka Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan serta Falsafah Pendidikan dibentuk berteraskan kepada konsep kehidupan yang disyariatkan dalam Islam.

Selari dengan ajaran Islam sebagai cara hidup, anak-anak masyarakat Melayu khasnya mula didedahkan kepada pendidikan Islam sejak awal usia. Pendidikan Islam sering mendapat cabaran daripada pelbagai pihak namun atas usaha dan perjuangan para pemerintah Melayu dan para ulama, Islam terus berkembang dan menjadi identiti kepada orang Melayu di negara ini.

Jika dahulu perkembangan Islam mendapat tentangan daripada penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris, kini walaupun sudah merdeka pengaruh kuat kolonial masih tidak banyak mengubah persepsi dan minda masyarakat negara ini.

Rakyat negara ini telah dibentuk untuk mempercayai bahawa budaya Barat itu moden dan "moden itu adalah kemajuan atau pembangunan". Maka menerima unsur dan nilai budaya masyarakat Barat bermakna kita sedang menerima pemodenan dan kualiti hidup. Sehingga kini sangat sukar untuk generasi muda menerima bahawa ada nilai serta budaya hidup lain selain budaya masyarakat Barat.

Hari ini pendidikan Islam sedang menerima cabaran baru serba hebat sekali. Kajian mendapati kebanyakan pelajar melihat pendidikan agama Islam hanyalah sebagai satu daripada mata pelajaran untuk peperiksaan. Pendidikan agama Islam diletakkan sama tarafnya dengan pendidikan lain seperti matematik, ekonomi atau sains.

Pendidikan Islam tidak lagi diterima sebagai ilmu asas untuk memahami mengapa seseorang insan dicipta dan dilahirkan ke dunia ini. Pendidikan Islam menjadi semakin sempit maksudnya sama ada daripada segi definisi dan juga ruang lingkup pembelajarannya.

Tentulah ini berlaku kerana sesetengah perancang kurikulum sendiri mungkin turut tertutup 'mata hati' apabila hanya melihat pendidikan Islam sebagai satu subjek sekolah semata-mata. Malang sekali nasib pendidikan Islam di negara ini.

Penulis kebetulan ke Johor Baru baru-baru ini atas urusan rasmi dan berpeluang meninjau kegiatan remaja di Pantai Lido hingga ke Danga Bay selepa disarankan oleh seorang rakan.

Kami menyusur perlahan dengan kereta sepanjang Pantai Lido bermula dari Jalan Stulang Laut. Benar seperti kata kawan penulis, walaupun jam sudah pukul 1 pagi, masih ramai muda-mudi Melayu - yang kita pasti beragama Islam - melepak di situ. Mereka berpakaian agak keterlaluan. Kumpulan remaja itu kebanyakannya dalam lingkungan umur belasan tahun dan kelihatan bercampur bebas antara lelaki dan perempuan.

Sesekali terdengar jeritan maki-hamun sesama mereka sebagai tanda "kasih sayang" antara kawan. Melihat tindak tanduk mereka, andaian awal kebiasaannya ialah "mereka merupakan pelajar yang terpinggir atau tercicir persekolahan".

Pakar-pakar pendidikan umumnya bersetuju bahawa bagi setiap kumpulan pelajar di sesebuah negara, biasanya akan terdapat 5 hingga 10 peratus pelajarnya akan tercicir dan gagal dalam persekolahan mereka.

Maka jika kita mempunyai lima juta pelajar di seluruh negara masa kini, andaian itu akan meliputi lebih kurang 500,000 pelajar termasuk dalam kumpulan "tertinggal, tercicir atau gagal" itu.

Adalah sangat membazir jika sumber manusia seramai itu dibiarkan begitu sahaja. Malah tidak mustahil jika tiada usaha untuk membetulkan kehidupan mereka. Kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar untuk menguruskan pemulihan jika kumpulan itu terlibat dalam penagihan dadah, pelacuran dan gejala sosial. Jelas banyak yang tidak kena dengan pengamalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan agama Islam di dalam sistem pendidikan negara ini.

Kurikulum yang dirangka menunjukkan kesepaduan antara ibadah, tauhid, fiqah, sejarah dan pengajian al-Quran serta ditambah lagi dengan program J-QAF dan KAFA. Namun pedagogi pendidikan Islam tidak banyak berubah sejak sekian lama.

R.O Winstead ialah seorang pegawai British yang kemudiannya dilantik menjadi Pesuruhjaya Pendidikan Malaya pada 1923. Semasa melawat sekolah-sekolah Melayu yang melaksanakan pendidikan Islam, beliau pernah merekodkan bahawa anak-anak Melayu yang belajar di dalam kelas agama biasanya diminta menghafal ayat-ayat al-Quran tanpa perlu tahu dan faham makna ayat-ayat tersebut.

Kata Winstead, mereka menghafal sahaja dan sebenarnya buta huruf kerana tidak belajar dan memahami bahasa Arab. Amalan penghafalan ini juga berkembang bukan sahaja dalam pengajian bacaan al-Quran tetapi juga melibatkan pendidikan hukum Islam berkaitan kehidupan.

Walaupun menghafal adalah sesuatu konsep pendidikan yang baik tetapi secara kognitifnya penghafalan tidak mengembangkan pemikiran logik dan kritikal. Oleh itu, apabila seseorang pelajar berdepan dengan situasi baru, ilmu hafalan tidak banyak membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Maka ilmu logik serta kritis juga perlu dibangunkan di dalam diri pelajar melalui pendidikan Islam.

Begitu juga amalan pengajaran pendidikan Islam yang disampaikan kepada pelajar hari ini. Ia lebih menjurus kepada peperiksaan dan meminggirkan kepentingan memahami agama Islam untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Sama ada percaya atau tidak, sekarang individu remaja Melayu Islam akan merasa kurang senang apabila dinasihat berkaitan agama.

Misalnya nasihat supaya jangan meninggalkan solat lima waktu atau pun supaya menutup aurat. Ia dianggap terlalu peribadi dan tidak layak disentuh oleh orang lain. Malah ada di antaranya yang cuba menjauhkan diri apabila ditegur atau dinasihati untuk kali kedua dan seterusnya.

Pemikiran bahawa agama adalah urusan peribadi juga akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Asas kepada masalah ini adalah kurangnya penekanan kepada pengajaran untuk membina kepercayaan kepada Tuhan yang Esa. Memang jika ditanya kepada orang Melayu yang diketahui tidak bersolat, berzina atau minum arak adakah mereka Islam?

Maka jawapannya: "Saya orang Islam."
Malangnya Islam seseorang itu hanya pada mulut sedangkan hatinya "meragui" keesaan Allah. Kalau mereka masih percaya dengan keesaan Tuhan, masakan mereka sanggup untuk mengingkari perintah-Nya dan terus melakukan larangan Allah. Maka, soal tauhid ini sangat penting dimulakan sejak di sekolah rendah lagi.

Hari ini guru-guru agama atau boleh disebut "ustaz dan ustazah" sekadar menumpukan kepada pendidikan Islam atas tujuan peperiksaan. Sama ada mereka sedar atau tidak, inilah yang sedang berlaku.

Di sebalik kandungan kurikulum yang agak luas dan sukar dihabiskan sebelum hujung tahun, pendidikan Islam juga lebih cenderung mengemukakan penilaian di dalam peperiksaan berbentuk penilaian kognitif, tidak menganjurkan pemikiran meta kognitif apatah lagi tahap kognitif epidemik. Maksud peta kognitif ialah pendidikan Islam yang menumpukan kepada pemikiran "mengapa sesuatu perlakuan itu betul atau salah?''
Sementara pemikiran kognitif epidemik pula menumpukan kepada persoalan jika telah diketahui dan difahami bahawa sesuatu perlakuan itu, maka bagaimana untuk memastikan nilai betul tersebut dikekalkan?

Begitu juga jika telah diketahui bahawa sesuatu tindakan itu salah bagaimana perbuatan salah itu perlu dihentikan sama sekali. Tidak cukup dengan hanya memberitahu pelajar tentang dosa besar serta pembalasan kepada penzina di akhirat. Pengajar juga perlu menjelaskan kesan buruk zina sejak di dunia lagi. Selain mendatangkan penyakit kelamin yang berjangkit akibat perbuatan zina, kewujudan anak-anak luar nikah juga perlu dijelaskan kepada pelajar.

Maka ilmu pendidikan Islam tidak hanya terhad kepada pendidikan dosa dan pahala tetapi juga merangkumi kefahaman biologi manusia serta sains pembiakan manusia. Begitu juga dengan pendidikan kesihatan dan seksual manusia.
Begitu juga apabila pelajar belajar konsep riba dan judi dalam Islam. Tidak cukup dengan menjelaskan bahawa hukuman kepada pemakan riba di akhirat nanti ialah "menelan bara api" sahaja. Pembalasan yang berat ini memang perlu untuk tujuan pendidikan akhirat.

Namun pelajar juga harus difahamkan mengapa riba diharamkan. Selain masalah penindasan disebabkan oleh riba, ekonomi negara juga boleh menjadi tidak stabil akibat spekulasi untuk mendapat untung hasil riba dan ramalan seperti perjudian dan loteri.

Banyak lagi perkara yang melibatkan pendidikan Islam yang perlu dikaji semula. Malah sistem persekolahan berasasakan pendidikan Islam yang tidak selaras juga banyak menimbulkan isu kepada masyarakat.

Kita mempunyai sekurang-kurangnya lima jenis sekolah yang mendidik ilmu Islam kepada pelajar. Selain sekolah agama persekutuan, setiap negeri juga mempunyai sekolah agama negeri. Selain itu terdapat juga sekolah agama rakyat yang sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan negeri. Terdapat juga sekolah agama persendirian. Begitu juga sekolah tahfiz dan sekolah pondok yang masih beroperasi di beberapa buah negeri.

Mengapa kita perlu ada begitu banyak aliran sekolah untuk mengajarkan pendidikan Islam? Jika pendidikan Islam itu sangat penting dan asas kepada semua pelajar Islam, ada baik semua sekolah ini diselaraskan di bawah satu nama atau satu bumbung sahaja.
Selain kualiti guru serta peruntukan yang lebih berkesan, penyelarasan sekolah-sekolah ini juga akan membantu kerajaan memantau perkembangan para pelajar secara terus dan terancang.

Konsep dan pemahaman tentang pendidikan Islam harus berubah jika ingin menjadikan pendidikan Islam lebih daripada sekadar mata pelajaran untuk tujuan penilaian dalam peperiksaan semata-mata. Cara pengajaran serta tugasan guru juga harus dikaji semula jika kita ingin melihat pelajar menerima pengajaran pendidikan Islam sebagai sesuatu yang penting dan perlu di di dunia dan akhirat.

Maka, walau bagaimana murni dan syumul agama Islam ini, jika sistem pendidikannya gagal mengaturkan rancangan dan strategi terbaik dalam menyampaikan ajarannya di bilik darjah, lama-kelamaan pelajar yang masih mentah ini akan mengambil mudah pendekatan "Islam sebagai cara hidup".

Oleh ANUAR AHMAD
(Penulis ialah Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia).


Ahad, 8 Mac 2009

Puluhan kawat keluar dari perut dan dada Noorsyaidah

17 Tahun Noorsyaidah Derita Penyakit Aneh

Paranormal Ki Joko Bodo sepakat dengan Prof Dr dr HR Moh Yogiantoro dari RSU Dr Soetomo Surabaya, bahwa penyakit aneh berupa kawat di dalam perut Noorsyaidah bukan penyakit biasa. Tak bisa disembuhkan secara medis.

BERBAGAI upaya pengobatan sudah dijalani Noorsyaidah. Mulai dari medis, alternatif hingga mendatangi orang pintar. Tapi puluhan kawat yang tumbuh di perut dan dada perempuan 40 tahun ini tak bisa hilang.Sejak terkena penyakit itu pada tahun 1991, Noorsyaidah pernah menjalani pengobatan ke sebuah rumah sakit terkenal di Surabaya, Jawa Timur. Tapi hasilnya sama saja. Setelah dicabut, kawat- kawat itu kembali bermunculan beberapa hari kemudian.

Sampai saat ini tidak diketahui dari mana kawat-kawat itu berasal dan bagaimana bisa masuk ke dalam tubuhnya. Noor pun hanya bisa pasrah menghadapi penyakit aneh ini. “Yang tertinggal hanya pasrah kepada Allah SWT,” ujar Noor.

Noor merasa sangat kesakitan apabila mencabut kawat-kawat itu karena melekat sangat erat di tubuhnya. Dia menuturkan, pernah suatu saat coba mencabut sendiri kawat-kawat itu dengan bantuan kakaknya. Ketika akan dicabut, kawatnya malah semakin masuk ke dalam tubuhnya. Beberapa saat kemudian muncul kembali di bagian tubuhnya yang lain.

Kakak kandung Noor, Hj Siti Robiah menuturkan, pernah empat orang dokter spesialis bedah berusaha mengeluarkan kawat dari tubuh Noor. Mereka terpaksa menggunakan magnet agar bisa mengambil kawat-kawat itu.

“Karena kawat-kawat itu tidak hanya yang bermunculan di tubuh Noor, tapi hasil rontgen memperlihatkan ada puluhan kawat lagi di dalam perut. Kawatnya seperti hidup, bisa lari-lari atau berpindah tempat. Makanya, saat dibedah para dokter terpaksa menggunakan magnet agar kawat bisa ditemukan dan diambil. Setelah diangkat, beberapa hari kemudian kawat-kawat itu bermunculan lagi,” tutur Robiah.

Bentuk kawat yang tumbuh di badan Noor memang tak jauh berbeda dengan jenis kawat lainnya. Seperti peniti berukuran besar. Saat Tribun memegang satu kawat yang dikoleksi Noor, kawat tersebut seperti kawat biasa yang mudah berkarat dan sudah berwarna kecokelatan. Panjangnya bervariasi, mulai dari 10-20 cm. Ada yang hanya satu sisi saja yang runcing dan lainnya kedua sisi runcing.

“Ya, seperti biasa kawat-kawat lainnya, tapi itu kalau sudah terjatuh dari badannya dia. Tapi kalau yang melekat di badan bisa berubah-ubah warna, mulai dari hitam pekat, kuning, hingga kembali normal kecokelatan,” tutur Robiah.

Penyakit aneh
Prof Dr dr HR Moh Yogiantoro Sp PD-KGH Spesialis penyakit dalam dari RSU Dr Soetomo Surabaya menduga apa yang dialami Noorsyaidah di luar jangkauan diagnosa medis.

Namun, dari sisi medis, mungkin saja sebagai manusia Noorsyaidah mengalami kelainan anatomi, metabolisme, dan kejanggalan (anomali) lain seperti tumor dan kanker sehingga muncul kawat- kawat dari perut dan dadanya.

“Cuma ini memang aneh. Yang jelas ada kondisi tertentu yang bisa disebut sebagai penyakit nonmedis dan itu memerlukan pengobatan dari ahli lain. Inilah yang kemungkinan besar berhubungan dengan kasus yang dialami Noorsyaidah ini,” kata dokter spesialis yang akrab dipanggil Prof Yogi ini.

Menurut Prof Yogi, pada beberapa kasus penyakit, ada yang memerlukan penyelesaian medis dan no-medis sekaligus. Tapi ada pula yang cukup ditangani secara nonmedis saja bila penanganan medisnya kurang bermanfaat.

Apakah perlu menggunakan pengobatan cara gaib? Prof Yogi menyebut kemungkinan ke arah tersebut selalu ada. Percaya kepada Allah SWT, itu saja sudah merupakan bagian dari cara gaib (untuk penyembuhan nonmedis). Sebab Allah kan tidak tampak secara nyata. Begitu juga penyakit nonmedis, mungkin saja gaib. Sebab hal itu sudah di luar jangkauan dunia kedokteran yang konvensional,”ujarnya.

Pemerhati dan praktisi supranatural sahabat Prof Yogi, KH Ir Agus Ubaidilah, membenarkan bahwa penyakit yang diderita Noor terjadi akibat kiriman benda gaib yang dibuat oleh manusia. Untuk pengobatannya, lanjut Agus, tidak bisa dilakukan melalui medis. Kalaupun dia pernah menggunakan pengobatan medis ternyata berhasil, tapi begitu kembali ke Samarinda kawat itu ternyata bermunculan lagi. Ini menunjukkan bahwa penyakitnya sudah di luar medis,”kata KH Agus.

Menurut KH Agus yang tinggal di Sidoarjo, ada sesuatu yang buruk ditanamkan di rumah Noorsyaidah. Hal buruk itulah yang kemudian membuat munculnya kawat-kawat dari perut dan dadanya.
Paranormal lainnya, Ki Joko Bodo, sepakat bila dikatakan penyakit yang kini diderita Noorsyaidah bukanlah penyakit biasa, sehingga tak bisa disembuhkan secara medis.

“Penyakit dia (Noorsyaidah) adalah penyakit yang dibuat oleh orang. Menurut ramalan batin saya, apa yang dideritanya itu sudah lebih dari lima tahun. Memang sepertinya, baru ketahuan sekarang- sekarang saja,” kata Ki Joko Bodo kepada Persda Network, Kamis (10/7).

Apa yang dialami Noorsyaidah, menurut ramalannya, dilakukan oleh orang yang pernah sakit hati. Ki Joko Bodo meyakini pula, Noorsyaidah semasa hidupnya pernah menyakiti hati seseorang. “Dalam hal percintaan. Dia pernah memutus hubungan dengan seseorang sehingga membuat orang itu sakit hati. Salah satu faktornya adalah karena pernah menolak cinta. Sebetulnya menyembuhkan Noorsyaidah mudah, yakni mencari orang yang pernah disakiti hatinya dan meminta maaf. Mudah- mudahan sembuh,”ujar Ki Joko Bodo.

Mengaku penasaran, Ki Joko Bodo berjanji akan mengunjungi Noordsyaidah. Selain ingin melihat secara langsung penyakit yang dideritanya, Ki Joko Bodo ingin berusaha membantu mengobati dengan apa yang bisa ia lakukan.

Benarkah Noordsyaidah pernah menyakiti hati orang? Menurut kakak kandungnya, Hj Siti Robiah, sang adik suka bergaul dan tak pernah punya musuh apalagi menyakiti orang lain.

Di tempat ia mengajar mengaji (TK Al-Quran Sengatta, Kutai Timur), Noor dikenal sebagai guru yang sangat dekat dan disenangi oleh murid-muridnya. Saking dekatnya, semua murid TK-nya menangis jika sehari saja Noor tak berangkat mengajar.


Rabu, 7 Januari 2009

qunut nazilah

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindar kannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Maksudnya:

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka (yahudi dan israel) Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”


Selasa, 6 Januari 2009

Dr.Asri Zainal Abidin (Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan)

Pembunuhan ganas yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin amat memilukan. Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam atau ukhuwwah islamiyyah kita, bahkan ia mencemar dan mengotori nilai kemanusiaan sejagat.

Ketika artikel ini ditulis sudah hampir 400 rakyat Gaza yang dibunuh kejam. Di mana Amerika yang kononnya berjuang memerangi pengganas? Pelindung Israel tersebut pantang ada kegiatan yang dianggap ganas yang dilakukan mereka yang mendakwa muslim terus sahaja dia akan besar-besarkan dan tindakan memeranginya secara membabi buta akan dilancarkannya.

Namun setiap kali Israel melakukan keganasan, dialah yang akan mempertahankannya. Tidak jika Amerika itu digelar syaitan. Bahkan ketika Gaza diserang ganas oleh Israel ketika ini, Bush mengistiharkan HAMAS itulah pengganas. Malanglah umat Islam jika masih ingin mengharapkan dari Amerika.

Demokrasi yang kononnya hendak dijuarai oleh Amerika di dunia Arab hanyalah permainan politik semata. Umpamanya Mesir, sekalipun tampuk kuasa yang ada pada hari ini meminggirkan demokrasi dan mengkhianatinya, namun tampuk tersebut terus dipertahankan oleh Amerika disebabkan berbagai kepentingannya.

Antaranya, Mesirlah pada hari ini yang menghalang kemasukan bantuan melalui sempadannya dengan Palestin. Sukar bagi syaitan berwatak malaikat. Saya tidak pasti dengan lobi Yahudi yang kuat dalam politik Amerika, apakah Obama akan mampu berbuat sesuatu?

Beberapa hari saya menyertai demontrasi membantah kekejaman Israel di hadapan Kedutaan Israel di London. Bersama saya Saudara Maszlee Malik yang sedang menyiapkan Ph.D di sini. Beliau banyak menulis dan membabitkan diri dalam isu-isu Palestin. Juga Saudara Wan Saiful Wan Jan, orang melayu yang aktif dalam politik British dan menjadi calon Parti Liberal Konservatif di UK ini.

Ramai yang menyertainya. Bukan sahaja orang Islam dan Arab, turut sertai juga mereka yang bukan muslim yang terdiri daripada ‘orang putih dan tidak putih’ UK ini. Dato’ Seri Shahidan Kassim yang sekali lagi datang ke London juga turut hadir.

Selama seminggu demonstasi berjalan di London. Bukan sahaja di hadapan Kedutaan Israel, orang ramai turut berdemontrasi di hadapan Kedutaan Mesir kerana negara tersebut menutup sempadannya untuk bekalan makanan dan ubatan disalurkan kepada rakyat Palestin.

Hari Sabtu (hari artikel ini ditulis) demontrasi besar di seluruh London akan diadakan. Bantahan dibuat untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Ia melepasi batasan kepuakan atau kepartian yang sempit. Jika sesiapa yang hendak membantah Israel pun masih nak kempen parti, ternyata otaknya sama dengan Israel.

Demonstrasi sebegini, mempunyai peranannya yang tersendiri. Saya juga mengharapkan umat Islam dan masyarakat dunia mengadakannya. Ya, bagi umat Islam sepatutnya tugasan kita lebih besar daripada sekadar tunjuk perasaan. Kita diwajibkan membantu saudara seislam kita yang ditindas atau dikejami dengan harta dan nyawa kita.

Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).

Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H):

“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).

Namun atas kekangan keadaan yang ada. Ramai para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada kehendak Amerika, lalu mereka menjadi pelindung secara langsung atau tidak langsung kepada Israel. Lihat sahaja Mesir yang sanggup menutup sempadannya sehingga bantuan makanan dan ubatan tidak dapat sampai kepada rakyat Palestin, sehingga rakyat Palestin tidak dapat melepaskan diri kekejaman Israel.

Kita umat Islam menjadi umat yang tidak terdaya. Bukan sahaja bertindak, bahkan bersuara pun ramai yang takut. Tidak ramai pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad yang lantang dan berani untuk mengkritik dan berusaha membantah Amerika dan Israel. Ramai yang lain bergantung rahmat kepada Amerika. Bahkan bukan sedikit yang sedang ‘mengidam kerusi kuasa’ bertawakal harap dari Amerika.

Maka, di saat ini, sekurang-kurangnya demontrasi, atau apa sahaja bantahan yang tidak bercanggahan dengan Islam hendaklah dilakukan oleh umat Islam yang tidak berkemampuan. Demikian juga bantuan kewangan. Di Malaysia, sepatutnya mereka yang memegang tampuk-tampuk pentadbiran agama, sama ada yang berada di atas kerusi politik, atau istana perlu menjadi kelompok yang paling lantang membantah dan menghulurkan bantuan.

Saya terharu ketika berjumpa dengan sekumpulan wanita British yang tidak beragama Islam, mengikat serban Palestin di tengkok mereka dan memberitahu kami mereka akan mengambil cuti seminggu untuk menyertai bantahan terhadap Israel. Mereka mengedarkan risalah tentang kekejaman Israel.

Malanglah, jika yang mereka yang seperti ini membantah Israel, tetapi golongan yang diberikan amanah menjaga agama tenggelam dalam keempukan takhta dan membisu seribu bahasa. Di mana pula Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini? Tidak adakah fatwa tentang apakah kewajiban umat Islam dalam isu Palestin? Setelah berletihan dengan isu yoga dan pengkid, tidakkah mahu difikirkan isu Palestin pula?

Jika tidak, malanglah bagi umat Islam yang terdedah kepada dunia berita dan maklumat, tiba-tiba tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab muslim membela saudara-mara kita kaum muslimin. Sabda Nabi s.a.w:

“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)

Islam bersikap adil. Islam tidak pernah menyatakan setiap mereka yang tidak menganut Islam itu adalah musuh Islam. Demonstrasi di seluruh dunia pada hari ini turut dilakukan oleh mereka yang bukan Islam. Islam hanya bermusuh dengan mereka yang melancarkan permusuhan dan kezaliman kepada umat Islam. Samada permusuhan itu atas kebencian kepada agama ini, atau atas sikap yang ingin menzalimi orang lain.

Kemudian, Islam tidak menerima dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. Orang lain membantah atas dasar kemanusiaan.

Jika mereka yang bukan Islam dizalimi, kita tetap akan membantah atas dasar Islam dan kemanusiaan. Ini kerana prinsip Islam merangkumi prinsip kemanusiaan sejagat. Namun jika ada yang langsung tidak membantah, maka dia tiada prinsip Islam dan prinsip kemanusiaan