Memaparkan catatan dengan label PSAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PSAS. Papar semua catatan

Selasa, 29 Julai 2008

Teks Ucapan Pengarah Sempena Konvo kali ke3 PSAS (PICC)


"Bismillahirrahmannirrahim,

Yang Berbahagia,
Datuk Abdul Khalil Bin Abdul Hamid
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Yang Berbahagia
Dato' Hj Imran Bin Idris
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Mokhlis Bin Jaafar
Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Yang Berusaha,
Encik Azhari Noor Bin Ahmad
Timbalan Pengarah (Akademik)
Politeknik Sultan Azlan Shah

Yang Berusaha,
Encik Yaakob Bin Hasrat
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)
Politeknik Sultan Azlan Shah

Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Pengajian Politeknik dan
Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


Ahli Jawatankuasa Pengurusan
Politeknik Sultan Azlan Shah

Ahli Jawatankuasa Penasihat
Politeknik Sultan Azlan Shah

Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Teknik dan
Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Datuk-datuk, Datin-datin, Ibubapa, Para Graduan serta
para hadirin yang dihormati sekelian…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. PSAS amat mengalu-alukan dan berbesar hati di atas kesudian Yang Berbahagia Datuk Ab. Khalil bin Ab. Hamid kerana dapat meluangkan masa untuk menjayakan majlis Konvokesyen Kali Ketiga Politeknik Sultan Azlan Shah. Semoga majlis pada hari ini akan berjalan dengan lancar. Insya Allah.
Y.Bhg Datuk dan hadirin sekalian,
Pada Majlis Konvokesyen kali ini, PSAS sekali lagi berjaya melahirkan seramai 1476 orang graduan daripada bidang Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal dan Perdagangan. Tahniah kepada para graduan di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi dunia pembelajaran dan ternyata segala usaha dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil. Saya percaya majlis yang gilang-gemilang ini merupakan titik permulaan bagi anda untuk menabur bakti dan berbudi kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Syabas dan tahniah juga kepada semua ibubapa dan kaum keluarga di atas usaha, pengorbanan, sokongan dan dorongan yang diberikan kepada anak-anak ini sehingga berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup mereka. Kepada para graduan siapalah anda tanpa ibu dan bapa serta ahli keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Para hadirin sekalian,
Sepanjang tahun 2007 PSAS telah memperoleh pencapaian yang membanggakan dalam pelbagai bidang. Dari aspek akademik, peratus kelulusan pelajar PSAS adalah sebanyak 99.19 % pada sesi Julai 2007. Sebanyak 22.52 % pelajar telah mencapai PNM melebihi 3.50 pada sesi Julai 2007. Analisis data peperiksaan juga menunjukkan sebanyak 10.53 % peratus pelajar mencapai HPNM melebihi 3.50. Faktor penyumbang bagi kecemerlangan ini boleh dikatakan berpunca daripada sokongan semua warga kerja terutama pensyarah yang kompeten serta kemudahan prasarana yang lengkap yang membolehkan pelajar belajar dalam suasana yang kondusif.
Selain kecemerlangan akademik, kecemerlangan para pelajar PSAS dalam bidang sukan dan kokurikulum juga terserlah apabila menjadi johan dan naib johan dalam Pertandingan Orienteering Negeri Perak; menjuarai acara Protokol dan Etiket dan acara Pertolongan Cemas; memenangi tempat kedua keseluruhan dalam Perkhemahan Tahunan Polibriged Politeknik Semalaysia Kali Ke-2 dan menyandang naib johan bagi acara Hoki Perempuan di Sukan Bitara UPSI.
Pelajar PSAS juga telah berjaya sehingga pusingan kedua di dalam Pertandingan Robocon 2008 yang dianjurkan oleh SIRIM di UKM. Selain itu, pelajar PSAS juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam Majlis Tilawah Al-Quran dan Pidato Bahasa Inggeris di POLISAS Kuantan. Terkini, PSAS amat berbangga kerana hasil kajian dan inovasi bertajuk “Smart Lamp” oleh 2 orang pelajar DKA 6 telah menjadi Johan Kebangsaan Projek Diploma Kejuruteraan Awam (PRODIKA) yang dianjurkan di UTHM, Johor.
Di samping itu, pelajar PSAS turut didedahkan dengan program-program berbentuk kemasyarakatan seperti kegiatan perlawanan persahabatan dengan pasukan hoki Daerah Batang Padang, Sungkai; Minggu Sukan bersama Masyarakat; Program Khidmat Masyarakat di Kampung Kelawar; Program Anak Angkat Kampung Terong; Taiping, Program Khidmat Masyarakat di RKS Pos Bersih, Ulu Slim dan lain-lain program yang dirangka sepanjang tahun.
PSAS juga turut mengadakan Majlis Gotong Royong dan Jamuan Pelajar Luar Kampus dengan Masyarakat Setempat, kempen derma darah, kursus kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Ceramah Motivasi Bermuzikal Pelajar bermasalah disiplin dan akademik yang dapat meningkatkan bakat kepimpinan pelajar dan memupuk budaya sosial yang positif.

Y.Bhg Datuk dan hadirin sekalian,
PSAS juga sentiasa memantau pencapaian bekas pelajar-pelajarnya melalui Kajian Pengesanan Graduan. Berdasarkan kepada kajian yang dilaksanakan pada tahun 2007, sebanyak 48.1 peratus graduan telah bekerja berbanding 39.9 peratus pada tahun 2006. Sebanyak 34 peratus graduan bekerja dalam kumpulan juruteknik dan profesional , 28 peratus graduan terlibat dalam bidang perkeranian, 14 peratus dalam sektor perkilangan dan 24 peratus dalam kumpulan pekerjaan utama yang lain. Ini menunjukkan bahawa graduan PSAS di peringkat sijil dan diploma “amat laris” di pasaran kerja khususnya berkaitan kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.


Hadirin yang dihormati sekalian,
Pada Disember 2007, PSAS melakarkan kejayaan dengan penganugerahan sijil MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. . Pengiktirafan daripada SIRIM ini bertujuan untuk memastikan PSAS menjadi salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang terulung di Malaysia.
Selain daripada itu, bagi memantapkan lagi kualiti program-program yang ditawarkan PSAS juga dalam usaha untuk mendapatkan akreditasi program daripada Malaysian Qualification Agency bermula tahun ini. Sekiranya PSAS berjaya mengorak langkah ini, secara tidak langsung PSAS akan menjadi salah sebuah hab kecemerlangan pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia . Insyallah.

Para graduan dan hadirin sekalian,
Saya berharap bahawa anda akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga PSAS atas sumbangan yang diberikan dalam menghasilkan graduan yang berkualiti. Kepada para pensyarah, terima kasih kerana berjaya melakarkan kejayaan buat PSAS bagi melahirkan para graduan pada hari ini dan teruskanlah usaha murni anda dalam mendidik para pelajar sekalian.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada para graduan PSAS yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang. Kepada ibubapa sekalian, syabas saya ucapkan kerana memberi galakan terhadap anak-anak di dalam membuat pilihan mengikuti kursus-kursus kemahiran di sini.
Saya berharap agar kejayaan mereka pada hari ini akan menarik lebih ramai lagi belia-belia lepasan sekolah mengikuti program latihan berasaskan kemahiran bagi menjamin negara kita mempunyai bekalan tenaga separuh mahir yang berterusan. Kepada Yang Berbahagia Datuk Ab. Khalil bin Ab. Hamid, sekali lagi PSAS mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia Datuk untuk merasmikan Majlis Konvokesyen PSAS kali ketiga ini.
Tidak lupa juga beribu penghargaan kepada pihak urusetia yang bertungkus lumus menjayakan majlis Konvokesyen PSAS pada kali ini. Saya berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar kita semua diberi taufik dan hidayah-Nya serta di dalam perlindingan-Nya selalu, Insya Allah.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Rabu, 18 Jun 2008

Gambar-gambar sekitar APC

gambar yang diambil selepas penerimaan APC, masing-masing berebut-rebut nak naik pentas, jadi aku ambik je la kat bawah dulu.





YM.Tengku Azmi Raja Hasan, The Hensem Man. Antara budak baik kat Poli aku ni la die.






Dapat je kesempatan dok atas kerusi, terus la posing. walaupun kat bawah ramai dok nunggu nak naik posing . sabar la ye!


Bersama YM Tengku, (nama manja KUMI)
Kawan rapat dari Poli Dungun, Syakir Rahman. kenal masa Induksi di KT, 2006. Takbiiiiiiiiiirrrrrrr!!!
Mazli dan Hazizi, JKA PSAS, zizi dok sebilik pun ngan aku, tapi takde pulak gambar sekali.

bergambar bersama En.Ihsanudin (tengah, Floor Manager) untuk Majlis APC ni. kenal masa Induksi di Terengganu.
Berkesempatan pula untuk bergambar dengan Datin Hjh.Maimon, ex Ketua Jabatan JPA PSAS dulu, sekarang KJ JPA PUO. gambar ni kalau teman-teman di JPA tengok mesti jelous la.
akhir sekali gambar bersama ex class room masa di MPI mengikuti Kursus KPLI. Nang Hafidzoh Dari Poli Kulim. anak dah lima tapi mentaince...
dah tukar ke Putra jaya ikut skim DG.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)



Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk 2007 ini di adakan di Dewan Jubli Emas Politeknik Ungku Omar (PUO) pada 17.6.2008, selalunya buat kat hotel, tapi nasib la tahun ni kena buat kat dewan je, maklum la budget tak berapa nak cukup. Dihadiri seramai lebih dari 700 orang warga Politeknik dan Kolej Komuniti dibawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Gambar di atas diambil sebelum ketibaan Yg. Berbahagia Dato' Hj Imran bin Idris, Ketua Pengarah JPPKK. tengah khusyu' sebelah tu Mohd Don, dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik.



Gambar ni pula di ambil selepas selesai majlis penganugerahan APC, si handsome man sebelah ialah En.Mazly Mat Nor, penerima APC dari Jabatan Kejuruteraan Awam (PSAS).







Bersama YM Tengku Azmi Raja Hasan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, lelaki Ganteng.


Khamis, 22 Mei 2008

Malam Perpisahan dengan Tuan Pengarah

UCAPAN SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN

TN. HJ. KAMARUDDIN BIN HJ. HAMZAH

Terima Kasih Tn. Pengerusi Majlis
Yang berusaha En. Azhari Noor b. Ahmad, Timbalan Pengarah 1, PSAS
Yang berbahagia En. Yaakob b. Hasrat, Timbalan Pengarah 2, PSAS
Yang diraikan, Tn. Hj. Kamaruddin bin Hj. Hamzah, Pengarah PSAS
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, Pegawai – Pegawai Kanan
Pensyarah – Pensyarah serta seluruh warga PSAS yang dihormati sekalian

Assalamualaikum wrt…
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, dapat kita bersama – sama di dalam majlis yang permai ini bagi meraikan perpisahan Pengarah yang amat kita kasihi, Tn. Hj Kamaruddin bin Hj. Hamzah yang akan meninggalkan kita dalam masa terdekat ini, yang saya kira… demi menyahut cabaran tugas yang lebih mencabar iaitu sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Akademik Sektor Pengurusan Kolej Komuniti.

saya tidak bercadang untuk bercakap lama dalam majlis ini kerana saya pasti tuan-tuan dan puan-puan sedang menunggu untuk mendengar ucapan dan kata-kata akhir dari tuan pengarah.
Sahabat-sahabat…
Sesungguhnya, dalam kita bergembira menikmati suasana ukhwah yang mesra serta akan menikmati juadah yang lazat – lazat, saya yakin, kebanyakan kita turut merasa kesayuan dan kesedihan kerana kita bakal kehilangan seorang ketua yang bijaksana, seorang bapa yang berwibawa, seorang mentor yang dedikasi serta juga mungkin boleh saya katakan seorang imam yang disegani dalam konteks kepimpinan. Hujan yang turun dari semalam, seolah-olah turut sama berkongsi kesayuan dan berat hati kami untuk melepaskan Tn Hj pergi, namun apapun… kami memahami dan akur dengan kehendak takdir ini demi kesinambungan perkembangan kerjaya yang lebih baik kepada Tn Hj.
Selama kita berada di bawah kepimpinannya, telah banyak kejayaan yang kita kecapi… juga banyak pembaharuan yang telah dilaksanakannya. Segala susah payah, cabaran dan kegetiran dalam menempa kejayaan telah sama – sama kita harungi. Jika hendak disenaraikan di sini, terlalu panjang rasanya kisah kecemerlangan yang telah kita cipta bersama – sama Tuan Pengarah yang amat kita segani ini.
Bagi memudahkan penyampaian dan meringkaskan perkisahan, marilah kita sama – sama hayati kata – kata ini:

Pengamatannya teliti…budimu Pekerti …Berhemah Tinggi …
Pemimpin Mithali …
Kerja terancang
Segala keputusan dibawa berbincang
Agihan tugas adil dan saksama
Melatih, memberi peluang… semua merasa …
Kelihatannya seorang yang garang
Tegas dan telus bila berbicara
Keupayaan dan kemampuan dilihat dipandang
Agar segalanya menjadi jaya …

Hj. Kamaruddin yang kami hormati
Perginya tuan kami kehilangan
Pemimpin berwibawa, berjati diri
Segala memori menjadi kenangan ….

Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
kita berpisah beralih kasih
entahkan bila dapat bersua

sekian wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum wrt.




Rabu, 21 Mei 2008

firt day in PSAS

Bermula tarikh 3 Jan 2005, hari isnin aku mula mendaftarkan diri di pejabat pentadbiran Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Bertemu dengan Pengarah PSAS pada waktu itu ialah Tn Hj Kamaruddin bin Hj Hamzah (gambar sebelah). Setelah memberikan sedikit maklumat dan arahan kepada kami, masa tu ada empat orang yang bersama-sama dengan aku. aku di arahkan untuk mengambil kunci quaters dengan en.miswan. setelah bertemu duga dengan en miswan dan mendapatkan kunci quaters aku diminta terus ke TNB Tanjong Malim untuk daftar elektrik rumah. dalam keadaan tak kenal siapa lagi dan tak tahu dimana tempat TNB aku redah je la sorang-sorang. lepas daftar aku balik tengok keadaan rumah, wow! boleh tahan la jugak. ruang tamu yang cukup luas, bilik tidur pulak ada 4, 3 standard room dan 1 master bedroom. 1 bilik bacaan, 1 bilik stor, 1 bilik dapur dan ruang makan yang cukup selesa, 1 bilik washing machine dan tempat jemuran dan 2 bilik mandi dan tandas. cukup selesa la.
Sebelah petang baru aku daftar di Jabatan Pengajian Am. bila aku masuk ke office kali pertama terkejut jugak la, apa tidaknya semua staff perempuan. tapi dia orang semua baik-baik belaka.
Jabatan Pengajian Am mempunyai 2 unit: satu unit Agama dan Moral dan satu lagi unit bahasa Inggeris. aku diminta untuk bertemu dengan Timbalan Ketua Jabatan (Jawatan masa tu) sekarang dah tak de dah jawatan tu, diganti dengan Ketua Kursus Puan Asmahan bt Mokhtar, untuk sesi induksi tentang JPA lebih kurang la. petang sebelum balik aku mohon kebenaran untuk keluar mencari peralatan untuk membersihkan rumah di pekan Slim River. sebelum ke pekan tersebut kebetulan van aku pancit tayar pulak, berpeluh jugakla aku tukar tayar van kemudian ke pekan Slim River untuk periksa tayar dan membeli keperluan semasa.
Petang, lepas balik dari office terus mengemas rumah sebab malam tu jiran dikampung (Abe soh cherang melintang) nak datang, sambil ngantar anaknya jeming daftar poli di Jabatan Kejuruteraan Awam. fuhhh! penat betul malam tu dalam keadaan mengantuk melayani mereka aku tertidur dalam keadaan keletihan.