Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
Sabtu, 21 Disember 2013
Pesan buat ku
Created by Marzuki
Tazkirah ringkas:
Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT
dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia. kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita. kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita. kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam, solat tahajud dan bermunajat
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman, apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya
Ahad, 15 Disember 2013
Jumaat, 13 Disember 2013
Program CSR Ulu Batu, Ulu Yam
Created by Marzuki
Pada 26.11.2013 hari selasa, Jabatan Pengajian Am telahpun mengadakan satu Program CSR bersama
Masyarakat Orang Asli di Perkampungan Ulu Batu Ulu Yam, Selangor. Program yang telahpun dirancang dan ditakwimkan dalam kalendar aktiviti JPA ini adalah merupakan satu kerjasama antara JPA PSAS, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Selayang dan juga PTPTN.
Program ini melibatkan semua warga JPA PSAS iaitu dari unit Pendidikan Islam dan Moral juga dari Unit Bahasa English.bertolak dari PSAS seawal jam 7.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang, dengan menaiki bas Poli dan ada juga yang membawa kenderaan sendiri. seawal pagi kami disambut dengan gerimis pagi dikawasan bukit dan sesekali hujan yang agak lebat. namun niat murni kami untuk bersama-sama masyarakat orang asli dengan aktiviti yang telah dirancang sempurna tidak terhalang oleh hujan dan gerimis pagi. kerana pada awal pagi kami mengadakan program santai bersama mereka di dalam surau berdekatan.
Warga JPA PSAS bergambar bersama-sama dengan masyarakat orang asli dan juga wakil dari JHEOA.
Khamis, 31 Januari 2013
Ada ke Ketua Negara Yang Miskin?
Created by Marzuki
Pada suatu waktu Rasulullah S.a.w. sedang berbaring di rumahnya untuk berehat. Dia berbaring di atas tikar yang dibuat dari daun tamar yang dianyam. seketika datang seorang sahabatnya yang bernama Ibnu Mas’ud kepada Baginda, Rasulullah S.a.w waktu itu tidak memakai baju, maka terlihat jelas oleh Ibnu Mas’ud bekas anyaman tikar melekat di belakang Rasulullah s.a.w. Melihat peristiwa itu Ibnu Mas’ud amat sedih, dan bendungan air matanya pun jatuh mengalir di pipinya. Sungguh tidaklah sesuai rasanya seorang Rasul kekasih Allah Swt., seorang Pemimpin Negara dan seorang panglima tertinggi dalam keadaan demikian.
Dengan terharu Ibnu Mas’ud berkata: "Ya, Rasulullah! maukah kamu kalau saya gantikan tilam untuk mu ya Rasulullah?"
Mendengar permintaan Ibnu Mas'ud ini, Rasulullah S.a.w. bersabda : "Apalah artinya kesenangan hidup di dunia ini bagiku. Perumpamaan hidup di dunia ini bagiku tidak ubahnya seperti seorang musafir dalam perjalanan jauh yang singgah berteduh dibawah sepohon kayu yang rendang untuk sekadar berehat. Kemudian meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan yang sangat jauh yang tiada penghujungnya."
Sebagai seorang pemimpin sudah tentu ia akan dilimpahi dengan harta kekayaan dan kemewahan. Namun tahukah anda terdapatnya seorang presiden yang digelar sebagai presiden termiskin di dunia kini.
Seorang presiden umumnya hidup penuh dengan kekayaan dan nikmat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang diberikan. Namun percaya atau tidak, hal ini berbeza dengan seorang presiden ini. Beliau telah mendapat sebuah gelaran dari rakyatnya sebagai ‘presiden paling miskin di dunia‘. Presiden itu bukan di Malaysia, tetapi Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai “el presidente mas pobre” yang bermaksud presiden termiskin. Ini disebabkan presiden yang berusia 77 tahun ini telah menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.
Melalui akhbar Sepanyol, El Mundo, Jose Mujica mengaku menerima gaji sebanyak USD 12.500. Namun ia hanya mengambil USD 1.250 dari gajinya. Lantaran itu beliau juga telah dianugerahi gelaran lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.
“Saya baik-baik saja dengan jumlah itu, kerana di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian yang jauh lebih sedikit dari itu.” tuturnya merendah. Jose Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang sama. Beliau tinggal di kawasan pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, yang bernilai USD 1.945.
Antara perkara positif lain yang patut ditiru dalam masa kepemimpinan Mujica adalah tahap rasuah yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. walaupun begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.
Sebagaimana yang diketahui ramai, Jose Mujica bukanlah presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy juga pernah menyumbangkan gajinya, begitu juga Presiden Herbert Hoover.
Antara perkara positif lain yang patut ditiru dalam masa kepemimpinan Mujica adalah tahap rasuah yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. walaupun begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.
Sebagaimana yang diketahui ramai, Jose Mujica bukanlah presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy juga pernah menyumbangkan gajinya, begitu juga Presiden Herbert Hoover.
Sepatutnya berita ini patut di contohi bagi para pemimpin di dalam negeri kita. Pemimpin yang benar-benar mengabdikan diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk kekuasaan dan harta. Saya amat yakin, di Malaysia juga kita mampu mempunyai kepimpinan yang sebegini andai kita maukannya.
Selasa, 4 Disember 2012
Program Memasak Bubur Asyura
Created by Marzuki
29 Nov 2012, Khamis. Pusat Islam dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan program memasak bubur asyura di perkarangan Pusat Islam. Sebanyak 5 kawah dan 1 periuk besar bubur asyura telah dimasak oleh setiap Jabatan. antara jabatan yang terlibat ialah:
1. Jabatan Kejuruteraan Elekterik, satu periuk besar bubur ala Johor. (macam bubur lambuk)
2. Jabatan HEP dan ADMIN, satu kawah, bubur Tropika
3. Jabatan Kejuruteraan Awam satu kawah, Bubur Asyura Jagung
4. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Bubur Asyura ala Patani
5. Jabatan Perdagangan satu kawah, bubur Asyura ala Terengganu
6. Jabatan Pengajian Am dan JMSK, Bubur ala Kelantan
Pusat Islam merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Subscribe to:
Catatan (Atom)